Sabtu, 23 Julai 2011

berhijab no excuse untuk semua muslimah


    
     TAMPIL dengan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong skuad wanita Indo- nesia, Cahaya Permata Fahrani melakukan libasan kencang ketika beraksi pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Perse- kutuan Sepak Takraw Antara- bangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Cahaya Permata, 18, berkata dia tidak merasa kekok walaupun memakai 'hijab' dan seluar panjang ketika beraksi dalam mana-mana kejohanan.
"Sebagai muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat," katanya ketika ditemui semalam.
Cahaya Permata yang mula berjinak dengan sukan sepak takraw pada 2006 berkata, pada pandangannya, ia tidak menjadi kesalahan wanita muslim yang bertudung aktif dalam sukan selagi menjaga aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.
Atlet Indonesia yang berasal dari Sumatera Selatan itu berkata, dia mula memakai tudung pada 2007 sebagai menunaikan nazarnya terpilih menyertai temasya Sukan Olahraga Nasional Indonesia (PONI) tahun berkenaan.
Cahaya Permata yang belajar di Universiti Sri Wijaya, Kalimantan berkata, impiannya selepas ini adalah untuk beraksi di Sukan SEA Indonesia pada penghujung tahun ini.
Skuad sepak takraw wanita Indonesia terpaksa pulang awal kerana gagal melangkah ke peringkat suku akhir setelah tewas dua kali kepada China pada perlawanan saingan pertama kelmarin dengan mata 1-3 dan 0-3 pada perlawanan saingan kedua semalam.

1 ulasan:

Sila tinggalkan pesanan anda ???