Jumaat, 27 Mei 2011

*** Aku Bunuh Kau!!! ***


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....


 

Mulakan membaca perkongsian aku pada hari ini dengan senyuman hehehe…Kenapa aku suruh korang mula dengan senyuman? Kerana sesuatu benda yang baik ingin aku kongsikan yang boleh kita sama-sama ambil ikhtibar. Paling tidak, post ini untuk mengingatkan diri aku sendiri. Ada tak korang baca mengenai “Gadis tolak cinta lelaki dibunuh” dalam Kosmo Online? Secara realitinya, manusia zaman sekarang ini semakin tidak berperikemanusiaan. Hanya menggunakan nafsu sebagai medium pemikiran. Kewarasan akal dibuang, nafsu diperhambakan abdikan.

ALOR SETAR – Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewa lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam kelmarin.

Mungkin era yang semakin maju ini menjadikan manusia adalah tuhan sedangkan hakikat sebenar Allah adalah tuhan kepada kebenaran. Manusia sanggup berbunuhan seolah-olah mereka pencabut nyawa penentu jalan sesebuah manusia. Bila nafsunya berkata “Kau bunuh! Kau bunuh! Kau bunuh!”, akal seperti terdiam terkunci dalam kegelapan.



 
Adakah kerana tertekan yang mampu diberikan alasan? Adakah cukup dengan membunuhan untuk melepaskan tekanan? Bagaimana negara boleh maju sedangkan sebilangan dari kita semakin kolot? “Kau Tak Ikut Arahan Aku, Aku Bunuh Kau!“. Kenapa manusia sanggup pertaruhkan nyawa atas kepentingan sendiri? Bagaimana jika korang yang berada di hujung pisau untuk di bunuh?

Kalau dulu haiwan menjadi mangsa, kaki kucing di potong, mata kucing di korek hanya kerana benci. Tapi sekarang, dunia semakin maju. Bunuh haiwan bukan suatu kepuasan, tak cukup untuk melepas kemarahan bunuh manusia yang engkau kerjakan! Apakah tidak pernah kau lihat kesempurnaan yang telah Allah berikan? Tangan, kaki, mata, telinga, hidung untuk kau syukuri?

Tapi kenapa anugerah Allah pada orang lain yang kau ambil? Tangan manusia kau potong, mata manusia kau butakan seolah-olah kau pereka dan pemilik anggota manusia. Cukuplah, buang nafsu kau, kembalikan akal. Jangan sampai akal terus menangis dalam kegelapan….