Rabu, 27 April 2011

Cuti - cuti Negeri Johor







    

Assalamualaikum .... Hari entah kenapa aq rasa mcm rajin pulak selalu kerja aq copy paste jer dari blog orang lain.alamat kantoi plak!!! hehehe...mf saper2 yang menjd mangsa tu.

Setelah 3 hari aku membuat kajian akhir selesai jugak assignment aku.aq telah senaraikan tempat-tempat yang menarik yang ada dekat negeri johor nie tapi sebenarnya banyak lagi tapi aq tak dapat nak senaraikan semua cz page nie dh full sangat so yang selebihnya klik SINI apa-apa pun "welcome my friends"

"SELAMAT DATANG KE NEGERI JOHOR"








SENARAI TEMPAT MENARIK DI NEGERI JOHOR
DARUL TAKZIM

1) Kota Johor Lama
Kota Johor Lama pernah menjadi kubu kuat kerajaan Johor Lama.
Muzium Kota Johor Lama Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Selatan)
 Lot 1468, Kampung Johor Lama ,81940 Kota Tinggi ,
Johor Darul Takzim.

2) Taman Negara Endau - Rompin
Taman Negara Endau - Rompin merupakan hutan hujan yang tertua di dunia (130 juta tahun!) dan tempat tinggal badak sumbu Sumatera yang kian pupus.

Untuk maklumat lanjut tentang lokasi Taman Negara Endau Rompin sila 
Klik SINI dan SINI

3) Gunung Ledang
Diselubungi legenda misteri dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus mempesona dan menarik kunjungan pelancong tempatan dan asing.


4) Pulau Aur
Terletak di Taman Laut Johor, kedalaman air di sekitar Pulau Aur menjanjikan tahap penglihatan tinggi serta pelbagai jenis hidupan laut.


5) Ladang Buaya Teluk Sengat
Perhatikan buaya di sini dari jarak dekat, terdapat 1,000 ekor buaya di ladang ini!

Ladang Buaya Teluk Sengat,
Lot 1289 & 1290, Jalan Sembilan,
Kampung Belading Teluk Sengat, 81940 Kota Tinggi, Johor
Tel: 607-895 5220 Faks: 607-895 5137


6) Pulau Rawa

Amat mudah ke Pulau Rawa yang terkenal dengan pasir putih dan terumbu karang yang penuh dengan ikan berwarna-warni.


7) Pulau Sibu
Pulau yang panjang ini terletak berhampiran tanah besar Johor dan dipenuhi gua-gua yang menarik.



8) Muzium Nelayan Tanjung Balau
Singgahlah ke Muzium Nelayan ini untuk menyingkap teknik purba menangkap ikan.



9) Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid yang bersejarah ini terbina berhampiran Selat Johor dan di kelilingi bukit-bukau yang indah beralun.

10) Taman Negara Tanjung Piai
Tanjung Piai merupakan kawasan lindungan pantai pinggiran paya bakau, tempat tinggal pelbagai jenis hidupan liar yang unik


11) Dusun Buah Desaru
Dusun Buah Desaru mempunyai pokok buah-buahan tropika yang eksotik, hanya yang terbaik untuk menggoda selera anda!


12) Ladang Burung Unta
Ladang yang terletak di Sungai Rengit ini menawarkan pengalaman yang menyeronokkan, dengan perlumbaan burung yang terpantas.





13) Air Terjun Kota Tinggi
Air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak.




14) Muzium Kota Tinggi
Terbina pada tahun 1997, muzium ini menelusuri sejarah Kesultanan Johor.


15) Kelip-kelip di Sungai Lebam
Memerhati kelip-kelip adalah salah satu aktiviti utama di kawasan Perlindungan Sungai Lebam.

16) Pantai Desaru
Pantai Desaru merupakan salah sebuah pantai yang terindah di Johor. Para pelawat yang lazim berkunjung ke sini mengakui keindahan pasir putih di pantai ini.



17) Desaru
Desaru terletak 100 kilometer dari Johor Bahru, dan merupakan destinasi popular kerana pantainya yang cantik, padang golf yang terbaik dan tarikan pelancongan yang unik.


18) Homestay Felda Semenchu
Program Homestay Felda Semenchu memberikan pengenalan kepada kebudayaan tradisional Melayu Johor.


19) Taman Negara Pulau Kukup Johor
Pulau Kukup adalah salah satu kawasan paya bakau terbesar yang tidak didiami di dunia.



20) Zoo Johor
Ditubuhkan pada 1928, kini ia menjadi salah satu tarikan utama di Johor.


21) Muzium DiRaja Sultan Abu Bakar
Istana Besar Johor mula dibina pada 1864 dan siap pada 1866.



22) Galeri Mawar
Galeri Mawar mempamerkan gambar, lukisan, serta lakaran kejayaan wanita terkenal Johor.


23) Muzium Nanas
Mereka yang menggemari buah nanas pasti teruja melihat sejarah tanaman ini di Malaysia.





24) Tropical Village Ayer Hitam
Terdapat banyak replika mercu tanda negara di sisi jika tidak berkesempatan melihat yang original bolahlah datang sini lihat yang tak original.



TROPICAL VILLAGE (J) SDN BHD -
Batu 56 1/2 km, Jalan Johor, 86100 Air Hitam, Johor.
Tel : 07-7582170 Fax : 07-7581612
Untuk maklumat lanjut sila Klik SINI


25) Gunung Lumut Kluang
Masih mencari tempat yang sesuai untuk rekreasi pasti tempat ini sangat sesuai untuk di jadikan lokasi anda sekeluarga. 


26) Danga Bay
Teluk Danga atau lebih dikenali sebagai Danga Bay merupakan taman rekreasi yang terbesar dalam Negeri Johor. Ianya terletak berhampiran dengan Istana Bukit Serene dan kawasannya merangkumi seluas 1380 ekar.

Kawasanya yang terletak di persisiran pantai telah menjadikan ianya tempat yang amat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti luaran seperti beristirehat, beriadah, berhibur, menjamu selera dan berkelah. Tambahan pula, pengunjung boleh menaiki bot atau feri untuk menikmati dengan lebih dekat lagi keindahan alam dan melihat pusat perikanan yang boleh diperolehi di Kampung Melayu.