Sabtu, 12 Mei 2012

PENGORBANAN SEORANG IBU




Ini kisah sedih seorang ibu yang sanggup korbankan mata untuk kebahagiaan anaknya. Takkan ada orang lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. 
Mungkin ramai yang sudah tahu cerita ini... 
Semoga cerita ini beri pengajaran buat kita...

Cerita ni 
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian 
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… 
Dia amat memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru 
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, 
ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.
Aku sungguh malu. 
Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci 
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya 
salah seorang rakan darjah berkata, 
“EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"

Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. 
Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, 
“Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, 
alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku langsung tidak peduli akan perasaannya… 

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku berkahwin. 
Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. 
Aku amat gembira dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku 
datang menziarahiku. 
Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak 
pernah berjumpa cucunya..
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, 
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, 

“Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!
"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan pantas ibuku menjawab 
“Maaf, Saya tersilap alamat” 
dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan 
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… 

Selepas perjumpaan itu, 
aku telah pergi ke rumah 
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskan setitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat 
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, 
Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke 
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin 
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana 
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu…. 
Semasa kamu masih kecil, 
kamu telah mendapat 
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, 
aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu…
Aku memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU… :'(

_______________________________________________


Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, 

“Seorang lelaki pernah mendatangi Rasulullah, 
lalu dia berkata, 
"Wahai Rasulullah, 
siapakah orang yang paling berhak 
aku perlakukan dengan baik?’ 
Rasulullah menjawab, 
‘Ibumu.’ 
Lelaki itu bertanya, 
‘Kemudian siapa lagi?’ 
Rasulullah menjawab, 
‘Ibumu.’ 
Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ 
Rasulullah menjawab, 
‘Ibumu.’ 
Lelaki itu bertanya lagi, 
‘Kemudian siapa lagi?’ 
Lelaki itu menjawab, 
‘Bapamu.’


(HR. Bukhari dan Muslim)
Riwayat al-Hakim
_______________________________________________


“Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.” (Al-Isra’: 23).

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” [ Riwayat al-Hakim ].

Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, 
amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik 
yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. 
Oleh itu sayangi orang tua kita 
agar hidup kita sebagai anak sentiasa diberkati Allah.

4 Tanda Hidup Tak Berkat


 


Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga .


Popular #Keywords Dalam Blog Ku


Assalamualaikum .....? dan salam sejahtera beb
waktu dan ketika ini aku perhatikan orang-orang kat internet dok sibuk search hukum sambut hari ibu.
alhamdulillah aku bersyukur sangat2 orang islam zaman sekarag dah tersedar dari ikot cara orang barat.
kita patutnya tak payah nk ikot orang2 beb , kita sambut hari jadi ibu kita pun rasanya macam dah memadai naper perlu nk pilih tarikh khas tok sambut hari ibu sedunia tu semua ideologi kapir .

okey beb malaz nak cakap banyak
" Majulah sukan tok negara " hahahaa... slogan tak ada kaitan langsung dengan tajuk.
sayanglah ibu kita semasa kita masih diberi kesempatan oleh allah swt tok jumpa dia klau dh xsempat nk menyesal pun dh tak guna cz syurga tu bwh tapak kaki ibu .
wassalam..............



Biodata Tun Dr Mahathir


Profile atau biodata Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Nama sebenar: Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Nama komersial: Tun Mahathir
Nama bapa: Mohamad bin Iskandar
Nama ibu: Wan Tampawan
Adik beradik:
1)Mahadi (Meninggal dunia – 12 dec 2000)
2)Murad (Meninggal dunia)
3)Mustaffa (Meninggal dunia)
4)Mashahor (Meninggal dunia – 30 Sept 2002)
5)Rafeah (Meninggal dunia – 01 sept 2009)
6)Habsah (Meninggal dunia – 06 dec 2006)
Tarikh lahir: 20 december 1925
Tempat lahir: Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Status: Berkahwin (05 ogos 1956)
nama isteri: Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali
Anak: 7 orang (4 lelaki dan 3 perempuan)
1.Datin Paduka Marina binti Tun Mahathir (lahir pada tahun 1957)
2.Mirzan bin Tun Mahathir (lahir pada tahun 1958)
3.Melinda binti Tun Mahathir (lahir pada tahun 1959)
4.Dato’ Mokhzani bin Tun Mahathir (lahir pada tahun 1961)
5.Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir (lahir pada tahun 1964)
6.Maizura (anak angkat) (lahir pada tahun 1984)
7.Mazhar (anak angkat) (lahir pada tahun 1984)
Pendidikan:
1930 – Malay School Seberang Perak Alor Setar, Kedah Darul Aman (sekolah rendah)
1945 – Senior Cambridge Certificate Government English School, Sekolah Menengah Sultan Abdul Hamid, Alor Setar (sekarang dikenali sebagai Sultan Abdul Hamid College)
1947 – King Edward VII College of Medicine, Singapore
1948 – MBBS University of Malaya, Singapore
Kerjaya:
1954 – 1957 : Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis
1957 : Membuka klinik sendiri, Klinik Maha
1973 : Pengerusi, FIMA Sdn Bhd
1974 : Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Razak
1976 : Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan
1977 : Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Industri
1981 : Perdana Menteri Malaysia (ke-4)
1981-1986 : Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
1986 : Perdana Menteri (penggal kedua) dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
1987 : Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Keadilan
1990 : Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Keadilan
1995 : Perdana Menteri (penggal keempat) dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
1998 : Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kewangan Pertama
1999 – 2003 : Perdana Menteri (penggal kelima)
2001 : Gabenor, Bank Pembangunan Islam untuk Malaysia
2003 : Bersara sebagai Perdana Menteri
2003 : Lembaga Pengarah, Khazanah Nasional Bhd
: Penasihat, Lembaga Pembangunan LADA dan Tioman
: Penasihat, Petronas
2004 : Canselor, Universiti Teknologi Petronas
: Penasihat, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton)
: Penasihat, Lembaga Pembangunan Tioman
2006 : Pengerusi, The Loaf (M&M Consolidated Resources Sdn Bhd,
2011 : Cancelor Pertama, Universiti Perdana
Tun Dr. Mahathir offical website: www.chedet.cc
Tun Dr. Mahathir facebook: www.facebook.com/TunDrMahathir
E-mail: -
Biography:.
Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada 10 julai 1925, Tetapi menurut kepercayaan bapa Tun Dr. Mahathir (Mohamad bin Iskandar) yang juga seorang pengetua, kanak-kanak yang dilahirkan pada bulan julai atau separuh pertama tahun akan ketinggalan enam bulan kebelakang dan bapa beliau telah menetapkan tarikh lahir Tun Dr. Mahathir pada 20 december 1925 (tiada sijil kelahiran pada ketika itu)
Pada 1996 Tun Dr. Mahathir telah Menulis sajak bertajuk “Perjuangan yang Belum Selesai” dan mendeklamasikan sajak tersebut ketika Utusan Poetry Night yang keempat
pada 2001 Tun Dr. Mahathir telah Menyampaikan sajak bertajuk “Melayu Mudah Lupa” di Perhimpunan Agung UMNO