Selasa, 3 Julai 2012

Muka diratah lelaki mabuk

Kunyah Muka Wanita

WENZHOU – Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.
Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.
Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.
Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.
Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.
Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.
Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.
Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu.

Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Mengandung

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?
(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

8 Surah Untuk Anak


Telah menjadi adat Melayu, surah atau ayat-ayat dalam Al-Quran dijadikan sebagai azimat, diamalkan untuk mendapat sesuatu dan seumpamanya tetapi dalam masa yang sama meninggalkan arahan Allah yang lain. Sebagai contoh, mereka solat tetapi tidak menutup aurat, mereka mengaku Islam tetapi menolak undang-undang Islam dan seumpamanya. Sebagai umat Islam kita perlulah memartabatkan Al-Quran itu sendiri selain dari mengamalkan beberapa potong ayat di dalamnya sahaja. Dengan itu barulah amalan kita diberkati Allah.. InsyaAllah…
Di sini admin senaraikan 8 surah yang boleh dijadikan amalan untuk mendapatkan anak yang baik:
  1. Surah Al-Fatihah- Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan.
  2. Surah Maryam- Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  3. Surah Luqman- Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
  4. Surah Yusuf- Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
  5. Surah Hujurat- Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
  6. Surah Yasin- Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  7. Surah At-Taubah-Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat.
  8. Surah An-Nahl- Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Dilema temu duga

Assalamualaikum ? 


Tepat jam 3:42 pm satu panggilan dari staff SPAJ muncul kat fon saya dengan bongkak dan belagaknya saya tanya saper nie ? ( bajek ada orang nak ngurat akulah tu , hahahah.... ) rupanya dia nak inform kat saya  untuk reminder 9/7/2012 kena pergi interview .


yang buat saya delima tu 9/7/2012 tarikh baby dalam perut nie kena check rasa-rasa mana lebih penting kerja atau baby ????






dia suruh bawa laptop sendiri lagi ,lap top aku tu dah la macam hidup mati tau mahu tunggu masa nak kena format balik jer..... aduh macam-macam masalah tiba-tiba datang ujian-ujian .semoga saya dapat hadapi semua dengan tenang Ya Allah ... Amin......