Rabu, 13 April 2011

Siapa tu NajwaLatif ???




Imratul Najwa Binti Abdul Latif

Si Gadis You Tube





Siapa yang mengenali Najwa Latif? Mungkin nama ini masih baru dalam dunia hiburan tanahair. Namun gadis yang baru berusia 16 tahun ini sudah mempunyai ramai peminat di laman YouTube peribadinya. Bermula dengan minat mendalam dalam muzik, kini gadis muda ini melangkah setapak lagi dengan merakamkan single pertamanya.



Baru-baru ini, Najwa telah di lamar syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd untuk menjadi artis di bawah naungan syarikat itu. Najwa bertuah mendapat khidmat produser berpengalaman Edddie Marzuki selaku penerbit untuk single pertamanya berjudul “Cinta Muka Buku”.



Karya Najwa sendiri, "Cinta Muka Buku" mendapat sambuatan yang baik di kalangan peminat-peminatnya. Baru tiga hari lagu tersebut di muat naik untuk di pra-dengar di laman YouTube, ia sudah mencecah angka 9,000 penonton, satu petanda positif bagi Najwa dan lagu ini sendiri.



Menurut Najwa, single ini sangat bermakna buatnya. Selain dapat merealisasikan cita-cita untuk merakam lagunya sendiri, ia juga hadiah buat para peminat yang telah lama menantikan single-nya sendiri dan lama menyokongnya dalam bidang seni.


Single “Cinta Muka Buku” di jangka keluar sekitar bulan ini. Justeru itu, Najwa berharap dapat merapatkan lagi hubungannya dengan dunia luar melalui laman Facebook, YouTube dan blog milik peribadinya.

Rujukan : Klik  SINI dan  SINI


Biodata ringkas Najwa

Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Tarikh Lahir: 23rd May 1995
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Status: Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Laman Sosial:
Blog: www.najwalatifs.blogspot.com
Facebook Fanpages: najwalatif
Twitter: @njwalatif
YouTube: www.youtube.com/najwa595

Surat Cinta RockerSejati Kepada Awek

Salam,



Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..
Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!


Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu “antara gadis” masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!


Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!


Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!



Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!


Yang Benar,
Rockersejati