Ahad, 29 Mei 2011

** SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU**



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Teruja sangat aku nak menjoinkan diri dalam segmen nie... aku bangga jadi anak jati negeri johor dengan cara ini jerlh dapat aku buktikn cinta ku pada negeri tanah tumpah darah ku.. kalau korang semua nak join jugak amat di alu-alukn.korang bolehlh Klik Link AbgTeror untuk maklumat lebih lanjut....





** Klik Banner Untuk Join **



1. Dimana anda dilahirkan? 
Lokasi dirumah Johor Darul Takzim mengunakan khitmat bidan kampung....


 2. Dimana anda dibesarkan?
Semestinya di negeri Johor

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Semestinya jugak Negeri Johor bak kata pepatah hujan batu di negeri orang hujan emas di negeri sendiri
baik kat negeri sendiri betul tak ???

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Saya sayang sangat negeri johor sebab disitulah negeri ku mula-mula mengenal dunia dan aku adalah anak jati negeri johor . i love u very much Johor.......
 
 
 

*** BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER ... ***

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...........


Abang Ben kita wat segmen baru ari nie.... dgn penuh xsited dan teruja aku pun joinkn diri aku.aku rasa segmen teramatlah sesuai untuk aku nie yang Follower teramatlah seciputtt...... saper2 yang nak jadi Follower aku teramat-amatlah sangat dialu-alukn.heheheheh......
Kalau anda semua nak join segmen nie jugak jomlh tumpang sekaki ,dua kaki atau berkaki-kaki...
anda bolehlah Klik Link Abang Ben untuk maklumat lanjut...


*** Klik Banner Untuk join segmen ini ***

kalau anda dh join so kenalh VOTE Abg Ben kita nie untung-untung dia menang blh jgk dia payung kita Air Cikong,hehehehe.... sedapnya!!! dh lama aku mengidam nk minum air cikong nie...

Jumaat, 27 Mei 2011

*** Aku Bunuh Kau!!! ***


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....


 

Mulakan membaca perkongsian aku pada hari ini dengan senyuman hehehe…Kenapa aku suruh korang mula dengan senyuman? Kerana sesuatu benda yang baik ingin aku kongsikan yang boleh kita sama-sama ambil ikhtibar. Paling tidak, post ini untuk mengingatkan diri aku sendiri. Ada tak korang baca mengenai “Gadis tolak cinta lelaki dibunuh” dalam Kosmo Online? Secara realitinya, manusia zaman sekarang ini semakin tidak berperikemanusiaan. Hanya menggunakan nafsu sebagai medium pemikiran. Kewarasan akal dibuang, nafsu diperhambakan abdikan.

ALOR SETAR – Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewa lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam kelmarin.

Mungkin era yang semakin maju ini menjadikan manusia adalah tuhan sedangkan hakikat sebenar Allah adalah tuhan kepada kebenaran. Manusia sanggup berbunuhan seolah-olah mereka pencabut nyawa penentu jalan sesebuah manusia. Bila nafsunya berkata “Kau bunuh! Kau bunuh! Kau bunuh!”, akal seperti terdiam terkunci dalam kegelapan.



 
Adakah kerana tertekan yang mampu diberikan alasan? Adakah cukup dengan membunuhan untuk melepaskan tekanan? Bagaimana negara boleh maju sedangkan sebilangan dari kita semakin kolot? “Kau Tak Ikut Arahan Aku, Aku Bunuh Kau!“. Kenapa manusia sanggup pertaruhkan nyawa atas kepentingan sendiri? Bagaimana jika korang yang berada di hujung pisau untuk di bunuh?

Kalau dulu haiwan menjadi mangsa, kaki kucing di potong, mata kucing di korek hanya kerana benci. Tapi sekarang, dunia semakin maju. Bunuh haiwan bukan suatu kepuasan, tak cukup untuk melepas kemarahan bunuh manusia yang engkau kerjakan! Apakah tidak pernah kau lihat kesempurnaan yang telah Allah berikan? Tangan, kaki, mata, telinga, hidung untuk kau syukuri?

Tapi kenapa anugerah Allah pada orang lain yang kau ambil? Tangan manusia kau potong, mata manusia kau butakan seolah-olah kau pereka dan pemilik anggota manusia. Cukuplah, buang nafsu kau, kembalikan akal. Jangan sampai akal terus menangis dalam kegelapan….


Selasa, 24 Mei 2011

** Easy Problem Solving !!! **




" Jangan biarkan Otak anda terus dibelenggu dengan stress,pindahkan tugas Otak kedalam Pen dan kertas "


Setiap insan yang hidup akan mengalami masalah. Tetapi kenapa segelintir dari kita tidak mampu menangani masalah dengan baik dan akhirnya mengalami masalah jiwa?


Untuk mendapat kesihatan fizikal, badan kita perlu mempunyai kesimbangan dalam segala fungsi; baik fungsi hormon, begitu juga fungsi saraf. Contohnya; apabila hari menghampiri jam 12.30pm , kita mula rasa lapar dan dengan tanpa berfikir kita keluar makan. Ini berlaku kerana gula dalam darah kita mula berkurangan dan bahagian otak mengesan kekurangn gula ini. Otak mula memproses informasi dan menghantar signal ke bahagian otak yang mengawal kehendak untuk kita makan.


Perkara yang sama berlaku ; minda atau "psyche" kita perlu berada dalam keseimbangan untuk kita mempunyai minda yang sihat. Apabila kita mempuyai stress atau tekanan , psyche kita mula tidak seimbang. Jika stres berterusan , ketidakseimbangan ketara boleh berlaku sehinggakan tanda-tanda penyakit mental boleh timbul. Salah satu daripada cara untuk menyeimbangkan psyche kita ini adalah dengan "menyelesaikan stres atau masalah dengan bijak" Bagaimana? teruskan membaca


Intrapsychic Conflict
Apabila kita mempunyai stres berpanjangan stres ini akan 'menimbun' di dalam psyche kita membentuk "intrapsychic conflict". Untuk mengelakkan konflik ini berterusan kita mesti channel out konflik ini keluar dari psyche kita. Barulah psyche kita seimbang semula


Intrapsychic conflict berlaku kerana:

Ramai di antara kita yang suka membiarkan otak kita tepu dengan masalah. Setiap masalah yang timbul hanya difikirkan di kotak kepala sehingga kepala 'pening'
Apa yang kita perlu lakukan adalah:


JANGAN BIARKAN PROSES PENYELESAIAN MASALAH DI LAKUKAN DI OTAK. SELESAIKAN MASALAH DI LUAR OTAK!!!! ( Bunyi macam pelik saja!) Teruskan membaca. Ikut
Langkah berikut:

1) BERTENANG
Jika anda bermasalah ; bawa bertenang, tarik nafas dalam-dalam,duduk ditempat yang tenang.

2) PENGGANTI OTAK
Dapatkan kertas dan pen atau buku atau diari atau komputer yang akan mengambil alih tugas OTAK anda
IDEAl A

3) IDENTIFY (I)
Tulis apa jua masalah anda di atas kertas , buku dll

cth a) Duit tak cukup nak bayar bil
b) Bergaduh dengan kawan
c) Muntah dan cirit birit

4) Determine the severity and urgency (D)
Pastikan masalah mana yang teramat penting dan perlu diselesaikan dahulu dan susun semula hiraki masalah.
(JANGAN BIARKAN OTAK ANDA TEPU DENGAN MASALAH; TULIS DI KERTAS & BIAR KERTAS YANG TEPU DENGAN MASALAH ANDA. BEBASKAN OTAK DARI BELENGGU MASALAH)

cth
a) Muntah dan cirit birit
b) duit tak cukup
c) bergaduh dangan kawan

5) Evaluate for solution
Cari beberapa jalan penyelesaian yang mungkin:
Cth
a) Muntah dan cirit birit: tinggal kat rumah dan makan ubat dari farmasi
ke klinik swasta
ke klinik kerajaan

b) Duit tak cukup: pinjam kawan
minta mak abah
cari kerja

c) bergaduh dengan kawan : biarlah dia, jangan jumpa
mohon maaf
aku buat-buat sakit kuat, nanti dia datang minta maaf

6) Analisis (A)
Analisa alternatif solusi yang difikirkan
a) Disebabkan tak ada duit , patut kek klinik kerajaan sahaja. Tinggal kat rumah , nanti bahaya. kalau sakit lagi teruk
b) Pinjam kawan dah banyak kali, pinjam mak pulak.... sambil tu cari kerja
c) mohon maaf jalan terbaik. buat-buat sakit : menipu


7) Learn and Look forward (L)
Belajar dari kehidupan kita sebelum ini. Cth:

a) Dulu , pergi klinik swasta banyak pakai duit. Ke klinik kerajaan pun dah cukup anbil ubat untuk muntah. Aku akan sihat kalau cepat berubat
b) Dah banayak kali pinjam duit, memang kena cari kerja. Mesti aku dapat kerja jika aku tak memilih sangat
c) Kenapa menyiksa diri . Memaafi sifat terpuji

8) Activate your Decision (A)

JANGAN PANDANG BELAKANG SETELAH BUAT KEPUTUSAN DAN LAKUKAN APA YANG TELAH ANDA FIKIRKAN TERBAIK.
" PANJANGNYA!!!!Sebenarnya , inilah ynag dilakukan oleh otak untuk kita menyelesaikan masalah. Bagaimana otak tak tepu jika setiap hari kita sumbatkan ia dengan stres dan cuba cari penyelesaian di kotak kepala. "

MULAKAN BELAJAR MENYELESAIKAN MASALAH DI ATAS KERTAS!!!! BEBASKAN OTAK ANDA DARI TEPU DENGAN MASALAH!!!
Rujukan : Klik SINI

Sabtu, 21 Mei 2011

** Dajjal Akan Muncul di Segitiga Bermuda **


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......



          Marilah kita sama-sam mengambil sedikit ilmu dari penulisan Muhammad Isa Dawud tentang SEGITIGA BERMUDA dan kewujudan DAJJAL di bumi allah s.w.t ini sesungguhnya kita umat akhir zaman.Dajjal akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan mahluk yang beragama islam untuk menguasai dunia.Subhanallah............



  
Semua kenyataan di bawah ini diulas dengan meneliti pemikiran penulis buku ini iaitu Muhammad Isa Dawud. Ulasan yang dibuat bukan bersifat menceritakan kembali apa yang terkandung dalam buku ini.
Ulasan ini lebih bersifat melihat apa yang difikirkan oleh Muhammad Isa Dawud ketika beliau menulis bukunya. Selain itu, ulasan ini juga meneliti apakah penemuan-penemuan baru yang ditemui beliau dan juga idea-idea baru yang diperkenalkan?




BAB 1
Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas

Tajuk bab ini sendiri sudah jelas tentang apa yang ingin didedahkan oleh Muhammad Isa Dawud yang masyur itu. Beliau semasa memulakan bab ini berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu.
Beliau sedar bahawa apa yang didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau juga sedar bahawa pendedahan yang bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yang mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yang telah dibuat kajian.
Bab ini menedahkan sejarah jelas akan hadith yang bermaksud berikut:
“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Daripada hadith di atas Muhammad Isa Dawud (MID)menjelaskan secara terperinci akan keluarga Dajjal yang berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.
Dalam pendedahan itu, MID (izinkan saya menggunakan singkatan ini) mengisahkan kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Menurut MID, ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.
Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.
Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.
Setelah sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat.
Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT.
Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.
Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.
Dajjal, Mesir, Firaun dan Musa
Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.
Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.
Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina.
Kisah ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran surah Ibrahim. Penjelasan oleh Muhammad Isa Dwud berjaya menimbulkan suatu kesinambungan hidup Dajjal berdasarkan penyatuan kisah dalam hadith dan al-Quran sendiri.


BAB 2
Dajjal Di Negeri-Negeri Bertetangga (Laut Syaitan)

 Bab ini menyentuh tentang perjalanan Dajjal bersama perahu besarnya mencari tempat-tempat yang sesuai. Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut.
Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan.
Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.
Bab ini juga menyentuh Dajjal telah menemui suatu kaum yang dirasakan mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.
Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya.
Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.
Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.







BAB 3
Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda Dan Masalah Mesir

 Bahagian ini, Muhammad Isa Dawud memulakan bicaranya dengan memetik ayat 30 dari surah al-Baqarah, yang bermaksud;
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di (muka) bumi,”
Muhammad Isa Dawud cuba memahamkan para pembaca secara berperingkat. Bab ini dihuraikan sebagai menyimpulkan mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?.
Pada penyelidikan beliau, Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.
Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah.
Muhammad Isa Dawud percaya Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri.
Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan Muhammad Isa Dawud mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini.
Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?
Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”
Bahas tentang pembinaan Segitiga Bermuda dalam bab ini seringkali terganggu dengan fakta-fakta yang meleret-leret. Kelihatan kadang-kadang apabila membaca, pembaca mungkin tersasar dari mengetahui bagaimanakah Segitiga Bermuda itu terbina?
Bagi yang membaca sekadar bacaan di mata kemungkinan besar akan melangkau mukasurat sahaja kerana bosan dengan huraian fakta yang meleret-leret.
Namun, begitulah gaya bahasa orang Arab, mereka terlalu banyak maklumat untuk menjelaskan sesuatu perkara. Malah mereka amat bersungguh-sungguh menjelaskannya.
Disebabkan itu penerbitan buku-buku ilmiah di Mesir bertimbun-timbun memenuhi pasaran dan murah pula harganya. Amat rugilah pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Mesir tetapi tidak membeli kitab di sana.


BAB 4
Lanun Terbesar : Di Sebelik Misteri Segitiga Bermuda Dan Piring Terbang

 Persoalan tentang tipu daya Dajjal mengenai UFO dihuraikan dengan panjang lebar dalam bab ini. Muhammad Isa Dawud mendedahkan bahawa piring-piring terbang UFO yang digembar-gemburkan oleh Amerika Syarikat sebenarnya adalah tipu daya semata-mata.
UFO memang wujud tetapi fakta bahawa ianya berasal dari planet lain adalah palsu dan sengaja direka-reka oleh agen-agen Dajjal di Amerika. Muhammad Isa Dawud menjelaskan makhluk-makhluk asing itu sebenanya adalah Jin-Jin yang ditugaskan untuk terbang ke seluruh dunia dengan menaiki kenderaan cahaya.
Piring-piring tebang itu pula dikawal melalui suatu sumber cahaya yang berpusat di Segitiga Bermuda.
Isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Muhammad Isa Dawud ialah tentang kes-kes kehilangan kapal terbang, penculikan manusia, terserempak dengan UFO dan sebagainya. Semua kes itu adalah kes-kes yang dilaporkan oleh agensi berita Amerika.
Suatu perkara yang menarik dalam bab ini, Muhammad Isa Dawud mendedahkan bahawa Christoper Columbus tidak mengalami sebarang gangguan semasa kapalnya melalui perairan Segitiga Bermuda. Columbus dinyatakan hanya melihat cahaya-cahaya diperaran itu.
Muhammad Isa Dawud menguatkan hujahnya tentang terdapat manusia di Segitiga Bermuda yang bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan UFO. Sebelum ini, terdapat beberapa individu lain yang mempunyai pandangan sama dengannya.
Individu tersebut ialah Dr. Allen J. Haneck, Dr. Moris Gasup dan James I. McDonald, ketiga-tiga mereka adalah pakar fizik dan sejarah. Mereka amat tidak bersetuju dengan fakta yang mengatakan UFO berasal dari planet lain.
Yang pastinya menurut Muhammad Isa Dawud, dalam Segitiga Bermuda itu terdapat suatu kelompok manusia yang diasuh merencanakan cita-cita menguasai dunia. Mereka bukannya Yakjuj Makjuj.
Kami sendiri bersetuju dengan penegasan Muhammad Isa Dawud ini cuma persetujuan tidak dapat kami kemukakan bukti yang kukuh.


BAB 5
Tujuh Hakikat 

Perbahasan terkakhir tentang Dajjal ini, Muhammad Isa Dawud menutupnya dengan menyimpulkan isu-isu sebenar yang menyelubungi fenomena piring terbang yang berlaku ke atas masyarakat dunia.
Dalam bab 5, beliau menggunakan istilah ‘hakikat’ yakni sesuatu perkara yang nyata dan sedang berlaku di sekeliling kita.
Tujuh hakikat itu ialah:-
  1. Fenomena piring terbang bukan khayalan, ianya adalah perkara benar yang mempunyai kuasa genius yang menggerakkannya dari tempat lain.
  2. Piring-piring terbang itu wujud dalam keadaan yang nyata, berfizikal, berjisim dan sama seperti mana kapal-kapal terbang yang biasa kita lihat. Cuma bezanya mungkin dari segi bahan buatan dan bentuk. Yang membezakan piring terbang itu dengan kapal terbang – kapal terbang di dunia ialah teknologi yang digunakan.
  3. Pemandu-pemandu piring terbang yang kelihatan rupa parasnya dengan pelbagai bentuk pelik itu sebenarnya manusia biasa. Mereka diasuh, dididik dengan bahasa-bahasa asing yang dimiliki di Segitiga Bermuda. Mereka juga adalah manusia yang diculik dari dunia sebenar dan diajar pula menggunakan teknologi-teknologi canggih milik kerajaan Dajjal.
  4. Piring terbang – piring terbang milik kerajaan Dajjal sebenarnya berlabuh dan berlepas dari pengkalan-pengkalan yang banyak di Segitiga Bermuda.
  5. Semua piring terbang itu adalah milik Dajjal dan pernah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW sejak 1400 tahun dahulu.
  6. Dajjal adalah raja di kerajaan rahsia di Segitiga Bermuda. Si laknat itu sedang berkonspirasi di sebalik kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia ini. Dajjal memang wujud malah menetap secara terus di Segitiga Bermuda.
  7. Dajjal keluar atau muncul di tengah-tengah masyarakat secara berfasa-fasa. Adakalanya ia muncul mengaku sebagai nabi dan ada kalanya ia muncul dengan memimpin sebuah organisasi. Menurut Muhammad Isa Dawud anggapan bahawa Dajjal keluar hanya sekali di tengah-tengah masyarakat adalah tidak benar.


Petikan dari web Ibnuyaacob

Jumaat, 20 Mei 2011

** Blog ku kena BLACK LIST, OMG !!!**




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ??



             Hahahahahaha....... ( Ketawa tak sopan ) Kena tipu jer.... " I ' m Sorry "  blog aq bukan kena black list  tapi just ada dalam list jer... ( hehehe... ketawa sopan ) Blog aq dalam senarai macam tak percaya pelakkn...kn..kn... ,tapi tulah kenyataannya setelah aq berhempas pulas dan bersusah payah utk join contest2 yang bloger2 lain buat akhirnya inilah hasilnya. 

Dulu follower aq 4 orang jer tapi sekarang ada sedikit kenaikkan walau pun tak banyak tapi aq tetap puas hati tau!!!!

Nak Femoskn Blog nie bukan senang tau!! Hakikatnya Blog aq nie xadalh femos  pun sebab aq nie pun jenis yang malas nak Update Blog.Kalau ada mood baru aq Update. Bloger2 lain jgnlh jadi macam aq nie tau!!  

        Maaflah gambar kat bawah besow sgt sampai tulisan pun xnampak!!! ok tak payah nak julingkn mata korang.silalh klik banner untuk nampak depan mata kalau tak jumpa nama saya tekan kat keyboard Ctrl - F ( untuk cari ) pastu taip kata kunci ain sakimon atau catatatan kehidupan ain .sepantas kilat korang akan dapat !!!


"Majulah Bloger untuk negara "



  
** Klik Banner utk skodeng **




** Klik Banner utk skodeng **




** Klik Banner utk skodeng **


Khamis, 19 Mei 2011

** Kahwin - Kahwin Part 3**



Koleksi Pulut Kuning Perkahwinan



















Nak mintak Tolong lagi nie Hehehehhe....  Klik lah SINI , SINI dan SINI


TQ...TQ...TQ........


** Kahwin - Kahwin Part 2**



Koleksi Kek Perkahwinan


























Dah Cuci-cuci mata kan Sekarang Nak mintak Tolong lagi nie Klik lah SINI , SINI dan SINI


TQ...TQ...TQ........


** Kahwin - Kahwin Part 1**





Koleksi Pelamin































Dah Cuci-cuci mata Sekarang Tolonglah Klik lah SINI , SINI dan SINI

TQ..TQ..TQ.... 

Selasa, 17 Mei 2011

** Team Malaysia **







Jom kita semua dapat T-Shirt Team Malaysia sebagai tanda sokongan kita pada semua atlet -atlet sukan negara.T-Shirt dia memang Smart memang tak rugi korang beli.korang semua boleh dapatkan T-Shirt ini yang Original di semua TM Point atau Klik Banner di bawah.



** Klik Banner jika mahu beli **

** Diet Rasulullah S.A.W **







JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sebarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan minum SUSU bersama DAGING….
Jangan makan DAGING bersama IKAN….
Jangan makan IKAN bersama SUSU….
Jangan makan AYAM bersama SUSU….
Jangan makan IKAN bersama TELUR….
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD….
Jangan minum SUSU bersama CUKA….
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN….

JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office…;))
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya….. cubalah….. ……… .Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek…. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.

Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Isnin, 16 Mei 2011

** AKU INGIN BERUBAH **




Assalamualikum Warahmatullah Hiwabarakatuh......

Hari nie aq telah dipelawa oleh seorang sahabat untuk menjoinkn diri dlm satu contest
"AKU INGIN BERUBAH"
aq terpanggil untuk membuat entry tentang tajuk tu!! menang atau kalah aq tak kisah sebab aq tak mengharap untuk menang adat permainan ada kalah dan menang.
Tujuan aq join nie just untuk berkongsi perubahan pada diri aq tentang Sebelum ,Selepas dan Akan Datang. ( Insyallah.... )

Kepada semua sahabat yang ingin join boleh melawat blog Laman Muslimah Optimis


 
Syarat -syarat penyertaan adalh seperti berikut Okeys : -


 
** Klik banner pun boleh kalau nk join contest **









"AKU INGIN BERUBAH"
Saya bukan seorang yang 100% perfect saya juga manusia biasa yang mudah
terpengaruh dan mudah lalai.
Dulu sewaktu kecil saya tak pandai solat dan tidak pandai membaca
Al-Quran tapi syukur Alhamdulilah atas sikap saya yang
tak putus asa untuk belajar dan atas didikan
dari Ustaz dan Ustazah akhirnya saya dapat juga menjalankan
tanggung jawab saya sebagai seorang islam untuk menunaikan
solat 5 Waktu dan membaca isi kandungan Al-Quran walau pun pada
hakikatnya saya masih tidak faham isi kandungannya. (subhanallah...)


Tapi kini saya lalai dan alpa dengan apa yang saya ada.
dulunya saya rasa tak sabar untuk mengejar solat
5 Waktu kini saya jadi malas dan suka lewat2kan waktu solat.
betullh kata perpatah " Melayu Mudah Lupa " .
(subhanallah...) "Aku nak berubah "  saya akan berusaha untuk
berubah dan saya akan terus berusaha tanpa putus
 asa.saya tak mahu terus hanyut . (Insyallah ...)


Semua orang impikan untuk berjaya sama jugak macam saya .
tapi kejayaan macam mana yang kita semua nakkan.... ???
saya mahukan kejaya didunia dan akhirat .
saya mahu berjaya untuk menjadi anak yang solehah untuk kedua ibubapa
tapi syaitan sentiasa berusaha untuk mengajar saya untuk
bersikap kurang ajar pada orang tua saya (subhanallah...)
"Aku nak berubah "




YA ALLAH.... hamba mu ini seorang seorang yang sentiasa lupa dan
lalai dengan mu ya allah
bantulah hamba mu ini sentiasa mengingati mu ya allah


YA ALLAH.... hamba mu ini sentiasa leka dengan urusan keduniaan
sehingga hamba mu ini lupa untuk menyediakan bekalan akhirat ku ya allah
bantulah hamba mu ini sentiasa mengingati mu ya allah


YA ALLAH.... terlalu banyak dosa2 yang telah hambu mu ini lakukan
dari kecil hingga dewasa
bantulah hamba mu ini sentiasa mengingati mu ya allah


YA ALLAH... jadikanlah hamba mu ini anak yang solehah ya allah
jauhkanlah hamba mu ini dari ke maksiatan ya allah
bantulah hamba mu ini sentiasa mengingati mu ya allah

Amin ya rabbal alamin.......


Sekian coretan ku......

Sabtu, 14 Mei 2011

Testing Tahap Keberanian

AMARAN
  1. Mereka yang mempunyai sakit jantung,kencing manis dan sekutu dengannya  tidak digalakkan.
  2. Pastikan sentiasa FOKUS.
  3. Buat surat wasiat siap-siap.
  4. Pergi Buang air sebelum membuat ujian ini.
  5. Jangan Berlagak sombong.
  6. Pastikan dah sembahyang 5 waktu sebelum buat ujian.
  7. Permainan ini tak ada kaitan samaada yang hidup atau yang dan meninggal dunia.
  8. Apa-apa yang berlaku jangan salahkan pemilik blog ini.
"Dimulakan dengan bismilah di sudahi dengan alhamdulilah "


Scary Maze Game

Play The Scary Maze Game at Fugly.com