Sayidina Ali R.A menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis dan kemudiannya puteri Baginda, Fatimah datang menyapanya.
Lalu kedua-duanya bertanya mengapa Rasulullah S.A.W menangis. Baginda menjawab,
“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka menerima seksaan yang berat dan mengerikan.
Fatimah kemudiannya bertanyakan apakah yang dilihat oleh ayahandanya.
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
“Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam mulutnya.
“Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, kemudian dihulurkan ular dan kalajengking.
“Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
“Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.
“Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
“Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung dari api neraka,” kata Rasulullah S.A.W.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa. Lalu, Rasullulah S.A.W menjawab;
“Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.
“Perempuan yang digantung adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
“Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, dia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
“Perempuan yang memakan badannya sendiri kerana dia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana dia mempamerkan kecantikannya untuk dilihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.
“Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dan dihulurkan ular dan kalajengking kepadanya kerana boleh bersolat tetapi enggan beribadah dan tidak mahu mandi wajib.
“Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang mengumpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Semoga, kisah dan penceritaan dari Rasulullah S.A.W ini mampu dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan pesanan anda ???