Rabu, 20 Julai 2011

** Cukupkah CINTA hanya dengan KATA-KATA? **



Tersebutlah sebuah kisah..
Ada seorang suami yang sering mengungkapkan kata-kata cinta kepada isterinya..”Aku CINTA pada mu”
Sungguh! Aku Benar-benar Cinta Padamu..
I Luv U..I really really love you”
…Boleh dikatakan, hampir setiap malam si suami akan mengulangi kata-kata cinta yang sama sebelum mereka tidur..
..Tetapi, hal ini hanya berlaku pada waktu malam sahaja…
Apabila tiba waktu siang..
Lain pula ceritanya..
~Cara isterinya tak betul..
“Cara awak masak ni tak betul, sebab tu tak sedap…Awak patut belajar dengan mak saya!”
~Penampilan isterinya memalukan..
Fesyen baju awak ni tak up-to-date ..Malu saya nak bawak awak jumpa lawan-kawan saya“ 
~Malas nak ambil tahu apa kerisauan isterinya..
Pasal anak-anak, awak fikirlah sorang-sorang..Saya ada banyak lagi benda lain yg nak difikirkan
Dan apabila tiba waktu malam…
Si suami masih lagi mengulang ayat-ayat cinta untuk isterinya seperti malam-malam sebelumnya
dan begitulah yg terjadi setiap hari..
bertahun-tahun lamanya..
sampai isterinya mati..
….
Sekiranya kita berada di tempat si isteri tadi..
bolehkah kita percaya bahawa suami kita mencintai diri kita,
dengan setulus hatinya
sebagaimana yang diberitahu pada setiap malam..??
Sedangkan di siang hari,
kata-kata cinta itu tidak pernah dibuktikan dgn perbuatannya???
….
Begitulah apa yang telah terjadi pada hari ini,
Kita selalu dengar orang kata…
“Ya Rasulullah, aku cinta padamu..”
“Ya Rasulullah, aku sayang padamu..”
“Allahumma Solli A’la Muhammad”
“Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw”
Tetapi dalam masa yg sama,
Dia tak suka lihat orang yang meniru penampilan Rasulullah saw,
“Apalah dia pakai jubah pergi Tesco..”"
Rimas aku tengok janggut dia”"
Pakai serban & kopiah??..ha-ha..never!”
Cara hidup dia pun jauh daripada cara hidup Rasulullah saw,
“makan kat lantai?? ..sakit pinggang laa”
“nak masuk bilik air pun kena tutup kepala..? Aihh..leceh la”"
gosok gigi guna kayu??..awak takde duit nak beli berus gigi ke?”
Dia juga tak mahu fikir macam mana fikir risau Rasulullah saw terhadap umat ini..
“orang sebelah rumah tak pakai tudung?..aghh..lantaklah dia..kubur masing2″”
anak tak solat subuh?..alaa..malaslah nak tegur,nanti dia lambat gi sekolah pulak”
“sepupu bawak pakwe balik kampung?…biarlah…dia dah besar..pandailah fikir sendiri”
“mak pak sedara bergaduh?..malas den nak campur..hal orang-orang tua”
Kalau beginilah sikap kita..
Agak-agaknya..bila kita berjumpa dgn Rasulullah saw di akhirat nanti…
Nak tak Baginda saw a percaya yang kita benar-benar mencintai baginda?
Nak tak Baginda saw mengaku yang kita ni umatnya?
Tepuk dada, mari tanya diri sendiri..
~~Adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah saw?
bak kata omputih..”Action speaks louder than words

** Krisdayanti dan Raul Lemos bakal mendapat baby girl,Ho Yeh!!!... **





Diam tak diam, usia kehamilan diva Krisdayanti sudah pun masuk 8 bulan. Namun, sudah ada khabar angin yang melaporkan bahawa isteri Raul Lemos itu bakal melahirkan bayi perempuan.

Ia bagaimanapun telah disahkan oleh anak Krisdayanti daripada perkahwinan terdahulu, Aurelle. Kata Aurelle, dia mengetahui perkara tersebut daripada ibunya sendiri.

"Kata ibu (Krisdayanti), adik aku itu perempuan. Aku gembira mendengarnya kerana dari dulu lagi aku memang mahukan adik perempuan," kata Aurelle yang merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup di antara Krisdayanti dengan bekas suaminya, Anang Hermansyah.

Malah, kata AUrelle lagi, perkhabaran tesebut juga merupakan satu hadiah yang cukup istimewa buat dirinya. Lebih-lebih lagi sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-13 yang telah pun disambut pada Jumaat lalu.

"Ini adalah hadiah yang cukup special. Aku mahukan seorang adik perempuan dan permintaan aku itu telah pun dimakbulkan Tuhan," katanya lagi.


** Capai rating sebanyak 4.2 juta penonton!!! Banyak Woooo.... **







       Drama bersiri popular TV3, Juvana yang telah berjaya melakar sejarah baru dalam penyiaran televisyen negara apabila episod terakhir yang disiarkan semalam berjaya mencecah rating sebanyak 4.2 juta penonton!

Episod pertama Juvana sahaja telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta dan drama bersiri 13 episod itu berjaya menambat hati para penonton pelbagai lapisan dan peringkat umur apabila episod seterusnya hingga ke 12 terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir 3 juta penonton setiap minggu.

Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, pihaknya sangat teruja dan bersyukur di atas sambutan luar jangkaan yang diterima sepanjang drama Juvana bersiaran.

"TV3 sentiasa tampil ke hadapan dengan memperkenalkan genre drama yang baru kepada jutaan penontonnya. Misalnya, drama muzikal pertama, Hotel Mania; siri drama epik pertama, Arjuna dan kini pula Juvana, sebuah drama bersiri yang mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana.

"Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, Juvana juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.

"Bagi mereka yang setia mengikuti drama ini daripada episod pengenalan hinggalah ke episod terakhir, harapan kami agar Juvana telah memberi insipirasi kepada para penonton supaya sentiasa berubah ke arah yang positif dan jangan terjerumus dengan gejala gengsterism yang hanya akan memudaratkan diri.

"Kejayaan akademik dan pengetahuan moral yang tinggi akan memberi jaminan kepada masa depan anda. Itulah yang ingin disampaikan oleh kami menerusi drama bersiri Juvana ini," katanya lagi.

Juvana menampilkan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarae (Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010), Zahiril Adzim (Pelakon Harapan Lelaki Terbaik FFM22), Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Eyka Farhana, Adam Shah, Shukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmy Hakim, Fimie Don, Khairul Mohamed dan Talha Harith.

Mula bersiaran sejak 25 April lalu, setiap Isnin jam 9.00 malam, drama terbitan Filmscape ini mengisahkan perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh.

Ia menampilkan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarae (Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010), Zahiril Adzim (Pelakon Harapan Lelaki Terbaik FFM22), Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Eyka Farhana, Adam Shah, Shukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmy Hakim, Fimie Don, Khairul Mohamed dan Talha Harith.

Menyusuli "Juvana", kini slot Aksi mempersembahkan kemunculan drama bersiri terbaru, Supermak lakonan hebat Nasha Aziz, Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Shawal Ruslan, Henzy Andalas, Aida Khalida, pelakon cilik Nelly dan Haider Harris mulai 25 Julai 2011, setiap hari Isnin jam 9.00 malam.


** Penulis blog diperintah bayar Rais RM400,000 **




   Mahkamah Tinggi di sini, semalam memerintahkan seorang penulis blog, Amizudin Ahmad membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana memfitnahnya menerusi artikel dipaparkan dalam satu laman blog.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan Amizudin, 42, selaku defendan yang juga seorang ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) membayar RM100,000 kepada Dr Rais yang bertindak selaku plaintif.

Zabariah dalam keputusannya berkata, ia adalah dakwaan paling teruk seseorang boleh lakukan terhadap mana-mana individu lebih-lebih lagi ke atas seorang menteri Kabinet.
Menurutnya, dakwaan yang dibuat itu serius dan jika dipercayai orang ramai sebagai benar, ia boleh merosakkan reputasi Dr Rais.

   “Defendan bukan saja tidak memohon maaf atau menarik balik kenyataan, malah masih menerbitkan artikel itu walaupun mahkamah mengeluarkan perintah injuksi terhadapnya. Bukti menunjukkan defendan menerbitkan artikel terlebih dulu dan kemudian memutuskan untuk menyiasat. “Ia jelas apabila defendan ke Jakarta selama tiga hari untuk ‘menyiasat’ tetapi gagal menemui mangsa untuk mengesahkan cerita itu. Selepas itu, defendan tidak mengambil sebarang tindakan lanjut, ini menunjukkan dia tidak peduli sama ada artikel yang diterbitkan itu benar atau sebaliknya,” katanya.

Pada 31 Januari lalu, Dr Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com berserta gambar Dr Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu. Dr Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata, seluruh artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat memfitnahnya dan perkataan dalam artikel bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia. Sementara itu, Dr Rais yang ditemani isterinya, Datin Seri Masnah Rais, ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, keputusan itu boleh dijadikan peringatan kepada individu yang menulis berkaitan pihak lain dalam laman blog lebih berhati-hati.
Dr Rais diwakili peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong.

** Ibu bapa kecewa anak lelaki nak tukar jantina perempaun **




    Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.

Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.


“Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu,” katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya. Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.

“Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami,” katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.


“Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.


“Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak,” katanya.

Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.


“Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya,” katanya.

Menurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.


“Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah,” katanya.


Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas tentera berkata, dia tidak mempunyai masalah mendisiplinkan anak, tetapi buntu menghadapi masalah membabitkan Mohd Ashraf.


“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek.


“Saya menyedari kami perlu menangani masalah ini dan bukannya berterusan menafikannya kerana kami masih mempunyai Mohd Ashraf yang lama,” katanya.


Menurutnya, masalah itu mungkin boleh dielak jika dia mendapatkan pandangan pakar mengapa Mohd Ashraf tidak mempunyai karakter lelaki ketika membesar.


“Suaranya tidak berubah menjadi garau ketika dia meningkat remaja dan gayanya berjalan juga seperti wanita, tetapi ketika itu saya tidak terlintas akan timbul masalah lebih besar,” katanya Abdul Aziz berkata, jika kesilapan membesarkan anak menjadi punca Mohd Ashraf mahu menjadi wanita, dua anak angkatnya yang lebih tua sepatutnya menghadapi masalah sama.


“Anak angkat lelaki dan perempuan saya tidak mempunyai masalah, begitu juga adik lelaki dan perempuan Ashraf,” katanya.


Meskipun mendengar mengenai kewujudan fatwa oleh Jakim yang membenarkan seseorang yang jantinanya diragukan menjalani pembedahan pertukaran jantina, Abdul Aziz berkata, dia tidak pasti bagaimana perkara itu boleh dilakukan kerana tiada garis panduan.


“Keputusan ujian perubatan menunjukkan dia mempunyai lebih banyak hormon perempuan berbanding lelaki. Bolehkah fakta ini menyokong permohonannya? Saya harap perkara seperti ini dijelaskan dengan terperinci dan layak diberikan pertimbangan,” katanya.


Mohd Ashraf pula berkata, dia menerima keputusan Mahkamah Tinggi dan akan mengemukakan rayuan.


“Selagi ada ruang mengikut peruntukan undang-undang, saya akan merayu. Orang mungkin berharap saya diam terus atau mati, tetapi saya hanya mahu menjalani kehidupan yang aman,” katanya.