Rabu, 22 Ogos 2012

Mengenali Etnik Rohingya di Myanmar

Krisis yang kian memuncak akhir-akhir ini dan menggemparkan dunia adalah berkenaan dengan keganasan ke atas penduduk Islam etnik Rohingya di Myanmar. Ia bukan sekadar perbalahan politik yang biasa-biasa di mana-mana negara. Tidak seperti di Mesir dan Syria, ia adalah perbalahan politik, antara pemerintah dan juga kebangkitan rakyat. Ia juga bukan sekadar perbalahan antara 2 agama; iaitu Islam dan Buddha. Ia adalah isu PENGHAPUSAN ETNIK. Seperti mana di Bosnia dan Chechnya satu ketika dulu.


Mengenali Etnik Rohingya:
  • Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Sejarah telah mencatatkan bahawa umat Islam Rohingya merupakan penduduk
    asal Rakhine membentuk gugusan besar Arakan yang terletak berhampiran
    sempadan Bangladesh pada ketika ini menerusi pelbagai kajian sejarah
    serta ilmiah yang dilakukan.
  • Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan).
  • Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di
    Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang
    beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.
  • Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
  • Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu
    dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam
    Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen
    antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora
    Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho
    Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.
Punca Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya:
  • Tragedi kemanusiaan yang  dialami umat Islam Rohingya pada ketika ini
    berlangsung semenjak 1938 apabila dilaporkan seramai 30,000 orang Muslim
    telah dibunuh pada 26 Julai 1938.  Tragedi yang sama juga berulang pada
    tahun 1942, 1968, 1992 dan 2012.
  • Sehingga kini, dilaporkan seramai  1
    juta umat Islam Rohingya telah menjadi pelarian di seluruh dunia
    (termasuk di Malaysia) manakala seramai 2 juta umat Islam Rohingya masih
    berada di Arakan.
  • Penderitaan Muslim di Myanmar bermula
    pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang
    asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui 
    undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang
    bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah
    junta Burma   pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan
    muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan
    sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka
    dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang
    dikenakan kepada mereka.
  • Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga,
    anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka. Undang-undang  ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka
    tidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekoran
    daripada tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan sebagainya.
  • Tambah
    menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di
    antara mereka yang ditindas, didiskriminasi,  dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja,  malahan masyarakat Islam di sana turut dinafikan
    hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka
    dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan
    yang ingin mereka dapatkan.
  • Tambah
    memilukan ialah masyarakat Islam juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun
    menyembelih korban semasa menyambut kedatangan Aidiladha, justeru mereka tidak
    dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang bebas melaksanakan ajaran
    agamanya. 
  • Situasi seumpama ini menyebabkan golongan muslim
    Rohingya terpaksa melakukan penghijrahan dengan menjadi pelarian ke
    negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, United Arab Emirates, Arab Saudi,
    Thailand dan Malaysia. 
Fakta-Fakta Penindasan dan Pencabulan Hak Asasi Manusia:
  • Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada
    hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan
    Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan
    pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan
    pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang
    Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya
    dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri
    Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu.
  • Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah
    melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera
    Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan “pemeriksaan setiap
    individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan
    orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan
    terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram.
    Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan
    mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan
    agama secara besar-besaran.
  • Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan
    berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka
    melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan
    dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera
    Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam
    keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain
    berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan
    keselamatan.
  •  Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera
    Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
  • Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah ,
    ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki
    mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda
    Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan
    tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan
    pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
  • Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun
    pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera.
    Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang
    ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon
    bimbit.
  • Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di
    Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di
    Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar
    di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa
    Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Gambar-Gambar Keganasan Terhadap Etnik Rohingya:










Peranan Umat Islam:
Sebagai umat Islam yang ingin mengaplikasikan ’konsep
persaudaraan Islam’, maka kita tidak boleh memandang masalah yang dihadapi oleh
golongan muslim Rohingya ini dengan ’sebelah mata’. Sebalikmya menjadi suatu
kewajipan kepada kita untuk membantu mereka sedaya- upaya bagi merealisasikan
konsep persaudaraan sesama muslim. Antaranya ialah dengan menitipkan doa buat saudara-saudara kita di sana.
Bagi yang berkemampuan, anda boleh menghulurkan bantuan kewangan melalui Tabung Krisis Kemanusiaan Rohingya yang dilancarkan oleh ABIM bagi menyalurkan bantuan kemanusian kepada mangsa-mangsa melalui satu misi
kemanusiaan ke Myanmar yang akan digerakkan oleh agensi kemanusiaan ABIM
iaitu Global Peace Mission (GPM).
Pihak  ABIM merayu seluruh rakyat
Malaysia agar menyalurkan segala bantuan kewangan ke akaun GPM
14-023-01-002922-4 (Bank Islam) atau 5642-2161-1602 (Maybank).

Sumber : Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???