Selasa, 13 September 2011

Aku nak beli bini kau boleh tak ???




Gambar Hiasan jer....


        
             Kemaruk mengidamkan isteri orang menyebabkan seorang ‘samseng miang’ tanpa segan silu berjumpa suami wanita berkenaan dan menawarkan wang ribuan ringgit bagi membeli isterinya.


Kejadian dilaporkan berlaku awal bulan ini dan lelaki terbabit yang berusia 23 tahun dengan selamba pergi ke rumah pasangan suami isteri di sini berjumpa suami wanita terbabit bagi bertanyakan harga yang mungkin dipersetujui.
Bagaimanapun, tindakan suspek yang sudah berumah tangga itu menyebabkan si suami naik angin lalu menghalau suspek tanpa mengetahui latar belakangnya yang memiliki pelbagai rekod jenayah.

Agak mengejutkan apabila penjenayah miang itu tidak memberikan sebarang reaksi, sebaliknya berlalu meninggalkan pasangan suami isteri berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga.



Sehubungan itu, suami mangsa membuat laporan polis dan bertindak atas laporan itu suspek ditahan di rumah ibu bapanya di Taman Kledang Emas, Buntong di Ipoh pada Jumaat lalu serta direman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.

Zina dan rakam aksi seks






         Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.


Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis.


Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.

Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.



Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.