Selasa, 19 April 2011

Dunia Tanpa Internet


Hari ni, semua dapat lihat yang internet memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Sesetengah hal boleh jadi mudah dengan wujudnya internet. Cuba bayangkan jika internet tu tak wujud dalam dunia ni, apa akan jadi? Bila internet tu tak wujud, secara automatiknya tak wujud juga le celcom & maxis broadband, streamyx & juga p1 wimax kat Malaysia ni.





1. Laman Sosial : Facebook, Friendster & Myspace
Bila takde internet, semua orang termasuk aku pun takkan kenal apa tu laman sosial seperti facebook, friendster, myspace & twitter Tapi maybe bagus gak facebook & laman sosial yang seangkatan dengannya ni tak wujud, takde le masa terbuang untuk update status yang bukan² sambil add artis²  hot. hahaha..




2. Laman Sembang : Yahoo Messenger & Mirc
Kalau time zaman sekolah dulu, aku lebih suka main mirc dari yahoo messenger. Tak tau sebab apa. Maybe sebab time tu tak sanggup nak menduakan mirc tu kot. hahaha.. Kalau le benda alah ni tak wujud, terpaksa le habiskan kredit sikit untuk mesej kawan² pasal sesuatu benda. Mesej kawan membazir, mesej pkwe tak bazir! opps.. hehe..




3. Online Banking
Dengan adanya internet, segalanya urusan di bank seperti nak masukkan duit, pindah duit, bayar bil-bil & macam-macam lagi dipermudahkan. Kalaulah dunia ni tanpa internet, sure orang ramai terpaksa berebut ambil nombor & beratur panjang. Silap² sebelum bank tu bukak pun dah terpacak depan pintu bank. hahaha..














4. Download Movie, Software & etc
Bila dah ada internet, tak sah le kalau tak download movie, tv series & macam² lagi kat internet tu. Bayangkan le kalau internet tu tak wujud, kat mana lagi nak cari semua benda tu. Terpaksa le jalan kaki pergi pasar malam or pergi supermarket untuk cari movie & software pirate. hahaha..
Bagi yang hidup dia 24 jam dengan internet, makan teringat internet, mandi terfikir internet, tidur pun mimpi internet, apa le yang korang akan buat jika internet tu tak wujud? Mari le sama² kita fikirkan & kongsi kat ruangan komen! hahaha..  ^_^








Dah Abis Bacer ker ok klik KAT SINI

Warkah Cinta Terakhir (Kisah Cinta)



Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari CINTA saya. Tapi, pertama kali saya bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi tuhan, saya tidak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.


Saya telah menolak awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor rama rama perhiasan di dinding kamar tidur awak.


Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. Dan di saat saya menCINTAi awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.


Bagai merpati putih CINTA saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya. Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam. Disana saya tak mampu melihat cahaya. Awak berikan saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.


Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar benar jatuh CINTA pada seseorang. Jadi, selama ini siapa saya di hati awak ?
















Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?


Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati?


Siapa yang mengajar saya bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?


Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??


AWAK!

 
Awak mungkin jenis perempuan yang boleh menyintai ramai LELAKI berkali kali. Tapi saya pula seorang LELAKI yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 wanita, 1 CINTA dan 1 perkahwinan.


Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.


Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan.


Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya menCINTAi awak.


Awak,


Sebelum saya menghilang diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu, yang tidak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana saya CINTAkan awak, inilah jawapan saya;


'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan bisu buat selamanya'


'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup untuk selama lamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini (awak tak pernah tahu)


Semuanya untuk awak, tapi satu sahaja yang tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya,


Seseorang pernah berkata,


'If you really LOVE someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place'


Awak,


Kerana saya menCINTAi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti CINTA yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu menCINTAi seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.


Awak,


Saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini dan saya tidak akan menyoal. Saya juga tidak pernah kesal sekurang kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.


Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yg terbaik.














Rujukan : Klik SINI

Taubat Seorang Hamba





Menurut kata-kata ulama, terdapat beberapa penyakit yang mudah ‘menjangkiti’ hati seorang Muslim. Antara penyakit tersebut adalah apabila dia berbicara, dia mungkin berbohong; apabila berilmu, dia mudah lupa; apabila beribadat, timbul rasa riak; apabila berbudi pekerti, dia memuji diri; apabila diberi keberanian, dia bersikap keterlaluan; apabila menjadi pemurah, dia menyebut-nyebut sumbangannya; apabila dijadikan Allah sebagai seorang yang cantik, dia menjadi sombong; apabila menjadi bangsawan, dia bangga diri; apabila malu keterlaluan, dia menjadi lemah diri; apabila diberi kemuliaan, dia menonjol-nonjol; apabila kaya, dia menjadi kedekut; dan apabila memberi ketaatan, dia berlebih-lebihan. Sebagai seorang hambaNya yang lemah, kita mudah terperangkap dalam setiap amalan yang dilakukan tanpa keikhlasan kepadaNya. Di sinilah





Allah mengajar kepada hambaNya agar sentiasa bertaubat dan perbetulkan niat.
Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang ‘ashi, apabila melakukan perkara keji dan mendedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu mereka ingat dan beristighfar kepada Allah SWT.  Mereka bertaubat kepada Allah kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT. Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram. Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha

Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah An-Nisa ayat 110)
Allah berfirman dalam surah Al-Taubat,ayat 118, “Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.





Syarat Taubat Diterima.
Syarat taubat yang mesti dipenuhi oleh seseorang yang ingin bertaubat adalah sebagai berikut:
  1. Taubat dilakukan dengan ikhlas, bukan kerana makhluk atau untuk tujuan duniawi.
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan dan tidak ingin mengulanginya kembali.
  3. Tidak terus menerus dalam berbuat dosa. Dan jika berkaitan dengan hak manusia, maka ia segera menunaikannya atau meminta maaf.
  4. Bertekad untuk tidak mengulangi dosa tersebut lagi kerana jika seseorang masih bertekad untuk mengulanginya maka itu pertanda bahawa dia tidak benci kepada maksiat.
  5. Taubat dilakukan pada waktu diterimanya taubat iaitu sebelum datang ajal atau sebelum matahari terbit dari arah barat. Jika dilakukan setelah itu, maka taubat tersebut tidak lagi diterima.
Setiap hamba pernah berbuat salah, namun hamba yang terbaik adalah yang rajin bertaubat. Dari Anas, Rasulullah SAW bersabda,“Semua keturunan Adam adalah orang yang pernah berbuat salah. Dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.

Orang yang bertaubat akan digantikan dengan kebaikan bagi kesalahan yang pernah dilakukan. Allah Ta’ala berfirman, ”Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Furqon: 70)

Al Hasan Al Bashri mengatakan, ”Allah akan mengganti amalan kejahatan  yang dilakukan oleh seseorang dengan amalan soleh. Allah akan menggantikan kesyirikan yang pernah dilakukan dengan keikhlasan. Allah akan menggantikan perbuatan maksiat dengan kebaikan. Dan Allah pun menggantikan kekufurannya dahulu dengan keislaman.”

Tanda taubat diterima Allah
  1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
  2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.
  3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
  4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah .
  5. Sungguhpun sedikit rezeki yang diperolehinya di dunia ini namun dia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.
  6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.
Sedar ataupun tidak, sebenarnya Allah telah menjanjikan banyak kebaikan dan kebajikan kepada mereka yang bertaubat. Maka tidak syak lagi bahawa, jalan keluar ke pintu kebaikan terbuka luas untuk mereka yang sedang bergelumang dalam dosa maksiat. Jangan berputus  asa atas keampunan dan rahmat Allah. Ingatlah, bahawa Allah sentiasa menyayangi dan bersama orang-orang yang ingin mendekati-Nya.
Segala perlakuan bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa

malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.
Dalam hadith Riwayat Muslim, Rasulullah  bersabda, “Aku bertaubat lebih daripada 70 kali dalam satu hari.” Rasulullah yang diciptakan Allah dengan sifat-sifat maksum, sering bertaubat kepada Allah meskipun telah dijanjikan syurga dan menjadi kekasihNya. Oleh itu, kita sebagai hambaNya yang lemah dan sering alpa kepadaNya, haruslah bertaubat demi mengejar keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat nanti.
Semoga Allah menerima setiap taubat dan keampunan kita. Semoga Allah senantiasa memberi taufik kepada kita untuk menggapai redha-Nya. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.