Sabtu, 18 Februari 2012

Kisah Hantaran Al-Quran



“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.
“Sini pun cantik juga. Warna ungu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besarlah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna ungu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
=========================================================================
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. khabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba menggagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
“Surah Ar Ra’d”
“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
=========================================================================
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengaran suara gemersik Ustaz Saad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil terasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Saad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah bahawa Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orang yang memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkannya dan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Saad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
“Pit.. Pit!”
“Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.”
SMS dari ustaz Saad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Jangan Menunggu........



Jangan apa?

Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia..
Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya..
Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi bergeraklah, maka kamu akantermotivasi..
Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan..
Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu..
Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..
Jangan menunggu HOMEWORK baru BEKERJA, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu..
Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai..
Jangan menunggu banyak RUANG baru hidup TENANG, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah…bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya..
Jangan menunggu CONTOH baru bergerak MENGIKUTI, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti..
Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan..
Jangan menunggu MAMPU baru MELAKUKAN, tapi lakukanlah..
Jangan menunggu sudah TUA BARU BERTAUBAT,kerana KEMATIAN menjemput bila-bila masa..


Renung-renungkan..

Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tidak selalu BAHAGIA..
SEDEKAHKANLAH satu SENYUMAN walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan..
BELAJARLAH memaafkan walau dirimu terLuKa..
BERHENTILAH memberi ALASAN walau ingin menyatakan KEBENARAN..
HIDUPLAH dalam IMAN walau hari dipenuhi DUGAAN..
BERPEGANGLAH kepada ALLah walau DIA tidak KELIHATAN…