Rabu, 22 Ogos 2012

Ujian Itu Tanda Kasih Sayang Allah S.W.T



Salam sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian…adakah kita selalu bertanya kenapa Allah memberi ujian ini dan itu kepada kita? Kenapa aku terpaksa menerima ujian ini? Seolah-olah manusia yang tidak ada iman dan kepercayaan kepada Tuhan. Siapakah kita untuk mempersoalkan apa yang telah diberikan Allah kepada kita. 


Sedarlah bahawa..FIRMAN Allah SWT: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (al-Baqarah: 286)

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan manusia mengikut kemampuannya dalam apa jua sekalipun, cuma kita sebagai manusia yang perlu pandai dalam mengatasi setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan. Dia Allah ingin menguji setakat mana kebergantungan kita kepadaNya. Adakah dengan ujian itu kita mendekatkan diri kepada Allah atau kita semakin jauh dariNya. Subhanallah. Kuatkanlah diri kita untuk mendekatkan diri kepadaNya apabila dalam keadaan senang atau susah, keadaan bahagia atau menderita.

Setiap manusia akan menerima ujian yang berbeza-beza seperti saya Allah swt telah memberikan ujian  dengan keguguran kandungan 3 bulan ada juga sahabat saya yang telah diberikan Ujian oleh Allah dengan kematian bayinya didalam kandungan 6 bulan . ujian Allah pada semua umatnya berbagai bentuk hanya dengan kekuatan iman menjadi  pegangan kita umat islam .

Ya Allah. Ini adalah ujian yang diberikan Allah kepadanya. Bagaimana pula ujian yang diberikan kepada kita? Ini semua terpulang kepada kita bagaimana kita hendak menghadapi dugaan itu. Adakah ujian itu kita terima dengan hati yang ikhlas dan redha atau sebaliknya. Ujian Allah kepada manusia itu lebih ringan jika dibandingkan dengan ujian yang diberikan Allah kepada Nabi-nabi terdahulu.

Sebagaimana kita ketahui, Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah SWT. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah SWT lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.

Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.

Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."

Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah SWT ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya.

Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.

Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan.

"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. –Dr mindailmu

Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati." -Drmindailmu

Jika kita serahkan seluruh jiwa raga kita kepadaNya sebagai hamba di muka bumi ini. Kita tidak akan mengeluh sedikit pun apa yang berlaku kepada kita. Wallahua'lam..semoga kita dapat muhasabah diri dan mendapat manfaat dari perkongsian ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???