Sabtu, 24 September 2011

Guan Eng menghina negeri johor ,








Hari ini  Ketua Regim DAP Penang ,   Guan Eng  anak kit siang  dalam satu temuramah sebuah stesen radio di Australia dilaporkan berkata   " Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang. "

GPB melihat kenyataan pemimpin berlidah biawak  ini dibuat sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia di Johor ke Pulau Pinang.

Yang menariknya  ,  apa yang beliau cakap itu sebenarnya bukan hasil  usaha kerajaan DAP yang sudah memerintah 3 tahun P.Pinang.  Contohnya   seperti menurunkan kadar jenayah di P.Pinang adalah  melalui NKRA yang diperkenalkan kerajaan BN  manakala  pelaburan asing ( FDI )  adalah hasil usaha MITI dan kerajaan Pusat.

Muka tak malu betul apek DAP sedap je  mengutuk dan menghina negeri  orang lain walhal negeri P.Pinang tu banyak kerajaan Pusat bantu .

Macam ini ka sikap seorang Ketua Menteri ??  Sepatutnya sebagai pemimpin sebuah negeri , beliau tak boleh kritik negeri lain di depan orang luar .

Tapi nak buat macamana.,  mentaliti otak karat pembangkang masih tak hilang walaupun sudah jadi Ketua Menteri .

Apapun  amat malang la Penang ada  Low Class  punya Ketua Menteri ....haha

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak sepatutnya memandang rendah dan mensabotaj negeri lain semata-mata untuk menarik pelabur asing ke negeri yang dipimpinnya. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Lim memburuk-burukkan Johor dengan menyatakan negeri berkenaan tidak sesuai untuk pelaburan, akan memberikan gambaran yang tidak baik kepada Malaysia dan turut memberi kesan kepada negeri lain.

"Jangan memandang rendah, jangan sabotaj dengan perkataan jahat yang niatnya tidak baik untuk menyekat atau menghalang...ini memberi gambaran yang tidak baik kepada Malaysia.

"Ini (memburuk-burukkan Johor) satu tindakan yang tidak sepatutnya," katanya Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam satu temuramah sebuah stesen radio di Australia dilaporkan berkata Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang. 

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Lim sepatutnya sedar bahawa pelabur tidak akan datang ke Pulau Pinang sekiranya tiada sokongan daripada Kerajaan Pusat. 

Malah, beliau berkata Lim juga seharusnya sedar bahawa asas pembinaan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri perindustrian di Malaysia sudah pun terbentuk sejak sekian lama sedangkan DAP baru sahaja memerintah negeri itu tiga tahun lalu. 

"Jadi atas dasar itu sepatutnya tidak ada perasaan bongkak dan sombong pasal dia kata negeri dia sahaja yang paling baik dan negeri lain tidak baik.

"Ini sikap pembangkang yang bagi saya memang tidak adil. Dia boleh kempen atau promosi macam saya promosi Johor tetapi kalau pelabur kata mahu ke Pulau Pinang, mereka boleh pergi asalkan datang ke Malaysia kerana ia memberi kesan berganda. 

"Kalau pelabur melabur di sana pun (Pulau Pinang), kesannya kepada seluruh negara kerana bila dia eksport, negara dapat tukaran wang asing, peluang pekerjaan turut diterima rakyat dari seluruh negara," katanya.