Rabu, 5 Oktober 2011

Jom Layan Gambar persandingan 12 juta Memey & Norman di Hotel Crowne Plaza




Gambar kahwin memey  dan norman tajaan Raflesia yang bernilai 12 juta  |  Memey pakai gaun perkahwinan Vera Wang 

  • Sebanyak RM12 juta diperuntukan untuk kos keseluruhan majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza Suhaimi yang berlangsung di Nirwana Ballroom, Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini pada 28 September.
  • Kos tersebut termasuk barang kemas yang diinsuranskan dan juga hiasan dewan yang menampilkan persandingan ala New York rekaan khas perunding perkahwinan, Nas Great Idea melibatkan kos sebanyak RM150,000.
  • Hiasan dewan yang menampilkan konsep warna putih itu bakal dipenuhi dengan bunga-bunga segar yang diimport.
  • Sebanyak tujuh lori bunga- bunga segar digunakan untuk menghiasi dewan. Konsep yang ditampilkan berbeza daripada apa yang pernah dilakukan oleh Nas Great Idea sebelum ini.
  • Di dewan itu  didirikan empat karusel yang dihiasi dengan set sofa dan di tengahnya terdapat pelamin. Majlis pada malam itu khas untuk rakan-rakan selebriti dan media.
  • Turut hadir, antaranya, pereka kasut ternama, Prof. Datuk Jimmy Choo dan Pengarah Urusan Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin, yang merupakan penaja utama majlis resepsi Norman dan Memey.
  •  Memey, 23, akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta. Memey  menyarungkan gaun pengantin rekaan pereka termasyhur dunia, Vera Wang dalam majlis resepsi yang berkonsepkan New York itu. Vera Wang  bukanlah calang-calang pereka kerana hampir kesemua selebriti terkenal Hollywood pernah menggayakan rekaan eksklusifnya dalam majlis perkahwinan mereka.
  • Antaranya ialah Victoria Beckham, Mariah Carey, Alicia Keys, Jennifer Lopez sehinggalah kepada anak-anak kenamaan dunia seperti Chelsea Clinton dan Ivanka Trump. Gaun Pengantin Vera Wang  Terkenal dengan kombinasi rekaan yang ringkas, kembang dan meleret serta penggunaan fabrik polos yang menyuntik elemen mewah dan glamor.
  • Pasangan mempelai memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.
  • Selain dua persalinan yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga  mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
  • Sementara itu, dua pasang kasut yang direka khas oleh Jimmy mengikut kesesuaian pakaian dan hiasan barang kemas yang dipakai oleh Memey dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.
  • Majlis perkahwinan memey  dan norman yang akan  mencatat sejarah sebagai Wedding of The Year itu  dihadiri 200 tetamu….









































Nikah tak jadi pengantin lelaki tak ada baju melayu putih






Majlis akad nikah seorang wanita berusia 24 tahun yang sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di sini kelmarin, tidak kesampaian apabila bakal pengantin lelaki ‘ghaib’ dipercayai hanya tidak mempunyai baju Melayu putih.


Keadaan itu menyebabkan keluarga pengantin perempuan menanggung malu kepada imam, saksi serta sanak-saudara apabila majlis berkenaan terpaksa dibatalkan. 
Menurut pengantin perempuan yang mahu dikenali sebagai Julia, dia sepatutnya dinikahkan dengan teman lelakinya yang sama usia selepas solat Isyak hari berkenaan berikutan kedua-dua keluarga sudah bersepakat melangsungkan majlis berkenaan.

Katanya, persiapan majlis akad nikah itu dibuat sejak akhir Ogos lalu.



Julia berkata, hasil perbincangan, keluarga teman lelakinya bersetuju mereka dinikahkan, malah meminta dia dan teman lelaki menghadiri kursus perkahwinan minggu lalu.

kasanova jerat isteri kawan baik......







“Dia memberitahu suami kononnya saya curang dan menjalin hubungan dengan lelaki lain. Saya pula dia beritahu suami ada hubungan dengan perempuan lain.
“Akibatnya saya diceraikan, namun selepas itu dia pula ajak saya kahwin di Siam,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aimi, 26, mengenai ‘permainan’ seorang lelaki kasanova untuk memikat mangsanya sebelum mengikis duit mereka.

Aimi berkata, kasanova yang dikenali sebagai Man, 30-an itu amat licik memerangkap mangsa sehingga mampu memikat 20 teman wanita serentak termasuk bekas isteri dan kekasih orang, biarpun kawannya sendiri.


Rahsia Man terbongkar apabila seorang demi seorang kekasihnya tampil membuat laporan polis selepas menyedari mereka dianiaya dan terpedaya.

Menurut Aimi, Man yang juga seorang kakitangan awam beruniform sering menggunakan jawatannya itu untuk memerangkap wanita dan permainan fitnahnya menyebabkan rumah tangga sebahagian mangsanya porak-peranda. “Saya mengenali Man menerusi suami kerana mereka berkawan, namun lama-kelamaan hubungan kami tegang dan selalu bergaduh kerana termakan hasutannya yang mendakwa kami curang.


“Akibat terpedaya dengan fitnah Man, saya diceraikan talak satu oleh suami pada hujung Julai lalu. Sebelum itu, suami juga memukul dan menendang hingga badan saya lebam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Masai, semalam.



Aimi berkata, lebih menghairankan ialah selepas dia diceraikan, Man beria-ia mahu memberikan bantuan termasuk menumpangkannya di rumah seorang rakan wanitanya, selain memberinya wang RM2,000 bagi membolehkannya hidup bersendirian.

Menurutnya, Man yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak kemudian menyatakan ingin memperisterikannya dengan berkahwin di selatan Thailand.


“Pelik dengan perangainya itu, saya mula terfikir apa yang dikatakannya kepada saya dan suami sebelum bertemu suami serta berbincang hasil bantuan keluarga.

“Kami rujuk semula selepas mendapati Man berniat jahat memfitnah kami suami isteri sehingga bercerai,” katanya.


Seorang lagi mangsa Man yang juga bekas teman wanita lelaki itu, Shima, 30-an berkata, dia menjalin hubungan selama 10 tahun sebelum menyedari ditipu dan diperalatkan untuk mendapatkan wang.


“Sepanjang 10 tahun bersama, saya memberinya lebih RM15,000 wang simpanan saya selepas dia memberi pelbagai alasan untuk menggunakan wang. “Sepanjang tempoh kami berkawan, tidak pernah dia mengaku sudah beristeri dan mempunyai dua anak,” katanya.


Shima berkata, Man seorang panas baran dan sering memukulnya hingga terseliuh pergelangan tangan, namun dia tetap bersama lelaki itu atas dasar sayang dan cinta.


“Bagaimanapun, saya mula tidak tahan dengan sikapnya apabila dia sering membawa wanita lain ke kelab malam dan karaoke sedangkan wang simpanan saya habis dikikis,” katanya.


Seorang lagi mangsa Man yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 18, berkata sikap romantis Man dengan kata-kata manis, peramah serta prihatin terhadap dirinya pada awal perkenalan menyebabkan dia jatuh cinta kepada lelaki itu sehingga terlanjur.


“Man berlagak romantik dan prihatin selain selalu menunjuk-nunjuk dia berharta hingga pernah memberikan saya ribuan ringgit secara tunai.


“Bagaimanapun, lama kelamaan tembelangnya pecah kerana dia membawa wanita lain ketika kami masih bercinta. Semua itu masih boleh dimaafkan kerana saya cintakannya.


“Namun, lebih dikesalkan ialah dia cuba memperalatkan saya memikat lelaki lain sebelum berpesan supaya saya mengikis wang lelaki itu,” katanya sambil memberitahu lelaki dimaksudkan ialah suami Aimi.


Aimi membuat laporan polis berhubung sikap kasanova Man di Balai Polis Masai, 3 September lalu, manakala Shima membuat laporan berhubung penipuan dan ugutan lelaki itu di Balai Polis Scinetx Seri Alam, 26 Julai lalu.


Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.