Selasa, 6 Disember 2011

Kemalangan Termahal Dalam Sejarah ,AS$3.58 juta



Tokyo – Satu konvoi kereta mewah terlibat dalam kemalangan di bandar Yamaguchi menyebabkan jalan berkenaan terpaksa ditutup selama lebih enam jam.
Apa yang menariknya, ia merupakan kemalangan kereta paling mahal di dalam sejarah melibatkan kerugian bernilai AS$3.58 juta.
Kemalangan tersebut membabitkan lapan kereta ferrari, tiga kereta Mercedes Benz dan sebuah Lamborghini serta dua kenderaan biasa.Ia bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan serius.
Ketika kejadian, konvoi kereta mewah tersebut dalam perjalanan ke Hiroshima.Polis percaya kemalangan tersebut berlaku selepas salah seorang pemandu Ferrari berkenaan cuba menukar laluan sebelum melanggar penghadang jalan.“Kumpulan berkenaan memandu antara 140-160km/sejam,” kata seorang saksi.
Manakala seorang peronda lebuh raya, Eiichiro Kamitani berkata, dia tidak pernah melihat kemalangan seperti itu yang melibatkan banyak kereta mewah.“Ferrari selalunya tidak bergerak dalam jumlah yang banyak,” katanya.
Sementara itu, salah seorang pemandu kenderaan berkenaan memaklumkan, sesetengah kenderaan mewah itu mengalami kerosakan teruk.


Sumber : SINI

Ditangkap Berjogging Sambil Curi Coli,amat memalukan !!!


    Semalam Sinar Harian melaporkan seorang lelaki gila seks berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam.
Kerana terlalu marah, penduduk memakaikan pakaian dalam yang dicurinya itu, ke mukanya!
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.
Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.
Sebenarnya penyakit suka mencuri pakaian dalam ini dah lama berlaku dan ia memang memeningkan kepala terutama golongan Hawa.
Menariknya, si pencuri pakaian dalam ini bukanlah semuanya ‘cikai-cikai’, malah ada kajian mengatakan majoriti daripada mereka mempunyai taraf pendidikan yang baik.
Untuk rekod, baru-baru ini polis Britain telah menahan seorang Datuk Bandar juga kerana disyaki mencuri seluar dalam wanita daripada beberapa buah rumah.
Polis Lancashire berkata, Datuk Bandar Preesall, England, Ian Stafford, 58 kini sedang berhadapan dengan tuduhan yang cukup memalukan itu.
Tidak lama dulu juga kita dikejutkan seorang pembantu kesihatan di sebuah klinik kesihatan di Marang yang ditahan bersama lebih 400 helai seluar dalam wanita!
Dalam serbuan ‘Ops Tapis’ kira-kira pukul 2.45 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Marang menemui kira-kira 400 seluar dalam wanita terpakai pelbagai jenama dan saiz termasuk 10 helai coli.


Lelaki itu yang berusia 39 tahun tersebut masih belum berkahwin dan tinggal seorang diri di rumah milik keluarganya.
Lebih mengejutkan, polis yang memeriksa lelaki itu mendapati dia memakai seluar dalam wanita!
Dan jangan ingat hanya orang lelaki saja ada masalah ini.
Cicit pengasas empayar farmaseutikal Johnson & Johnson, Casey Johnson juga ditahan polis kerana mencuri seluar dalam seorang supermodel.

Wanita berusia 30 tahun itu ditangkap di Los Angeles selepas supermodel, Jasmine Lennard membuat laporan polis mengenai kecurian yang berlaku di rumahnya di Hollywood.
Polis menyifatkan kes itu sebagai aneh kerana suspek bukan sahaja mencuri seluar dalam dan berbelas-belas pakaian mangsa malah meninggalkan objek seks di atas katil supermodel itu.
Dalam istilah perubatan ada menyebut mereka yang suka buat kerja-kerja mencuri pakaian dalam ini adalah mereka yang mengalami fetisyisme (pujaan melampau), yang akan terangsang secara seksual oleh sesuatu benda, objek atau aktiviti.
Contoh objek tersebut adalah pakaian seperti seluar dalam, baju dalam, coli atau kasut.
Ini adalah salah satu perlakuan seks yang menyimpang atau parafilia.
Objek-objek ini pula mungkin diperbuat daripada bahan-bahan tertentu seperti bulu binatang, kulit atau getah.
Selalunya seseorang yang mempunyai kecenderungan ini tidak boleh mendapat rangsangan seksual tanpa adanya objek ini semasa perhubungan seks.
Contohnya, seorang yang mengalami fetisyisme dengan kasut kulit, tidak akan mendapat rangsangan seksual sekiranya pasangannya tidak memakai kasut kulit semasa melakukan hubungan seks
Justeru itu pasangannya akan disuruh menggunakan alat atau objek tersebut. Ini akan menegangkan perhubungan tersebut.
Banyak perhubungan dan perkahwinan yang menghadapi masalah akibat perkara ini.
Pesakit yang Fetish kepada seluar dalam, mungkin mengakibatkan kepada mencuri seluar dalam.
Agaknya di mana seluar dalam dan bra anda sekarang?

sumber: SINI