Memaparkan catatan dengan label Luar Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luar Negara. Papar semua catatan

Ahad, 9 September 2012

Ikat Anak Ibu Bapa Pergi Kerja

GAMBAR: Ikat Anak Pergi Kerja

Apa lagi yang berlaku di China kali ini. Bermacam-macam perkara pelik sering berlaku di sana.
Nak kata tak ada akal, mustahil la pulak sebab negara mereka boleh dikatakan maju juga.
Entah lah mungkin benda-benda pelik ni berlaku terutamanya di kawasan ceruk pedalaman agaknya.
Kali ni penulis nak tunjukkan bagaimana ibu bapa di China meninggalkan anak mereka di mana saja yang mereka fikir sesuai demi untuk ke tempat kerja.
Penulis tahu mungkin ada di antara ibu bapa yang miskin sehingga tidak mampu membayar dan membawa anak ke pusat penjagaan. Tapi fikirlah pakai otak.
Ramai lagi orang yang tak mampu di dunia ini, tapi tidak pula melakukan hal sedemikian kepada anak mereka.
Mereka telah mengikat anak-anak kecil itu di tingkap sebelum ke tempat kerja.
Kesian sungguh! Macam mana kalau mereka nak buang air atau berasa lapar. Kena tunggu sampai ibu bapa pulang ke?
Budak-budak mana tahu apa pun. Yang mereka tahu menangis kalau rasa tak selesa.
Tak dapat penulis fikirkan apalah yang akan terjadi jika ada sesuatu perkara berlaku seperti kecemasan, nak menyesal pun dah tak guna.
Jika ada pengawasan orang dewasa tak apa jugak. Tapi musykil, tak kan kot mereka nak ikat anak kalau ada orang tengokkan.
Harap-harap suatu hari nanti terbuka minda ibu bapa ini untuk tidak melakukan perkara sebegitu lagi.
Kesian dekat budak kecil.

Khamis, 6 September 2012

Patung Gergasi Ciptaan Manusia Terbakar

GAMBAR: Patung Gergasi Ciptaan Manusia Terbakar
Tidak sangka patung setinggi 62 kaki yang dibina di perkarangan Solid Rock Church di Monroe, Ohio, US terbakar secara keseluruhannya akibat terkena panahan petir.
Patung gergasi Jesus Christ yang dikenali sebagai ‘Kings of Kings’ itu bernilai $300,000 US dibina oleh penduduk Monroe.
Reka bentuk patung itu seolah-olah mendepakan tangan ke langit seperti meminta doa.
Mereka amat bermegah dengan patung berkenaan.
Namun, mereka tidak befikir pula siapakah pencipta sebenar di sebalik semua yang berlaku.
Begitulah kekusaan yang ditunjukkan Allah s.w.t apabila patung berkenaan telah terbakar dan hangus secara keseluruhannya pada 15 June 2010.
Malah, dianggarkan $400,000 US kerugian melebihi modal yang mereka gunakan sewaktu pembinaan.

Ahad, 15 Julai 2012

Cuba Cedok Minyak Tumpah 100 Rentung Dibakar

Rentung

PELABUHAN HARCOURT, Nigeria – Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.
Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
“Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan,” jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.
Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.
Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak 

Sumber : Mynewshub