Sabtu, 18 Jun 2011

** Hacker Anonymous Meroyan **




Sembilan puluh peratus serangan penggodam ke atas beberapa laman web rasmi kerajaan dan swasta sejak empat hari lalu, dilakukan orang tempatan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.Beliau berkata, polis dan agensi berkaitan dalam proses mengenal pasti penggodam.

“Kami sudah mendapat tahu bahawa hampir semua ini dilakukan orang tempatan, bukan pihak antarabangsa,” katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Ongkili diminta mengulas insiden menggodam beberapa laman web di negara ini serta mengancam portal rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my. oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘’Anonymous’’ dan mendakwa berpangkalan di luar negara.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia menggunakan Internet secara profesional untuk pendidikan dan pembangunan negara. “Ini kerana anda tidak boleh pergi jauh apabila melakukan jenayah siber,”

Pesanan aku kepada Geng Anonymous nie semoga korang berhentilah wat kejer tak berfaedah nie... buang masa dan menyusahkan orang jer.... kalau tak puas hati baik wat perbincangan meja bulat tak payah nak sabotaj macam nie.bak kata kawan akulah bukan kata aku tau!!!!  " Kecik-kecik taknak Mam*** dah besar menyusahkan orang "



 " Bukti Web Yang Telah Digondam Anonymous "


** Maaf Dilarang mati sebab kuburan penuh **





Penjaga Kota Sarpourenx, Perancis, Gerard Lalanne melarang 260 penduduknya meninggal dunia. Lelaki berusia 70 tahun ini mengancam akan memberikan hukuman yang menyakitkan bagi penduduk yang melanggar arahan itu.

Keputusan ini terpaksa dilakukan Lalanne kerana ruang kuburan yang terhad. "Siapa saja yang mati dan ingin dikubur di Sarpourenx akan diberikan hukuman yang menyakitkan. Mungkin ini adalah gurauan bagi ramai pihak. Namun, bagi saya, ini adalah masalah yang sangat serius," ujar Lalanne, tanpa menjelaskan apa hukuman bagi pesalah kesalahan itu.

Sebelum mengumumkan keputusan aneh ini, Lalanne sempat terlibat ketegangan dengan sejumlah pejabat Kota Pau --wilayah yang bersebelahan dengan Sarpourenx. Pemerintah Kota Pau menolak mengabulkan permintaan Lalanne agar penduduk Sarpourenx yang meninggal dunia tetap dapat dikuburkan di sana.

P/S : Orang macam nie pun adakah,ajal maut di tangan tuhan mana boleh nak halang kalau orang tu nak mati.

** Gadis Sunti BerKhalwat **







Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang baru selesai memadu kasih bersama teman lelakinya terkedu apabila ditangkap bapanya sendiri semasa memanjat tingkap bilik tidurnya untuk masuk ke rumahnya semula, dalam kejadian di Kampung Seberang Baruh, Selasa lalu.

Lebih mengejutkan, tangkapan pada jam 4.40 pagi itu membongkar rahsia gadis terbabit dirogol kekasihnya di sebuah rumah tumpangan di Pengadang Baru, Kuala Terengganu pada hari berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, selepas didesak berkali-kali, mangsa mengaku mengikut kekasihnya ke rumah tumpangan itu sebelum diajak memasuki sebuah bilik dan dirogol suspek di dalam bilik berkenaan.

“Mangsa dihantar untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada sebelah petang dan doktor mengesahkan mangsa dirogol,” katanya.

P/s : Rosak! Nasi sudah jadi bubur. Anak keluar rumah waktu malam. Si bapa hanya berjaya "menangkap" anaknya selepas anaknya itu "dirogol" oleh lelaki lahanat! Bagi yang ada anak dara sunti, tolong perhatikan anak anda.

** Pertunangan Anak Najib **



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pertunangan anak perempuan mereka Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22, yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, malam ini.




Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nurzahirah serta Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Hajah Kalsom berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut.



Najwa & Daniyar



** Amah bawa lelaki masuk bilik **

Seorang pembantu rumah warga Indonesia sanggup menyeludup masuk teman lelakinya yang juga warga Bangladesh untuk mengadakan hubungan seks di kediaman majikannya di Taman Bandar Putera IOI di sini, malam kelmarin.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 9.20 malam itu, kegiatan sumbang pasangan terbabit tergendala selepas majikan wanita berkenaan menyedari sesuatu yang tidak kena di bilik pembantu rumahnya.

Menurut pengawal keselamatan taman berkenaan dikenali sebagai P Subramonie, 53, pembantu rumah terbabit berusia 30 tahun manakala pasangannya pula lima tahun lebih muda.

“Saya dimaklumkan jiran majikan pembantu rumah terbabit mendengar salakan anjing dan terlihat basikal di luar kediaman berkenaan.

“Saya bergegas ke sana dan sejurus tiba, majikan pembantu rumah berkenaan pula memaklumkan mungkin ada seseorang di bilik wanita yang sudah bertugas di sana sejak dua tahun lalu itu,” katanya.

Subramonie kemudiannya mengetuk pintu bilik berkenaan dan terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum ia dibuka.


Katanya, wanita terbabit membuka pintu bilik itu tetapi lampunya dipadamkan.

“Saya menjenguk ke dalam bilik dan mendapati lelaki Bangladesh terbabit bersembunyi di belakang pintu dalam keadaan berseluar dalam saja.

“Pembantu rumah itu mengaku sudah tiga kali bertemu teman lelakinya sejak berkenalan setahun lalu tetapi baru pertama kali melakukan hubungan seks,” katanya.

Subramonie yang sudah dua tahun bertugas di sana kemudiannya menyerahkan pasangan terbabit kepada polis untuk tindakan lanjut.

Majikan pembantu rumah terbabit yang berusia 40 tahun dan enggan dikenali memaklumkan dia tidak sedar bila wanita itu membawa masuk teman lelakinya.

“Pembantu rumah ini sudah dua tahun bekerja di sini dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah.

“Dia hanya memasak serta membasuh baju, saya belum pasti apa tindakan akan dilakukan terhadapnya selepas ini,” katanya yang masih bujang dan tinggal di rumah itu bersama ibu juga abang yang sering keluar daerah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 kerana menceroboh tempat kediaman.