Rabu, 20 Julai 2011
** Capai rating sebanyak 4.2 juta penonton!!! Banyak Woooo.... **
Drama bersiri popular TV3, Juvana yang telah berjaya melakar sejarah baru dalam penyiaran televisyen negara apabila episod terakhir yang disiarkan semalam berjaya mencecah rating sebanyak 4.2 juta penonton!
Episod pertama Juvana sahaja telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta dan drama bersiri 13 episod itu berjaya menambat hati para penonton pelbagai lapisan dan peringkat umur apabila episod seterusnya hingga ke 12 terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir 3 juta penonton setiap minggu.
Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, pihaknya sangat teruja dan bersyukur di atas sambutan luar jangkaan yang diterima sepanjang drama Juvana bersiaran.
"TV3 sentiasa tampil ke hadapan dengan memperkenalkan genre drama yang baru kepada jutaan penontonnya. Misalnya, drama muzikal pertama, Hotel Mania; siri drama epik pertama, Arjuna dan kini pula Juvana, sebuah drama bersiri yang mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana.
"Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, Juvana juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.
"Bagi mereka yang setia mengikuti drama ini daripada episod pengenalan hinggalah ke episod terakhir, harapan kami agar Juvana telah memberi insipirasi kepada para penonton supaya sentiasa berubah ke arah yang positif dan jangan terjerumus dengan gejala gengsterism yang hanya akan memudaratkan diri.
"Kejayaan akademik dan pengetahuan moral yang tinggi akan memberi jaminan kepada masa depan anda. Itulah yang ingin disampaikan oleh kami menerusi drama bersiri Juvana ini," katanya lagi.
Juvana menampilkan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarae (Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010), Zahiril Adzim (Pelakon Harapan Lelaki Terbaik FFM22), Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Eyka Farhana, Adam Shah, Shukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmy Hakim, Fimie Don, Khairul Mohamed dan Talha Harith.
Mula bersiaran sejak 25 April lalu, setiap Isnin jam 9.00 malam, drama terbitan Filmscape ini mengisahkan perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh.
Ia menampilkan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarae (Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010), Zahiril Adzim (Pelakon Harapan Lelaki Terbaik FFM22), Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Eyka Farhana, Adam Shah, Shukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmy Hakim, Fimie Don, Khairul Mohamed dan Talha Harith.
Menyusuli "Juvana", kini slot Aksi mempersembahkan kemunculan drama bersiri terbaru, Supermak lakonan hebat Nasha Aziz, Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Shawal Ruslan, Henzy Andalas, Aida Khalida, pelakon cilik Nelly dan Haider Harris mulai 25 Julai 2011, setiap hari Isnin jam 9.00 malam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
memang suka cerita ni..best:)
BalasPadam