Isnin, 17 September 2012

Nicol Tewas Pertahan Mahkota

Nicol Gagal Pertahan Mahkota Di Terbuka Malaysia

Kemenangan sulung pemain meningkat naik dari Mesir, Raneem El Weleily ke atas pemain nombor satu dunia, Nicol David, semalam melenyapkan impian ratu skuasy negara untuk mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka CIMB Malaysia buat kali kelapan berturut-turut.
Nicol yang memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri bagaimanapun terpaksa akur 12-10, 11-13, 13-11, 11-2 selepas lawannya yang baru berusia 23 tahun itu mempamerkan aksi lebih mantap berbanding apa yang dipamerkannya.
Prestasi baik Raneem beraksi dengan cukup cemerlang dan tidak melakukan sebarang kesilapan sepanjang perlawanan berlangsung. Dengan prestasi baik yang dipamerkan, saya cukup sukar untuk mengutip mata.
Tahniah. Dia (Raneem) langsung tidak gentar ketika berada di gelanggang dan bermain dengan baik untuk berjaya memenangi perlawanan hari ini (semalam), katanya dengan nada kecewa.
Raneem yang juga pemain nombor dua dunia pula mengakui sedikit gugup ketika mengatasi di saingan separuh akhir dan menyifatkan kemenangannya semalam sesuatu yang luar biasa.
Saya berjaya mengawal perasaan gugup untuk menjadi lebih baik ketika menentang Nicol. Saya tidak mahu lakukan kesilapan dan terus melakukan yang terbaik. Ini kemenangan besar buat diri saya, kata Raneem.
Sementara itu, dalam kategori lelaki menyaksikan Tarek Momen dari Mesir unggul mengatasi rakan senegaranya, Mohamed El Shorbagy 12-10, 6-11, 12-10, 8-11, 14-12 untuk dinobatkan sebagai juara.

P/s : jangan sedih dato nicol david kami rakyat malaysia sentiasa menyokong dato , usaha itu tangga kejayaan gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya .

Sabtu, 15 September 2012

Hutang Oh Hutang

Assalamualaikum ???.....


Salam sejahtera rakan blogger semua . korang penah tak mengalami masalah orang berhutang tapi dia buat tahu jer muka tak tahu apa2 atau mungkin anda sendiri yang buat peragai macam itu .kadang2 orang menyalah gunakan kebaikan kita menolong dia dalam kesusahan . sahabat sejati boleh di umpamakan macam " 1 dalam seribu " hanya 1 sahabat sejati yang boleh berdamping dengan kita time susah atau pun senang yang selebihnya mungkin hanya bersama korang time korang senang atau time dia orang susah cari kita nak pinjam duit atau what ever yang dia orang rasa kita boleh dimanfaatkan .

sifat2 suka meminjam nie memang elok sebab kita beriktiar untuk menyelesaikan masalah tapi sifat tak elok  kalau kita dah pinjam tapi tak bayar.ditakuti kalau kita tak bayar balik sahabat kita tu tak maafkan kita sampai bila2.bagi yang mereka yang pernah menjadi mangsa tipu macam nie janganlah sedih kerana Allah swt tu maha adil dengan setiap hambanya , RM10 hilang berganda Allah swt akan kembalikan tapi dalam bentuk yang berbeza .


Jumaat, 14 September 2012

Adam & Hawa | Full Movie (2012) [ update Ep 11 ]


Language: Malay | Genres: Drama | Subtitle: None

Sinopsis:
Ain Hawani terpaksa dikahwinkan dengan Adam apabila mereka berdua ditangkap berkhalwat atas salah faham. Meskipun Ain menafikannya, Adam hanya berdiam diri dan membiarkan semuanya berlaku. Kerana kecewa, Ain lari meninggalkan Adam keseorangan menanti kepulangan isteri yang dicintainya. Bertahun berlalu dan akhirnya mereka dipertemukan semula. Namun adakah mereka akan mengetepikan ego dan menyerah pada perasaan yang sememangnya mendambakan diri masing-masing?


Episod 01

Episod 02



Episod 03


Episod 04



Episod 05



Episod 06



Episod 07



Episod 08



Episod 09



Episod 10



Episod 11




Adam & Hawa | Full Movie (2012) [ update Ep 12 ]






Khamis, 13 September 2012

TUJUAN PERKAHWINAN


   Carilah calon jika kamu sudah bersedia untuk berkahwin. Bersedia dengan ilmu, zahir, batin dan fizikal. Namun harus kita ketahui apakah sebabnya kita mahu berkahwin. Adakah kerana rakan-rakan disekeliling kita kebanyakannya sudah berumah tangga? Adakah kerana sering mendengar paluan kompang di majlis perkahwinan? Banyak lagi perkara yang mendorong kita untuk berkahwin. Tetapi, jangan kita lupa. Perkara utama untuk berkahwin adalah kerana Allah. Bagaimana pula berkahwin kerana Allah? Adakah cukup dengan niat “ Sahaja aku berkahwin dengannya kerana Allah”, kemudian abaikan segala larangan Allah?
Banyak hikmah perkahwinan ini jika kita mahu kaji sedalam-dalamnya. Kalian boleh merujuk pada satu post saya yang bertajuk Hadis Dan Ayat Al-Quran Mengenai Perkahwinan.



1.Bagi mengelak fitnah.
Wahai sahabat, sahabiah sekalian. Saya amat yakin bahawa antara kalian pasti pernah melalui saat apabila diminati seseorang. Saya juga mengakui hal ini. Tidak kiralah lelaki atau wanita, mereka pasti pernah melalui hal ini. Fitrah manusia jangan mula dibiarkan berleluasa menjadi fitnah dunia. Lelaki dan wanita ibarat tarikan magnet. Ketahuilah wahai wanita, setiap inci tubuhmu bisa menarik perhatian lelaki di luar sana. Kerana itulah Islam mendidik kita agar menjaga aurat, sekaligus kita boleh menjaga maruah kita. Tetapi apakan daya jika sudah cukup kita menutup aurat, malah kita masih menjadi rebutan. Jangan disalahkan takdir dan jangan disalahkan wajahmu yang menawan itu. Anggaplah itu sebagai ujian daripada Allah. Di sinilah kita perlu kuat. Jika kita mampu, inilah masanya untuk kita bernikah bagi mencantas perasaan-perasaan yang tidak manis ini.
2.Menepis bisikan syaitan.
Percayalah walaupun kita sebenarnya hanya berkawan, tetapi rasa suka itu pasti terbit hanya kerana bisikan syaitan. Kita perlu sedar bahawa syaitan menggunakan kelemahan kita bagi menjatuhkan kita ke dalam neraka jahanam. Itulah janji syaitan kepada Allah. Syaitan sendiri melaksanakan janjinya kepada Allah. Lalu bagaimana dengan kita yang dulunya pernah berjanji untuk beribadat dengan Allah sewaktu di alam roh? Adakah kita menunaikan janji kita? Sekadar peringatan buat kita. Syaitan menangis tatkala terlafaznya ijab dan qabul. Segala hubungan telah menjadi halal. Maka bisikannya untuk menjerumuskan manusia ke dalam cinta haram telah gagal. Tidakkah kita suka apabila ‘musuh’ kita tewas dalam mempengaruhi kita?Syaitan sebenarnya tidak berputus asa. Apabila sudah berkahwin, maka dia akan mempengaruhi kita dalam bentuk lain pula. Hanya orang yang beriman bisa menewaskan syaitan. Ayuh kita usahakan itu.
3.Perkahwinan satu ibadah.
Saya juga sering tertanya, bagaimana perkahwinan boleh menjadi ibadah. Jawapannya adalah, perkahwinan sebenarnya ibarat satu laluan di mana di atas jalah tersebut terdapat banyak batu-batu permata. Batu permata tersebut saya ibaratkan seperti ‘pahala’.  Bagaimana kita mahu mengutip batu permata (pahala) tersebut ? Senyuman isteri buat suami, bingo! Isteri dapat pahala. Suami beri sesuap nasi buat isteri, bingo! Suami dapat pahala. SubhanAllah… Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah).
Teringat kisahnya Fatimah, anak kesayangan Rasulullah SAW.Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita."Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?""Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.Rasulullah SAW bersabda :"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.
Manisnya kehidupan selepas berkahwin. Satu lagi sebelum saya terlupa. Perkahwinan juga adalah ibadah sekiranya kita menyayangi keluarga pasangan kita sebagaimana keluarga kita sendiri. Mak pasangan kita juga mak kita. Begitu juga dengan bapa pasangan kita adalah bapa kita. Maka layanilah, hormatilah mereka sebagaimana kita lakukan kepada keluarga kita. Jatuhlah tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap mak dan bapa mertua. InsyaAllah, jika kita ikhlas kerana Allah, maka Allah akan permudahkan segala urusan.
4.Menjamin nasab yang baik.
Hubungan lelaki dan wanita sudah pasti melahirkan seorang bayi. Perkahwinan adalah bagi menjamin nasab bagi bayi yang lahir. Hal ini sangat-sangat penting dalam islam. Nasab amat penting dalam islam. Jika sepasang suami isteri mengambil anak angkat, lalu di ‘bin’ kan anaknya kepada ayah angkatnya, maka ayah tersebut masih tidak boleh mewalikan anak itu dalam pernikahan terutamanya anak angkat perempuan. Jika perkara ini berlaku juga tanpa pengetahuan orang, maka perkahwinan anak perempuan itu tidak sah. Lalu bagaimana dengan hubungan pasangan suami isteri itu? Sudah tentulah tidak sah. Jika lahir anak dari perhubungan itu, maka bagaimana pula dengan nasab anak itu? Perkahwinan yang sah akan melahirkan anak yang baik dan menjamin keturunan yang jelas dalam salasiah keluarga. Anak itulah satu anugerah Allah ibarat kain putih, lalu kita mencoraknya.. Itulah kata orang, jika mahu melihat ibu bapa, maka lihatlah tingkah anak mereka. Allahu a’lam. Zaman sekarang juga anak-anak senang dipengaruhi oleh banyak faktor dari luar.


Jika tiada anak dari hubungan suami dan isteri tersebut, maka adakah penceraian itu jalan penyelesaiannya? Memang kita tidak nafikan semua orang mahukan anak. Tapi ketiadaan anak, bukanlah satu permintaan pasangan itu. Jika sanggup, berpoligamilah. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3). Jika tidak sanggup, bolehlah mengambil anak angkat, lalu disusukan.
5.Tempat berkasih sayang.
Dalam sebuah perkahwinan, dapatlah kita lihat seorang lelaki yang gagah dan perkasa diluarnya, menjadi lemah lembut dan manja. Sebagaimana Saidina Umar yang terkenal dengan sifat tegasnya, menjadi lemah lembut dan sangat penyayang apabila berada didalam rumahnya. Di sinilah tempat tercurahnya segala kasih dan sayang. Kasih sayang perlulah seiring dengan sikap saling memahami. Jika hubungan atas dasar kasih sayang, maka ia akan pudar serta merta. Bagaimana jika suami berlaku kasar pada isteri kerana dia dalam keadaan penat? Janganlah pula isteri merajuk dan menarik muka. Isteri perlu memahami suami. Bagaimana pula jika isteri yang bekerja tidak sempat mengemas rumah? Suami janganlah marah. Faham dan bantulah isteri. 

Ahad, 9 September 2012

Mayat bayi lelaki hampir reput dalam beg pakaian

Gambar Hiasan

Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam beg pakaian di Surau al-Falah, Danau Kota, Setapak di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Mayat bayi berkenaan ditemui seorang pelajar kolej yang datang ke surau terbabit untuk menyertai aktiviti gotong-royong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis yang menerima maklumat mengenai penemuan itu kemudian menjalankan pemeriksaan terhadap beg berkenaan.


“Pemeriksaan mendapati terdapat sekeping nota tertulis dalam bahasa rumi dan jawi yang berbunyi, saya.... meminta tolong pengurus masjid tolong urus anak ini.

“Turut ditemui bersama sepasang baju kurung kuning, lampin dan seluar panjang warna hitam,” katanya. Menurut Zakaria, berdasarkan keadaan mayat bayi berkenaan polis percaya bayi berkenaan berusia tujuh hari dan dipercayai sudah meninggal dunia dua hari lalu.


Difahamkan, ketika ditemui, mayat mangsa sudah reput di bahagian kepala, perut dan kemaluan selain mula berbau.


“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Ikat Anak Ibu Bapa Pergi Kerja

GAMBAR: Ikat Anak Pergi Kerja

Apa lagi yang berlaku di China kali ini. Bermacam-macam perkara pelik sering berlaku di sana.
Nak kata tak ada akal, mustahil la pulak sebab negara mereka boleh dikatakan maju juga.
Entah lah mungkin benda-benda pelik ni berlaku terutamanya di kawasan ceruk pedalaman agaknya.
Kali ni penulis nak tunjukkan bagaimana ibu bapa di China meninggalkan anak mereka di mana saja yang mereka fikir sesuai demi untuk ke tempat kerja.
Penulis tahu mungkin ada di antara ibu bapa yang miskin sehingga tidak mampu membayar dan membawa anak ke pusat penjagaan. Tapi fikirlah pakai otak.
Ramai lagi orang yang tak mampu di dunia ini, tapi tidak pula melakukan hal sedemikian kepada anak mereka.
Mereka telah mengikat anak-anak kecil itu di tingkap sebelum ke tempat kerja.
Kesian sungguh! Macam mana kalau mereka nak buang air atau berasa lapar. Kena tunggu sampai ibu bapa pulang ke?
Budak-budak mana tahu apa pun. Yang mereka tahu menangis kalau rasa tak selesa.
Tak dapat penulis fikirkan apalah yang akan terjadi jika ada sesuatu perkara berlaku seperti kecemasan, nak menyesal pun dah tak guna.
Jika ada pengawasan orang dewasa tak apa jugak. Tapi musykil, tak kan kot mereka nak ikat anak kalau ada orang tengokkan.
Harap-harap suatu hari nanti terbuka minda ibu bapa ini untuk tidak melakukan perkara sebegitu lagi.
Kesian dekat budak kecil.

Kisah Lawak Penghilang Bosan


SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati. 

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu! 

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah abis

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil 

elektrik, api rumah aku dah kena potong! 

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik 

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Jumaat, 7 September 2012

AMYRA BALQIS penghidap kanser darah

Assalamualaikum ??

sedih sangat bila dengar cerita orang menghidap sakit kronik lebih-lebih lagi kalau penghidap tu budak sekecil adik amyra nie .semoga adik nie kuat untuk meneruskan hidupnya.sama-samalah kita berdoa untuk adik amyra semoga dia cepat sembuh dan hidup normal seperti kanak-kanak lain. pada mereka yang ingin menyumbangkan bantuan boleh salurkan ke akaun ibunya seperti dibawah.


IBU MYRA: HERNA BINTI SELAMAT
MAYBANK: 112054047075
CIMB: 1601-0020617-52-6
FB IBU MYRA: https://www.facebook.com/missherna

Khamis, 6 September 2012

Patung Gergasi Ciptaan Manusia Terbakar

GAMBAR: Patung Gergasi Ciptaan Manusia Terbakar
Tidak sangka patung setinggi 62 kaki yang dibina di perkarangan Solid Rock Church di Monroe, Ohio, US terbakar secara keseluruhannya akibat terkena panahan petir.
Patung gergasi Jesus Christ yang dikenali sebagai ‘Kings of Kings’ itu bernilai $300,000 US dibina oleh penduduk Monroe.
Reka bentuk patung itu seolah-olah mendepakan tangan ke langit seperti meminta doa.
Mereka amat bermegah dengan patung berkenaan.
Namun, mereka tidak befikir pula siapakah pencipta sebenar di sebalik semua yang berlaku.
Begitulah kekusaan yang ditunjukkan Allah s.w.t apabila patung berkenaan telah terbakar dan hangus secara keseluruhannya pada 15 June 2010.
Malah, dianggarkan $400,000 US kerugian melebihi modal yang mereka gunakan sewaktu pembinaan.

Rabu, 5 September 2012

Diam Lebih Baik Dari Banyak Cakap

Photo: KADANGKALA DIAM ITU adalah jalan yang terbaik untuk menenangkan hati dan fikiran...Supaya tidak terlepas kata yang akhirnya hanya akan merugikan diri sendiri dan orang lain..

[SHARE]

KADANGKALA DIAM ITU adalah jalan yang terbaik untuk menenangkan hati dan fikiran...Supaya tidak terlepas kata yang akhirnya hanya akan merugikan diri sendiri dan orang lain..

Pepatah juga penah berkata " terlajak perahu boleh di undur ,terlajak kata buruk padahnya "

Diam juga dapat mendidik kita untuk mengelakkan dari bercakap sesuatu yang sia-sia yang boleh mendatangkan dosa contohnya mengumpat .semoga kita semua mendapat perlindungan Allah SWT supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang sia-sia .

SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER



Jom sahabat-sahabat blogger semua kita memeriahkan segmen blog MIZZ WENN .kalau awak berminat mudah jer just follow blog MIZZ WENN pastu buat entry pasal segmen nie .simple bukan apa lagi jom kita terjah.... and jangan lupa follow saya juga . hehehe....

TURN TO ALLAH BEFORE YOU RETURN TO ALLAH


Dalam langkah demi langkah,
Semakin aku mengejar cinta dunia,
Semakin aku tenggelam dalam noda...

Lantas aku berpaling mencari arah,
Kembali mendamba cinta dari-NYA,
dan ternyata,

Semakin aku mengenali tuhanku,
Semakin bahagia itu tercipta untukku...



GiveAway : From Sept to Nov by Jaja Sutera



Jom sahabat blogger kita memeriahkan segmen JAJASUTERA kalau anda berminat boleh klik banner di atas .siapa cepat mungkin berpeluang menang hadiah menarik dari JAJASUTERA . jom jangan lepaskan peluang depan mata . tak sampai 5 minit pun nak wat entry nie .



Hadiah menarik 

Shawl (2x)
Whitening Tomato Body Scrub (1x)
Soft Masker (1x)
Collagen Juice (1x)
Single Doodle (2x)
Couple/double Doodle (1x)
Topup RM 10.00 (2x)
Topup RM 5.00 (2x)
Tie Clip (2x)
Fridge Magnet from Cameron Highlands (2x)
Cute Brooch (2x)
Simple Header (2x)
Handmade Felt Craft (1x)


Sabtu, 1 September 2012

To My Friends Who Are...


To My Friends Who Are…MARRIED
Love is not about “it’s your fault”,
but “I’m sorry”, not “where are you’
but “I’m right here”, not “how could
you” but “I understand”, not “I wish
you were”, but “I’m thankful you are.”
To My Friends Who Are…ENGAGED
The true measure of compatibility is
not the years spent together but how
good you are for each other.
To My Friends Who Are…NOT SO SINGLE
Love isn’t about becoming somebody
else’s “perfect person.” It’s about
finding someone who helps you become
the best person you can be.
To My Friends Who Are…HEARTBROKEN
Heartbreaks last as long as you want
and cut deep as you allow them to go.
The challenge is not how to survive
heartbreaks but to learn from them.
To My Friends Who Are…NAIVE
How to be in love: Fall but don’t
stumble, be consistent but not too
persistent, share and never be unfair,
understand and try not to demand, and
get hurt but never keep the pain.
To My Friends Who Are…SEARCHING
True love cannot be found where it
does not truly exist, nor can it be
hidden where it truly does. Love is
magic. The more we hide it, the more
it shows; the more you suppress it,
the more it grows.
*To My Friends Who
Are…PLAYBOY /GIRL TYPE
*Never say I love if you don’t care.
Never talk about feelings if they
aren’t there. Never touch a life if
you mean to break a heart. Never look
in the eye when what you do is lie.
The cruelest thing a guy can do to a
girl is to let her fall in love when
he doesn’t intend to catch her fall.
To My Friends Who Are…POSSESSIVE
It breaks your heart to see the one
you love happy with someone else but
it’s more painful to know that the one
you love is unhappy with you.
To My Friends Who Are…AFRAID TO
CONFESS 

Love hurts when you break up with
someone. It hurts even more when
someone breaks up with you. But love
hurts the most when the person you
love has no idea how you feel.
To My Friends Who Are…STILL HOLDING
ON

A sad thing about life is that when
you meet someone who means a lot to
you, only to find out in the end that
it was never bound to be and we just
have to let go.
To My Friends Who Are…SINGLE
Love is like a butterfly. The more you
chase it, the more it eludes you. But
if you just let it fly, it would come
to you when you least expect it. Love
can make you happy but often times it
hurts, but love’s only special when
you give it to someone who is worth
it. So take your time and choose the
best!
Sumber : Diarihati