Sabtu, 6 Ogos 2011

Jimmy Shanley menjawab kenyataan Nursuhaila Eliani Suhaimy






   Jimmy tidak menyesal tetapi terkilan dengan apa yang berlaku dalam diari kehidupannya sebagai suami dan ayah, bagi pengacara Jimmy Shanley semua itu telah tertulis oleh Ilahi buat dirinya.


Menganggap dirinya sebagai antara makhluk Tuhan yang istimewa kerana diuji dengan cabaran hidup berumahtangga seawal usia perkahwinannya, doa Jimmy moga dia tabah mengharungi dugaan itu.


"Saya tak menyesal tapi terkilan dengan apa yang berlaku. Apa pun saya anggap semua itu ketentuan Tuhan dan Tuhan pilih saya untuk mengharungi cabaran tersebut. " Saya tak gembira sebagai suami tapi saya masih gembira sebagai bapa ".


Jika sebelum ini Jimmy Shamley banyak bersuara, terbaru isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pula tampil membuat kenyataan mengenai kemelut rumahtangga mereka serta nekad mahu menuntut cerai.


Menganggap tindakan isterinya sebagai tindakan seorang wanita akibat kemurungan selepas bersalin, Jimmy Shanley bagaimanapun menafikan beberapa perkara yang diperkatakan oleh wanita itu.


"Memang ramai cakap, cerai jelah sebagai jalan mudah untuk semua orang. Tapi kita dah ada orang ketiga iaitu anak. Tapi, kalau dia nak bawa ke mahkamah juga biarlah selesaikan dahulu kes nusyuz yang saya tampilkan dulu. Kemudian, barulah fikir tentang cerai.
"Perkara - perkara yang dia sebut hari itu, seperti pukul dan saya tak ada kawan, apa yang boleh saya katakan ialah saya pukul untuk mengajar. Kalau isu kawan, memang saya tak ada kawan ramai. Bagi saya kualiti lebih penting daripada kuantiti,"katanya yang bersedia untuk ke mahkamah untuk mendedahkan segalanya.


Ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkannya dalam satu wawancara menerusi program hiburan popular televisyen, yang menjurus seolah-olah anak hasil perkahwinan mereka, Zahrah Shanley bukanlah anak daripada zuriatnya, kata Jimmy, segalanya akan diterangkan di mahkamah kelak.


"Saya tak nak gaduh atau memalukan sesiapa. Jadi, biarlah segalanya akan diceritakan di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu mengambil anak daripada ibunya. Mala, saya juga telah bersedia dengan apa yang akan berlaku nanti,"katanya yang menafikan berkahwin dengan Suhaila kerana mahu mengikis harta wanita tersebut.





Isteri Nusyuz (derhaka)


1)      PENGERTIAN NUSYUZ
         Suatu  tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang
kehendak  suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak.
Tindakan itulah dikira derhaka.

2)      TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ
         Di bawah ini dinyatakan beberapa gambaran yang menandakan seorang isteri
itu nusyuz :
1.  Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan
suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri
meninggalkan rumah tanpa izin si suami.

2.  Apabila kedua suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri
kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki
rumah tersebut.

3.  Apabila isteri musafir tidak  bersama suami ataupun bukan bersama
muhramnya (orang yang haram  berkahwin dengannya) walaupun
perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana
perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap
sudah melakukan satu perkara  yang salah (maksiat).

4.  Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap
kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut,
bermanis muka dan  sebagainya.



3)      PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA ISTERI 
NUSYUZ


 Apabila  suami melihat tanda-tanda yang menunjukkan isterinya itu nusyuz,
hendaklah suami itu :
     
  1.      Menasihati dengan cara  yang baik dan menerangkan kepadanya
bahawa nusyuz itu adalah salah dan dikutuk oleh Allah serta
memberitahunya bahawa isteri yang nusyuz boleh dipotong atau tidak
diberi sara hidupnya, firman Allah :
               

   Ertinya : Isteri yang kamu takuti kederhakaan mereka, maka berilah 
nasihat kepada mereka.
(Surah An-Nisa: ayat 34)        

 2.      Jika nasihat itu tidak sedikitpun memberi kesan, maka hendaklah suami
meninggalkan dari keseketiduran dengan isteri tersebut, sebagaimana
firman Allah :
               

Ertinya : Dan tinggalkan dari seketiduran dengan mereka.
(sambungan ayat 34 surah An-Nisaa’)
     
 Dari  ayat ini dapat difahamkan bahawa Allah menyuruh suami-suami
meninggalkan  dari seketiduran sahaja, bukan meninggalkan  percakapan, kerana
meninggalkan percakapan lebih dari tiga hari  adalah haram, bukan sahaja terhadap
isteri-isteri malah terhadap orang lain juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
       
Ertinya : Tidak halal bagi seseorang muslim tidak bercakap dengan 
saudaranya lebih dari tiga hari.  Maksudnya, ialah bila berjumpa di antara  satu 
sama lain, tetapi kalau tidak bertemuan, tidaklah diharamkan walaupun tidak 
bercakap bertahun-tahun lamanya.

3.      Jika tidak seketiduran pun tidak memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut
terus nusyuz, maka diharuskan bagi pihak suami memukul isteri tersebut
dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederakan atau melukakan
sebagaimana firman Allah :
       
Ertinya : Dan pukullah mereka (isteri).
(Sambngan ayat 34 surah An-Nisa)
     

 Dalam peringkat yang akhir ini, harus dilakukan oleh suami sekiranya
difikirkan dengan cara  ini akan memberi kesan.  Sebaliknya kalau difikirkan
tidak akan memberi kesan, maka tidaklah harus dilakukan.  Dalam hal ini,
suami mestilah berhati-hati , supaya tidak  terpukul di tempat-tempat yang
mendatangkan bahaya seperti muka, perut dan sebagainya.

Wallahua'lam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???