Jumaat, 25 November 2011

Tak Sia-sia Kena Penampor....



Gambar Hiasan


Dialog antara Imam dan Pemuda


Pemuda : Saya ada 3 soalan:-


1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujud tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu 
tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.


Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)


Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.


Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak faham.


Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.


Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?


Pemuda : Ya!


Imam : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!


Pemuda : Saya tidak boleh


Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa
mampu melihat wujudnya.


Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?


Pemuda : Tidak.


Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?


Pemuda : Tidak.


Imam : Itulah yang dinamakan takdir.


Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?


Pemuda : Kulit.


Imam : Terbuat dari apa pipi anda?


Pemuda : Kulit.


Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?


Pemuda : Sakit.


Imam : itulah jawapan untuk soalan ketiga.Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka 
juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang 
menyakitkan untuk syaitan...




"Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?"

Laman Web 1Malaysia Digodam Fanatik Indonesia!


         
         Laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai telah digodam pagi ini.
Tinjauan Mynewshub.my ke laman tersebut hanya menemukan paparan yang memberitahu ia sedang dikemas-kini.
Sumber memberitahu Mynewshub.my, laman tersebut digodam dengan penggodam meninggalkan gambar bendera Malaysia sedang dikencing atasnya oleh pihak tertentu.

Tindakan itu katanya tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat‘defacement’ iaitu mengubah visual laman web berkenaan.
Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki ‘system crackers’ yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu.
“Kejadian itu dapat dikesan dengan pantas dan laman web 1Malaysia ditutup sebentar hari ini,” katanya.
Sumber itu bagaimanapun tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun, Mynewshub.my menjangkakan sentimen anti Malaysia yang dipertontonkan penyokong Indonesia terutama semenjak kalah pingat emas pada Sukan SEA Isnin lalu mungkin petanda tindakan mengodam itu dilakukan oleh pihak dari negara berkenaan.
Mungkin penduduk negara itu masih menghadapi kesukaran dan tekanan jiwa yang agak tinggi apabila dimalukan pasukan Harimau Muda sebanyak dua kali dalam masa seminggu.

Masak Mayat Suami Selepas Pembunuhan



Karachi – Gara-gara marahkan suami yang ingin berkahwin lagi, seorang wanita di Pakistan bertindak kejam dengan membunuh suaminya dan memotong tubuh badan lelaki malang itu untuk dimasak.

Zainab Bibi, 32 melakukan perbuatan terkutuk itu dengan bantuan anak saudaranya, Zaheer, 22 di sebuah kampung di selatan Karachi.

Ketua polis kawasan berkenaan, Nadeem Baig berkata, perbuatan tersebut terbongkar selepas polis mendapat maklumat daripada jirannya.

“Polis yang menyiasat di rumah Zainab telah menemui sebuah mangkuk mengandungi bahagian badan lelaki tersebut.

“Zainab yang marahkan suaminya kerana hendak berkahwin lagi tanpa persetujuannya bercadang memasak daging suaminya,” katanya.

Menurut Nadeem, ada dua kemungkinan kenapa Zainab mahu memasak mayat suamninya.
“Satu sebab adalah kerana ingin memusnahkan bahan bukti dan yang kedua, dia melakukan perbuatan itu kerana terlalu marah dengan tindakan suaminya,”  katanya.

Polis, bagaimanapun masih menjalankan siasatan berhubung kes itu.