Sabtu, 21 Mei 2011

** Dajjal Akan Muncul di Segitiga Bermuda **


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......



          Marilah kita sama-sam mengambil sedikit ilmu dari penulisan Muhammad Isa Dawud tentang SEGITIGA BERMUDA dan kewujudan DAJJAL di bumi allah s.w.t ini sesungguhnya kita umat akhir zaman.Dajjal akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan mahluk yang beragama islam untuk menguasai dunia.Subhanallah............



  
Semua kenyataan di bawah ini diulas dengan meneliti pemikiran penulis buku ini iaitu Muhammad Isa Dawud. Ulasan yang dibuat bukan bersifat menceritakan kembali apa yang terkandung dalam buku ini.
Ulasan ini lebih bersifat melihat apa yang difikirkan oleh Muhammad Isa Dawud ketika beliau menulis bukunya. Selain itu, ulasan ini juga meneliti apakah penemuan-penemuan baru yang ditemui beliau dan juga idea-idea baru yang diperkenalkan?




BAB 1
Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas

Tajuk bab ini sendiri sudah jelas tentang apa yang ingin didedahkan oleh Muhammad Isa Dawud yang masyur itu. Beliau semasa memulakan bab ini berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu.
Beliau sedar bahawa apa yang didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau juga sedar bahawa pendedahan yang bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yang mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yang telah dibuat kajian.
Bab ini menedahkan sejarah jelas akan hadith yang bermaksud berikut:
“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Daripada hadith di atas Muhammad Isa Dawud (MID)menjelaskan secara terperinci akan keluarga Dajjal yang berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.
Dalam pendedahan itu, MID (izinkan saya menggunakan singkatan ini) mengisahkan kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Menurut MID, ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.
Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.
Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.
Setelah sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat.
Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT.
Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.
Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.
Dajjal, Mesir, Firaun dan Musa
Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.
Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.
Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina.
Kisah ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran surah Ibrahim. Penjelasan oleh Muhammad Isa Dwud berjaya menimbulkan suatu kesinambungan hidup Dajjal berdasarkan penyatuan kisah dalam hadith dan al-Quran sendiri.


BAB 2
Dajjal Di Negeri-Negeri Bertetangga (Laut Syaitan)

 Bab ini menyentuh tentang perjalanan Dajjal bersama perahu besarnya mencari tempat-tempat yang sesuai. Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut.
Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan.
Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.
Bab ini juga menyentuh Dajjal telah menemui suatu kaum yang dirasakan mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.
Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya.
Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.
Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.







BAB 3
Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda Dan Masalah Mesir

 Bahagian ini, Muhammad Isa Dawud memulakan bicaranya dengan memetik ayat 30 dari surah al-Baqarah, yang bermaksud;
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di (muka) bumi,”
Muhammad Isa Dawud cuba memahamkan para pembaca secara berperingkat. Bab ini dihuraikan sebagai menyimpulkan mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?.
Pada penyelidikan beliau, Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.
Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah.
Muhammad Isa Dawud percaya Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri.
Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan Muhammad Isa Dawud mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini.
Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?
Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”
Bahas tentang pembinaan Segitiga Bermuda dalam bab ini seringkali terganggu dengan fakta-fakta yang meleret-leret. Kelihatan kadang-kadang apabila membaca, pembaca mungkin tersasar dari mengetahui bagaimanakah Segitiga Bermuda itu terbina?
Bagi yang membaca sekadar bacaan di mata kemungkinan besar akan melangkau mukasurat sahaja kerana bosan dengan huraian fakta yang meleret-leret.
Namun, begitulah gaya bahasa orang Arab, mereka terlalu banyak maklumat untuk menjelaskan sesuatu perkara. Malah mereka amat bersungguh-sungguh menjelaskannya.
Disebabkan itu penerbitan buku-buku ilmiah di Mesir bertimbun-timbun memenuhi pasaran dan murah pula harganya. Amat rugilah pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Mesir tetapi tidak membeli kitab di sana.


BAB 4
Lanun Terbesar : Di Sebelik Misteri Segitiga Bermuda Dan Piring Terbang

 Persoalan tentang tipu daya Dajjal mengenai UFO dihuraikan dengan panjang lebar dalam bab ini. Muhammad Isa Dawud mendedahkan bahawa piring-piring terbang UFO yang digembar-gemburkan oleh Amerika Syarikat sebenarnya adalah tipu daya semata-mata.
UFO memang wujud tetapi fakta bahawa ianya berasal dari planet lain adalah palsu dan sengaja direka-reka oleh agen-agen Dajjal di Amerika. Muhammad Isa Dawud menjelaskan makhluk-makhluk asing itu sebenanya adalah Jin-Jin yang ditugaskan untuk terbang ke seluruh dunia dengan menaiki kenderaan cahaya.
Piring-piring tebang itu pula dikawal melalui suatu sumber cahaya yang berpusat di Segitiga Bermuda.
Isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Muhammad Isa Dawud ialah tentang kes-kes kehilangan kapal terbang, penculikan manusia, terserempak dengan UFO dan sebagainya. Semua kes itu adalah kes-kes yang dilaporkan oleh agensi berita Amerika.
Suatu perkara yang menarik dalam bab ini, Muhammad Isa Dawud mendedahkan bahawa Christoper Columbus tidak mengalami sebarang gangguan semasa kapalnya melalui perairan Segitiga Bermuda. Columbus dinyatakan hanya melihat cahaya-cahaya diperaran itu.
Muhammad Isa Dawud menguatkan hujahnya tentang terdapat manusia di Segitiga Bermuda yang bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan UFO. Sebelum ini, terdapat beberapa individu lain yang mempunyai pandangan sama dengannya.
Individu tersebut ialah Dr. Allen J. Haneck, Dr. Moris Gasup dan James I. McDonald, ketiga-tiga mereka adalah pakar fizik dan sejarah. Mereka amat tidak bersetuju dengan fakta yang mengatakan UFO berasal dari planet lain.
Yang pastinya menurut Muhammad Isa Dawud, dalam Segitiga Bermuda itu terdapat suatu kelompok manusia yang diasuh merencanakan cita-cita menguasai dunia. Mereka bukannya Yakjuj Makjuj.
Kami sendiri bersetuju dengan penegasan Muhammad Isa Dawud ini cuma persetujuan tidak dapat kami kemukakan bukti yang kukuh.


BAB 5
Tujuh Hakikat 

Perbahasan terkakhir tentang Dajjal ini, Muhammad Isa Dawud menutupnya dengan menyimpulkan isu-isu sebenar yang menyelubungi fenomena piring terbang yang berlaku ke atas masyarakat dunia.
Dalam bab 5, beliau menggunakan istilah ‘hakikat’ yakni sesuatu perkara yang nyata dan sedang berlaku di sekeliling kita.
Tujuh hakikat itu ialah:-
  1. Fenomena piring terbang bukan khayalan, ianya adalah perkara benar yang mempunyai kuasa genius yang menggerakkannya dari tempat lain.
  2. Piring-piring terbang itu wujud dalam keadaan yang nyata, berfizikal, berjisim dan sama seperti mana kapal-kapal terbang yang biasa kita lihat. Cuma bezanya mungkin dari segi bahan buatan dan bentuk. Yang membezakan piring terbang itu dengan kapal terbang – kapal terbang di dunia ialah teknologi yang digunakan.
  3. Pemandu-pemandu piring terbang yang kelihatan rupa parasnya dengan pelbagai bentuk pelik itu sebenarnya manusia biasa. Mereka diasuh, dididik dengan bahasa-bahasa asing yang dimiliki di Segitiga Bermuda. Mereka juga adalah manusia yang diculik dari dunia sebenar dan diajar pula menggunakan teknologi-teknologi canggih milik kerajaan Dajjal.
  4. Piring terbang – piring terbang milik kerajaan Dajjal sebenarnya berlabuh dan berlepas dari pengkalan-pengkalan yang banyak di Segitiga Bermuda.
  5. Semua piring terbang itu adalah milik Dajjal dan pernah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW sejak 1400 tahun dahulu.
  6. Dajjal adalah raja di kerajaan rahsia di Segitiga Bermuda. Si laknat itu sedang berkonspirasi di sebalik kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia ini. Dajjal memang wujud malah menetap secara terus di Segitiga Bermuda.
  7. Dajjal keluar atau muncul di tengah-tengah masyarakat secara berfasa-fasa. Adakalanya ia muncul mengaku sebagai nabi dan ada kalanya ia muncul dengan memimpin sebuah organisasi. Menurut Muhammad Isa Dawud anggapan bahawa Dajjal keluar hanya sekali di tengah-tengah masyarakat adalah tidak benar.


Petikan dari web Ibnuyaacob

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???