Sabtu, 17 Disember 2011

Aku Bukan Tomboy Full Movie




Sinopsis Filem Aku Bukan Tomboy


"Dalam cerita ini, ada sekumpulan pengkid cuba memikat Scha yang memegang watak tomboy. Terus-terang saya katakan anda pasti anda akan terkejut dengan penampilan Zarina AF kerana ia sangat berbeza daripada diri sebenar Zarina,"kata Syamsul.

"Saya sendiri memegang watak Burn, seorang jejaka pemalu dan nerd. Tak ada scene romantik yang melampau dan ia berkisarkan percintaan antara jejaka nerd dan tomboy lakonan Scha Al Yahya.
Shaheizy pula menghidupkan watak Salesman (Harry) yang gila-gila. Dia juga berperanan sebagai pencabar utama Burn dalam merebut cinta Farisa @ Eisha. Untuk OST atau lagu-lagu yang terdapat dalam Aku bukan Tomboy pula menggunakan ciptaan James Baum.

Pelakon yang menjayakan filem Aku Bukan Tomboy ini adalah Harun Salim Bachik,Scha Al-Yahya, Sam Shaheizy, Eira Syazira, sheera Iskandar, Salina Saibi, Zarina and Syamsul sendiri.

Sinopsis ringkas:
Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy  Farisa yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.

Di samping mengharungi lamunan percintaan dengan Harry dan Burn, Farisa turut tidak terlepas dari kecaman dan gangguan golongan ‘pengkid’ seperti Bell dan Sam. Farisa rupa-rupanya menjadi rebutan kepada Bell dan Sam yang mahu menjalinkan hubungan intim dengannya seperti pasangan bercinta. Farisa bosan dan rimas kerana enggan terjebak dengan hubungan songsang.

Persoalannya adakah terlalu sukar buat si gadis Tomboy untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang bencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati? Sememangnya terlalu besar pengorbanan yang dituntut. ‘Aku Bukan TOMBOY’ sebuah filem bergenre komedi romantik bakal menjawab segalanya















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???