Gambar Hiasan |
Hanya kerana isteri menolak permintaannya untuk melakukan hubungan seks, seorang suami bertindak nekad cuba membunuh diri dengan menikam diri sendiri, namun berjaya dihalang isterinya, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam di rumah pasangan itu di daerah ini, suami berusia 27 tahun itu mengajak isterinya berusia 29 tahun untuk melakukan hubungan seks, namun permintaan itu ditolak dengan cara baik.
Menurut sumber, tindakan isterinya menyebabkan suami naik berang lalu memaki- hamun wanita itu menyebabkan berlaku pertengkaran sesama mereka.
“Lelaki itu kemudian pergi ke dapur dan mengambil sebilah pisau sebelum masuk semula ke bilik lalu meletakkan pisau di perutnya sambil memberitahu mahu membunuh diri,” katanya.
Sumber berkata, isterinya yang terkejut dengan tindakan itu menepis pisau dipegang suaminya itu.
Namun, lelaki itu mengambil semula pisau yang jatuh ke lantai dan melakukan perkara sama sekali lagi selain menyuruh isterinya menikamnya pula.
Berikutan tindakan itu, isterinya sempat merampas pisau dipegang suaminya itu sebelum keluar membuat laporan di balai polis berhampiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan pesanan anda ???