Sabtu, 23 Julai 2011

Kalau Berpacaran


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


** Nie time tengah berdating kira baper banyak bintang kat langit,hehehe... alamat sampai matilah tak abis2 ko mengira bintang tu **




** Nie time tengah gaduh ,jgnlh kacau dia orang time nie alamat ada yang kena makan kasut nnti **


 I LOVE U ,I MISS U,I SAYANG KAMU ,I CINTA KAMU,U JUMP I JUMP, itulah ayat biasa bagi semua HOT and COLL couple.Dengan pakwe bukan main si awek cover cun ( aku pun mcm tu!! hehehehe.. ) yang si pakwe pun sama cover macho macam bajek  dia tu jejak termacho kat dunia nie !! kalau dah gaduh alamat terbaliklah dunia nie jawapnya,betul tak ??? Tapi kita tahu tak batas2 dalam bercouple nie ! ltimet, Anna Raffali dan Sohaimi Mior Hassan pun ada berpesan untuk menjaga adab2 kita dalam bercouple.kalau nak tahu apa yang dia orang pesankan tu!!! cuba tengok bawah .......


Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah


berhijab no excuse untuk semua muslimah


    
     TAMPIL dengan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong skuad wanita Indo- nesia, Cahaya Permata Fahrani melakukan libasan kencang ketika beraksi pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Perse- kutuan Sepak Takraw Antara- bangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Cahaya Permata, 18, berkata dia tidak merasa kekok walaupun memakai 'hijab' dan seluar panjang ketika beraksi dalam mana-mana kejohanan.
"Sebagai muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat," katanya ketika ditemui semalam.
Cahaya Permata yang mula berjinak dengan sukan sepak takraw pada 2006 berkata, pada pandangannya, ia tidak menjadi kesalahan wanita muslim yang bertudung aktif dalam sukan selagi menjaga aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.
Atlet Indonesia yang berasal dari Sumatera Selatan itu berkata, dia mula memakai tudung pada 2007 sebagai menunaikan nazarnya terpilih menyertai temasya Sukan Olahraga Nasional Indonesia (PONI) tahun berkenaan.
Cahaya Permata yang belajar di Universiti Sri Wijaya, Kalimantan berkata, impiannya selepas ini adalah untuk beraksi di Sukan SEA Indonesia pada penghujung tahun ini.
Skuad sepak takraw wanita Indonesia terpaksa pulang awal kerana gagal melangkah ke peringkat suku akhir setelah tewas dua kali kepada China pada perlawanan saingan pertama kelmarin dengan mata 1-3 dan 0-3 pada perlawanan saingan kedua semalam.

Jom Blogwalking Ramai Ramai !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Segmen cik bunny kini kembali jom pokcik ,mokcik,cik akak,cik abang dan cik adik-adik semua menjoinkan diri.kalau nak join klik SINI





 " JOIN JANGAN TAK JOIN NAA ??? "

Belaian bidan mantap




     “Pada mulanya saya takut melanggar pantang larang ditetapkan nenek, tetapi demi wang ia akhirnya saya abaikan,” kata seorang gadis yang terjebak dalam kegiatan urut batin biarpun cita-cita asalnya mahu mewarisi kepakaran neneknya dalam bidang urut tradisional.
Berbekalkan wajah jelita dan tubuh gebu, gadis tukang urut berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, dia sebelum ini belajar ilmu urut tradisional daripada neneknya yang juga seorang bidan berpengalaman.


Menurutnya, harapan neneknya dan dia sendiri ketika itu ialah untuk menjadi seorang tukang urut tradisional khususnya untuk wanita baru bersalin. “Sejak kecil saya suka melihat nenek mengurut wanita baru bersalin dan dari situ timbul minat saya untuk mewarisi kerjayanya,” katanya yang ditemui Harian Metro di sebuah pusat urut di pinggir ibu kota.
Su berkata, ketika berusia 15 tahun, neneknya yang sudah tua menurunkan ilmu perubatan dan urut tradisional itu kepadanya.


“Pada masa sama dia berpesan agar saya tidak melanggar pantang larang termasuk menyalahgunakan ilmu ini untuk tujuan urutan lain, tetapi demi mendapat wang dengan cara mudah, saya kini melanggar amanatnya.


“Pada mulanya saya mengurut wanita lepas bersalin di rumah saya di Perak, tetapi pendapatan diterima tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian, menyebabkan saya memberanikan diri berhijrah ke Kuala Lumpur,” katanya.
Menurut Su, pada mulanya, dia bekerja di Damansara, dekat Petaling Jaya dan ketika itu dia hanya menawarkan khidmat urut badan, kaki dan refleksologi pada harga RM50 bagi satu sesi, tetapi akibat pengaruh beberapa rakan sekerja, dia mula berminat dalam urutan seks.


“Selepas mencuba urutan batin buat pertama kali, saya jadi seronok terutama apabila dapat pendapatan lumayan dan sejak itu, ia menjadi rutin harian saya melayan lelaki ketagih urutan batin,” katanya.

Tanpa berselindung, Su mengakui kegiatan memberikan khidmat urut batin akhirnya menyebabkan dia tergelincir lebih jauh apabila turut memberikan khidmat seks kepada lelaki.


“Namun, saya agak berhati-hati memilih pelanggan bagi mengelak penyakit kelamin dan hanya bersedia menyerahkan tubuh kepada pelanggan yang memenuhi cita rasa saya,” katanya.


Su berkata, kini selepas lebih tiga tahun bergelumang dalam kegiatan tidak bermoral itu dia mempunyai ramai pelanggan tetap dan pendapatan diterima lebih lumayan.


Menurutnya, untuk khidmat urut batin dia mengenakan bayaran tambahan antara RM30 hingga RM50 manakala untuk khidmat seks bayaran dikenakannya RM200.


Apabila ditanya sampai bila dia mahu melakukan kerja jijik itu, Su hanya menggeleng kepala dan berkata: “Memang terlintas dalam fikiran saya untuk berhenti, tetapi disebabkan tiada pendidikan tinggi dan kebolehan lain, buat masa ini hanya kerja ini saya tahu.” Mengenai pantang larang neneknya yang dilanggar, Su berkata, setakat ini tiada kesan negatif terhadap dirinya dan berharap keadaan itu berterusan.


“Dulu nenek kata kalau langgar pantang kulit muka jadi kendur dengan cepat dan tenaga mengurut berkurangan. Entahlah, setakat ini saya tak rasa apa-apa pun,” katanya.

Persandingan RM12 juta ,Mak oiii banyaknya !!



 “Sukar untuk saya ucapkan dengan kata-kata kerana memang tidak sangka majlis resepsi kami di Kuala Lumpur nanti diangkat sebagai ‘Wedding Of The Year’.
“Sebenarnya, saya dan Memey menjangkakan majlis perkahwinan yang sederhana saja selepas pelbagai ujian dilalui dalam hubungan kami sebelum ini. “Apapun, saya sangat bersyukur dengan penghargaan Rafflesia The Pearl Centre selaku penaja utama dengan penaja lain sekali gus menganggapnya sebagai rezeki dari Tuhan,” kata pelakon Norman Hakim.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 35, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah tajaan keseluruhan majlis resepsinya bernilai lebih RM12 juta. Selain Rafflesia, majlis resepsi Norman dan tunangnya Memey membabitkan beberapa penaja iaitu Profesor Datuk Jimmy Choo yang menaja dua kasut, Snips, Lord’s Tailor dan Hotel Crowne Plaza Mutiara. Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 23, mengakui cukup bertuah kerana berpeluang menggayakan kasut sentuhan pereka terkenal dunia seperti Jimmy Choo yang pernah mencipta kasut untuk mendiang Puteri Diana, keluarga diraja serta selebriti Hollywood. “Ia bagaikan mimpi menjadi nyata kerana saya dapat memakai rekaan Jimmy Choo pada majlis resepsi nanti. Saya difahamkan satu-satunya artis dari Malaysia yang dapat sentuhan beliau pada hari bersejarah.
“Pada mulanya sukar untuk saya mempercayai semua ini kerana ia berlaku tanpa dijangka,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur di sini, semalam. Majlis resepsi Norman dan Memey akan berlangsung di di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Menurut perancang perkahwinan mereka, Bill Bora, Memey bakal menggayakan dua gaun bertatah mutiara berharga RM500,000 setiap satu untuk persandingan dan memotong kek perkahwinan.

“Harga gaun itu mengalahkan gaun persandingan yang pernah dipakai penyanyi nombor satu, Datuk Siti Nurhaliza berharga RM400,000.
“Memey juga bakal menggayakan dua kasut rekaan eksklusif Jimmy Choo yang berharga lebih RM300,000 setiap satu dan ia satu-satunya rekaan yang dicipta di dunia. Selain itu, Memey bakal menggayakan dua set perhiasan jenama Rafflesia iaitu anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara bernilai RM5.6 juta yang setiap satu berharga RM2.8 juta.

“Selain itu, majlis ini akan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada selebriti dan wakil media serta bakal dihiburkan dengan persembahan artis tempatan dan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Memey dan Norman akan melangsungkan pernikahan di kediaman keluarga Memey selepas solat Asar di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada 24 September ini disusuli majlis persandingan keesokan harinya.