Ahad, 11 Disember 2011

GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011


Tanggal 10 Disember 2011,rakyat Malaysia berpeluang lagi untuk menyaksikan fenomena alam yang begitu indah prosesnya yang julung kalinya berlaku.Kalau tidak silap ingatan saya kali terakhir kita melihat fenomena gerhana bulan pada bulan Jun yang lepas.

Z0RMt GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam


Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

  • Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37
  • Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11
  • Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29
  • Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
  • End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
  • Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
  • Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.


Video Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011


Berikut merupakan gambar sekitar fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011 dari pandangan Planetarium Negara

Gerhana Bulan penuh 1 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
GAMBAR GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011

Gerhana Bulan penuh 2 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011


Gerhana Bulan penuh 3 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011


Gerhana Bulan penuh 4 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011


Gerhana Bulan penuh 5 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011


Gerhana Bulan penuh 6 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
Gambar Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Sumber  : SINI

DOWNLOAD BORANG BANTUAN RM500


Syarat permohonan



Siapa yang layak memohon?
  • Keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah

Kriteria pemohon



-Ketua Isi rumah yang merangkumi :-
  • Individu berkahwin,termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Individu(Bujang,duda,Ibu tunggal)yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara

Talian hotline BR1M
Talian Hotline : 1-800-222-500
Untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)
E-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my

Tarikh tutup permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 adalah pada 10 Januari 2011

Download Borang