Isnin, 5 Mac 2012

Tip Gembira Sepanjang Masa

Kesegaran dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi positif bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. BersyukurBersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi.
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan semua orangSebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.

Orang jepun sangat kretif


Baju Bayi Pengelap Lantai


Tak sia-sia bayi ni merangkak ke seluruh rumah, lantai tetap bersih. Tak payah nak upah orang gaji untuk mengelap lantai...haha


Payung Elak Hujan
Dengan cara yang macam ni, confirm korang akan kering sentiasa. Tapi kalau banjir, kena cari payung elak banjir la pulak ye. Entah macam mana pulak la rekaannya.


Topi Selesema
Dengan topi selesema ni, korang sentiasa akan dibekalkan dengan tisu sepanjang masa. Kalau dah habis tisunya, pandai-pandai la ganti yang baru.


Chopstick Berangin
Yang nie pulak bagi orang yang malas nak tiup makanan yang panas. On je suis, terus dah boleh makan.


Rambut Palsu Khas
Tujuan rambut ni direka adalah untuk orang yang tak boleh terima kenyataan bahawa kepalanya dah botak dan tak boleh tumbuh rambut lagi. Dengan adanya rambut palsu khas ni, sekurang-kurangnya mereka boleh ber'posing' sekejap dan menangis kegembiraan selepas melihat rambut tersebut di cermin.


Payudara Gantian