Ahad, 29 April 2012

Jumpa Bapa 30 Tahun Terpisah

SAYANG...Omar  dipeluk cucu, Mohd Asraf  sambil diperhatikan bapanya  Abdul Wahab  ketika pertemuan mereka di Hentian Bas MBKT.


KUALA TERENGGANU: “Yang lepas tu, biarlah berlalu... perasaan saya kini bercampur-baur antara sedih dan gembira apabila bertemu semula dengan bapa selepas hampir 30 tahun berpisah,” kata Abd Wahab Omar, 49, yang menemui bapanya, Omar Muhammad, 82, di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, awal pagi semalam.
Abd Wahab berkata, sejak ibu bapanya bercerai ketika dia berusia enam tahun, mereka sekeluarga tidak pernah bertemu kerana ibu dan bapanya masing-masing berkahwin lain.

Dia yang dilahirkan di Segamat, Johor dan dibesarkan di Tawau, Sabah sebelum menetap di Puncak Alam, Kuala Selangor berkata, perpisahan keluarga yang memeritkan terjadi ketika dia dan seorang adiknya yang sudah meninggal dunia, masih kecil serta memerlukan tempat bergantung.


Katanya, sukar untuk dia menceritakan perselisihan faham yang berlaku sehingga menyebabkan keluarganya berpisah dan tidak menyangka rutin hariannya membaca Harian Metro kelmarin membawa khabar gembira apabila melihat wajah seorang lelaki yang hidup merempat di hentian bas mirip bapanya.

“Sebaik membaca berita disiarkan, terdetik di hati, lelaki itu bapa saya dan terus menelefon pejabat Harian Metro untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum mengenal pasti dia ayah saya selepas bercakap dengannya menerusi telefon.


“Tanpa berlengah, saya terus menaiki kereta bersama dua anak ke Kuala Terengganu untuk bertemu bapa dan tidak menyangka pertemuan ini berlaku pada awal pagi selepas azan Subuh, menjadikan lidah saya kelu untuk berkata-kata ketika memeluk bapa sehingga menitiskan air mata,” katanya yang bekerja sebagai pemandu bas.



Menurut bapa kepada enam anak itu, dia berterima kasih kepada Harian Metro kerana membantu mempertemukan semula bapanya yang terputus hubungan sejak 30 tahun lalu.

Katanya, dalam tempoh itu dia pernah mencuba mencari bapanya tetapi tiada maklumat sama ada masih hidup atau mati kerana sering berpindah, menyebabkan usaha mereka terbantut.


“Selepas bapa bercerai dengan ibu, saya dibesarkan bapa tiri dan hanya bertemu dengannya ketika melawat bapa di Kampung Gong Pak Jin, Mengabang Telipot ketika berusia 19 tahun.

“Bagaimanapun, bapa tidak terus menetap di situ serta merantau semula ke beberapa negeri dan sejak itu kami terputus hubungan serta tidak pernah berjumpa lagi,” katanya sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai hadiah awal sempena ulang tahun ke-10 anak bongsunya, Mohd Ashraf esok.


Sementara itu, Omar yang kelihatan ceria ketika bergurau dengan dua cucunya, Asrul Safuan, 23, dan Mohd Ashraf berkata, dia terharu apabila mendengar cucunya memanggil dia ‘atuk’.


Menurutnya, dia tidak menduga hidupnya yang terpaksa mengemis untuk mengisi perut sejak empat bulan lalu itu kini berubah selepas anak sulungnya menawarkan untuk tinggal bersama.


“Lidah saya kelu dan sukar meluahkan perasaan terharu apabila melihat Abd Wahab sudah besar dan membawa anaknya untuk menjemput saya ke rumah mereka,” katanya sambil mengesat air mata dan saling bermaafan antara mereka berdua.


Kelmarin, Harian Metro melaporkan kisah penderitaan seorang warga emas yang terpaksa mengemis dan mengumpul kotak untuk mengisi perut serta menjadikan hentian bas sebagai tempat kediamannya.


Lebih malang, Omar berkata, rumahnya terpaksa dirobohkan akhir tahun lalu kerana didirikan atas tanah milik orang lain, menyebabkan dia hilang tempat berlindung.


Dia yang pernah bekerja sebagai nelayan mendakwa hanya membawa sehelai selimut, tikar, tuala, sejadah dan beberapa helai pakaian ke hentian bas berkenaan selepas keluar dari rumahnya, empat bulan lalu.


Menurutnya, segala makan minumnya setiap hari adalah daripada belas ihsan orang ramai yang simpati dengan nasibnya.



Sumber : Harian Metro

Sabtu, 28 April 2012

Bagaimana Matematik Dapat Menemukan Nombor Telefon Bimbit Dan Usia Anda!


Matematik memang unik, tapi tak ramai yang mengetahuinya, ramai yang membenci subjek ini kerana dikatakan sukar dan memeningkan kepala.

Selain keindahan matematik yang banyak orang tak tahu, matematik juga dapat menemukan nombor telefon bimbit dan usia korang! nak tahu cara-caranya? ok, boleh buat pengiraan seperti di bawah, sila gunakan kalkulator untuk memudahkan pengiraan!

1. Lihat no telefon korang,ambil 2 nombor yang belakang tu
contoh 012-3456789.. ambil 89 tu dan
2. Darab (x) 2
3. Tambah (+) 5
4. Darab (x) 50
5. Tambah (+) usia korang
6. Tambah (+) 365
7. Tolak (-) 615

ok. sekarang korang dah ada jawapan? 2 nombor di hadapan adalah 2 nombor belakang telefon bimbit korang, manakala 2 nombor di belakang adalah usia korang sekarang! betul tak?

Superman Dapat Call Mase Kuliah

REZEKI MELALUI PERKAHWINAN


Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.


Sabda Baginda yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.” (Riwayat Bukhari)
Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.


Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.


Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah! Aku telah pun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?”. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.
Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : “Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah… ?” keluh lelaki itu. “Kahwinlah lagi,” jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.


Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. “Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? “, adu lelaki itu. “Berkahwinlah lagi,”kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.


Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah SWT yang bermaksud: ” Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)


Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.
WALLAHUALAM


Sumber : Sini

Jumaat, 27 April 2012

Manfaat Terbesar Amalkan Ayat Kursi

Manfaat Terbesar Amalkan Ayat Kursi

Allah S.W.T. telah menurunkan kitab suci Al-Quran untuk menjadi pegangan dan pedoman kepada para hambanya sepanjang hidup menjadi khalifah di muka bumiNya sebelum terjadi kiamat, yang manusia sendiri tidak ketahui bila waktunya.
Sabda Rasulullah S.A.W, “Aku tinggalkan kepada umatku dua perkara. Jika mereka berpegang teguh kepadanya maka mereka tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al Quran dan as Sunnah.”
Di dalam Al-Quran, terdapatnya satu ayat yang dapat memberikan seribu syafaat dan manfaat buat manusia jika sentiasa diamalkan. Ia adalah ayat Kursi.
Ayat Kursi telah diturunkan selepas hijrah dan sejarah mencatatkan bahawa semasa turunnya ayat ini ia diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi takut kerana adanya satu halangan dalam usaha mereka menyesatkan umat manusia.
Sesiapa yang sering membaca ayat Kursi akan dikasihi dan dilindungi oleh Allah S.W.T sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad S.A.W. Sebagai tambahan kepada mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah S.W.T daripada gangguan serta hasutan syaitan.
“Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)” Kursi; 225.
Antara syafaat dan manfaat yang didapati:
1. – Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.
2. – Mengikut keterangan dari kitab Asraarul Mufidah, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3. – Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insyaallah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4. – Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya”.
5. – Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad.
6. – Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
7. – Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
8. – Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
9. – Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk, Insyaallah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
10. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah akan mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.
11. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
12. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
13. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
14. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir sembahyang, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
15. – Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
“Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)” Kursi; 225.

Rabu, 25 April 2012

Senarai Orang Terkaya Di Malaysia 2012


Anda sudah melihat senarai 10 orang terkaya di Malaysia?jika belum,dibawah ini ada disenaraikan 20 orang terkaya di Malaysia.Terkejut kami melihat kekayaan yang dimiliki oleh mereka semua.Jika harga itu dileburkan untuk pembangunan kawasan luar bandar atau rakyat miskin,pasti negara kita akan lebih maju daripada sekarang ini.Betul tak??
Berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012,dibawah ini adalah senarai orang-orang terkaya di Malaysia tahun 2012.
  1. Robert Kuok – Wilmar International (aset RM45.7 bilion)
  2. T Ananda Krishnan – Maxis & Astro (aset RM42.99 billion) -
  3. Tan Sri Teh Hong Piow – Public Bank – (aset RM12.64 billion)
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng – IOI Corporation Bhd (aset RM11.36 billion)
  5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – MMC Corporation Berhad (aset RM9.53 billion)
  6. Tan Sri Quek Leng Chan – Hong Leong Malaysia (aset RM8 billion)
  7. Tan Sri Lim Kok Thay – – Genting Group (aset RM7.58 billion)
  8. Puan Sri Lee Kim Hua – balu kepada Pengasas Genting (aset RM6.58 billion)
  9. Tan Sri Tiong Hiew – Rimbunan Hijau Group (aset RM6.41 billion)
  10. Ong Beng Seng – Grand Prix Formula One Singapore (aset RM4.92 billion)
  11. Tan Sri Azman Hashim - Arab-Malaysian Corp (aset RM3.470 billion)
  12. Tan Sri Vincent Tan - Berjaya Group (aset RM2.541 billion)
  13. Datuk Mokhzani Mahathir - Kencana Petroleum (aset RM1.937)
  14. Datuk Lee Yeow Chor - IOI Group (aset RM1.787 billion)
  15. Tan Sri Tony Fernandes – Air Asia (aset RM1.772 billion)
  16. Lee Yeow Seng – IOI Group (aset RM1.746 billion)
  17. Tan Sri Lau Cho Kun - Hap Seng Consolidated (aset RM1.721 billion)
  18. Tan Sri Yeoh Tiong Lay – YTL Group (aset RM1.711 billion)
  19. Tan Sri Lee Oi Hian - Batu Kawan (aset RM1.589 billion)
  20. Datuk Lee Hau Hian - Batu Kawan (aset RM1.58 billion)
Namun begitu kami berpendapat ramai lagi orang-orang yang kaya di Malaysia tetapi mereka menyembunyikan kekayaan mereka.Ini tidak termasuk lagi senarai ahli politik.Mereka sudah tentu mempunyai kekayaan hasil daripada “kerja-kerja sampingan” mereka menjadi wakil rakyat.
Apa-apa pun,kita harapkan mereka yang kaya raya ini akan terus membantu kerajaan kita untuk membangunkan negara dan membantu golongan yang memerlukan di luar sana.Harta kekayaan itu hanya di dunia dan apabila kita mati nanti,hilanglah kekayaan itu dan yang kita bawa adalah amalan.

Selasa, 24 April 2012

Info: 50 Fakta Menarik ,TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY


50 Fakta Menarik ,Kisah dan Perinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY 

ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG . 
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB . 

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan 

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

Shafie Apdal Nafi Berikan Wang Kepada Zahida Rafik

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengeluarkan kenyataan menerusi The Star dan Twitternya menafikan kontroversi yang melibatkan namanya baru-baru ini. Untuk makluman, Datuk Seri Shafie Apdal dikaitkan dengan pemberian sejumlah wang yang besar kepada pelakon Zahida Rafik.
shafie apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengeluarkan salinan surat untuk siaran akhbar di Twitter miliknya :- 
shafie apdal

Sumber : Beautifulnara

Geng Jamban Diberkas

Gambar Hiasan

GEORGETOWN: Gelaran Geng Jamban sesuai untuk dua lelaki yang menjadikan pengguna tandas sebagai mangsa dengan mencuri pelbagai barang berharga dalam poket seluar yang digantung.
Bagaimanapun, perbuatan mereka itu terbongkar apabila mereka ditahan jam 10 malam kelmarin selepas polis melakukan pemeriksaan dan menemui pelbagai dokumen dan juga barang milik mangsa mereka.

Dua lelaki terbabit masing-masing berusia 34 dan 21 tahun, ditahan anggota polis ketika berada dalam kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kerana kelihatan mencurigakan.


Difahamkan, seorang daripada mereka adalah bekas pelajar kolej di Seberang Prai, tetapi diberhentikan kerana masalah disiplin.

Menurut sumber, dua lelaki berkenaan menjadi buruan sejak hampir setahun lalu kerana aktif menjalankan kerja samun dengan menyasar pengguna tandas awam di masjid, lapangan terbang dan hentian rehat dan rawat (R&R).


“Kebanyakan mangsa mereka adalah pengguna tandas yang menggantung seluar ketika berada dalam tandas dan lelaki berusia 21 tahun terbabit dianggap pakar menyeluk poket seluar tanpa disedari pemiliknya.



“Rakannya yang berusia 34 tahun menunggu dalam kereta dan selepas memperoleh barang berharga, mereka terus melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, ketika ditahan, polis menemui beberapa dokumen penting dan kad kredit milik mangsa.


“Polis juga menemui dokumen lain iaitu kad pengenalan milik dua mangsa dengan satu daripadanya dilaporkan hilang oleh pemiliknya di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Satu lagi milik seorang lelaki yang membuat laporan selepas kad kreditnya yang hilang, digunakan di sebuah pasar raya di Tanjung Tokong,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan dua lelaki berkenaan.


“Setakat ini kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung pembabitan kedua-dua suspek terbabit dalam kes samun dan curi ini. Mereka kini direman untuk siasatan lanjut.


“Hasil siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan mereka aktif melakukan kegiatan curi dengan menyasarkan pengguna tandas awam,” katanya.

Bank Halang Warga Emas Tunai Baucar BR1M




PEKAN: “Saya merayu pihak berkaitan yang dapat membantu saya mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selepas pihak bank enggan menerima kad pengenalan lama walaupun selepas disahkan pegawai di pejabat Daerah Pekan.
“Urusan menukar baucar BR1M bernilai RM500 perlu dilakukan sebelum 15 Mei depan iaitu tarikh akhir tuntutan bantuan kerajaan itu dan sekiranya tidak dilakukan, saya tidak mungkin mendapat wang berkenaan,” kata warga emas, Zaliha Hussain, 69.

Zaliha yang tinggal di perumahan banjir Batu Lapan, Lepar, dekat sini, menerima surat kelulusan bantuan BR1M bagi pihak ibunya, Halimah Awang Isa, 91, minggu lalu dan dia ke pejabat Daerah Pekan bagi mendapatkan baucar dan pengesahan kad pengenalan ibunya sebelum ke bank bagi urusan menukar baucar berkenaan.


Bagaimanapun, impian Zaliha untuk mendapatkan wang RM500 itu tidak menjadi kenyataan apabila pihak bank tidak membenarkan penerima BR1M menggunakan kad pengenalan lama sebaliknya hanya pemegang MyKad saja yang dibenarkan membuat tuntutan.

Walaupun baucar itu tertulis namanya untuk mewakili ibunya bagi bantuan berkenaan, surat pengesahan BR1M adalah atas nama ibunya.


“Selepas gagal membuat penukaran, saya sekali lagi ke pejabat daerah bagi mendapatkan kepastian dan pegawai terbabit mendakwa sebelum ini kes yang sama banyak berlaku tetapi ia selesai tanpa sebarang masalah.



“Saya pergi ke dua bank di sini dan Kuantan untuk menuntut wang, namun semuanya tidak mahu meluluskan tuntutan dengan alasan sama,” katanya.

Menurutnya, harapan untuk ibunya yang lumpuh untuk mendapatkan wang BR1M tidak akan menjadi kenyataan sekiranya masalah berkenaan tidak dapat diselesaikan sebelum 15 Mei depan.


Zaliha berkata, wang RM500 itu terlalu besar buat dia sekeluarga terutama bagi menampung perbelanjaan menguruskan ibunya termasuk membeli lampin pakai buang yang digunakan setiap hari.

Katanya, saranan pihak bank supaya kad pengenalan ibunya ditukar kepada MyKad agak mustahil kerana ibunya bukan saja tidak mampu berjalan tetapi turut mengalami masalah hilang ingatan.


“Wang RM500 mungkin kecil bagi golongan berada, tidak bagi saya sekeluarga yang tidak mempunyai pendapatan terutama selepas suami yang mengidap penyakit lemah sendi tidak mampu bekerja sejak lebih tiga tahun lalu.


“Saya kini hanya mampu berserah dan berdoa berharap ada pihak yang sudi tampil membantu menyelesaikan masalah ini sebelum 15 Mei iaitu tarikh tutup menukar BR1M,” katanya.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Khairuddin Mahmud berkata, dia akan menyiasat apa yang berlaku bagi memastikan ia dapat diselesaikan secara bijak.

Isnin, 23 April 2012

Jangan Engkau Meninggi Diri

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.
2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.
3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome.
4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak cantik.
5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.
6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain tak sembahyang.
7. Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah.
8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.
TAPI..
1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.
2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.
3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.
4. Kita adalah cantik jikalau kita tidak menghina orang lain.
5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain…
Fikirkanlah. Jangan kita BANGGA dengan apa yang kita ada. Kelebihan yang ALLAH berikan pada kita guna sebaiknya. Jangan sampai ALLAH tarik nikmat yang engkau perolehi sekarang.
“Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.” (Imam Malik)
Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam daripada berkata-kata meninggi diri, yang bermaksud:
“Barangsiapa yang banyak p erkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya” (Riwayat Abu Naim)

Pilu Jumpa Rangka Ibu Meninggal Hampir Setahun




Kepulangan seorang anak untuk menjenguk ibunya yang tidak ditemui sejak hampir lima tahun lalu bertukar pilu apabila hanya menjumpai tulang dan tengkorak dua ahli keluarganya di dalam bilik rumah mereka di Kampung Pangkalan Lopeng Baru di sini, kelmarin.


Rangka wanita berusia 79 tahun dan anak perempuannya berusia 49 tahun itu ditemui dalam sebuah bilik dipenuhi sarang labah-labah dan mereka dipercayai meninggal dunia sejak hampir setahun lalu. 


Dua mayat itu ditemui kira-kira jam 3.30 petang oleh seorang anak perempuan warga emas berkenaan berusia 40-an bersama suami ketika mahu menjenguk ibu dan kakaknya.
Mereka dikatakan sudah lama tidak pulang kerana dihalang seorang lagi anak perempuan mangsa, juga berusia 40-an yang turut mendiami rumah itu.



Difahamkan, rumah berkenaan turut didiami anak saudara lelaki mangsa berusia lewat 30-an yang juga orang kelainan upaya (OKU).


Sumber : Harian Metro