Jumaat, 3 Jun 2011

** Abang Gambit Kau Buat Video Apa nie ??? **



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....



Abang Gambit aku buat Video muzik,ko orang jgn jealous.hahahaha.... tapi kalau korang nak jealous pun takper sebenarnya.Video nie mengarut dan mencarut betullah.aku sarankn budak-budak yang berumur bawah 18 Tahun janganlah tengok Video muzik nie kalau nak tengok tolong mintak izin kat mak ayah korang dulu.


Pelakon dalam video muzik nie si mamat Shahz Jaszle dan si minah Prema Yin.aku sebenarnya nak tahu sangat-sangat apa agaknya motif Gambit Saifullah & Umair Mohamed buat video macam nie , cuba tuan pengarah ( Gambit Saifullah & Umair Mohamed )fikir agak-agak korang nie agama apa  dan duduk kat negara mana ?? dekat I /C memang dah confirm-confirmlah agama islamlahkan dan duduk dekat negara malaysia " negara islam " tapi kenapa ? why ? korang buat video serupa nie macam tak ada jalan cerita lain ker yang korang nak tunjukkan situasi lagu tu... video nie macam nak menjatuhkan maruah seorang pompuan jer aku tengok.aku rasa mesti kalau abang gambit baca blog aku nie dia mesti panas hati jer.... dalam hati berkata " ko tu baik sangat ker minah ??? " dan hati aku pulak berkata
" aku tak baik sangat pun abang gambit!!! comey jer hehehehehe.... "


Yang aku pelik bin ajaib tu... kenapa kalau Filem yang ada unsur 18SXXX dia akan buat penapisan tapi video muzik tak ada ker ??? Geramnya aku... aku kalau dah geram memang aku tidur tapi sebelum aku pi membuta aku berharap lepas nie janganlah ada pengarah video klip muzik buat macam nie lagi.video macam sampah jer.. aku tengok bak kata pepatah "Habis madu sepah dibuang " betul tak kalau salah sorrylah aku pakai bedal jer hehehehe.....tapi aku nak bg contohlh  kalau kita dah tengok video nie sekali takkan kita nak tengok lagi.kalau lagu best giler tak perlah jugak aku rasa lagu dia biasa-biasa jer tak adalah best mana pun best lagi kalau aku layan lagu-lagu Nasyid ada jugak rasa ke insafan tu datang.insyallah....

Jangan marah hah!! Abang gambit , just nak luahkan perasaan tak puas ati jer... jangan saman saya tau!!!! saya nie orang susah , papa kedana lagi . kita sebagai umat islam tak salah kalau saling nasihat menasihati , semua orang tak akan lari dari buat silap . kita kalau nak cari rezeki biarlah dengan cara yang diredoai dan diberkati allah s.w.t .  nabi kita pun dah berpesan "Amal makruf nahi mungkar "
maksudnya serulah kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran (cth :maksiat dll )










Klip Video  : Prema Yin


Prema Yin Marilah Music Video from Gambit Saifullah on Vimeo.




Amaran :
Tulisan ini bukan berniat untuk menjatuhkan maruah sesiapa tapi just untuk memberi pesanan dan nasihat sesama umat islam .