Isnin, 18 Julai 2011

**Dialog Semasa Bercinta Dan Selepas Bercinta! **




Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra…

Nick Eima: bang, andaikata saya menjadi bintang…
Along: abang kan jadi Ultramannya
Nick Eima:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Along:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Nick Eima: gitu… kalau saya jadi bunga
Along: Abang jadi tukang kebunnya
Nick Eima: Kenapa bukan kumbang
Along: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Nick Eima: Wah! hebatnya abg nie…. begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar… tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah….bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Nick Eima: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Along: Cilako! punyo tunggul kayu… .**** ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)… sayang takde apa2 ke?
Nick Eima: Takde sikit je bang… cuma luka sikit jer dahi nie
Along: Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.


Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua… selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga… 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman….
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman… kat Jepun adalah… apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie… cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie… dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu… .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu… .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu… .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi…
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do… .


Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut… .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah…
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie… .**** ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

** HOT :Warga tua 70-an Ditangkap Khalwat Bersama Kekasih 29 Tahun **





     Demi cinta, seorang lelaki warga emas yang ditahan kerana tuduhan berkhalwat sanggup meringkuk di dalam lokap selama lebih dua bulan kerana anaknya tidak mahu membayar wang ikat jamin kekasihnya. 

Dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya di sini, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, lelaki itu 70-an yang bercucu dihadapkan ke mahkamah bersama teman wanitanya berusia 29 tahun atas tuduhan berkhalwat yang dilakukan mereka, Mei lalu.

Pendakwa Syarie, Mohd Saifullah Hamzah berkata, pertuduhan kes dibacakan di hadapan Hakim Zaini Abdul Rahim dan kedua-duanya faham serta mengaku bersalah atas kesalahandilakukan.

Menurutnya, lelaki itu memohon kepada mahkamah agar dilepaskan dengan jaminan selepas mengaku bersalah dan selepas menimbangkan rayuan tertuduh, mahkamah membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM500 setiap seorang.

“Empat anak lelaki itu yang hadir sepanjang perbicaraan bersedia menjamin bapa mereka. Pada mulanya keadaan agak tenang, namun bertukar tegang apabila tertuduh meminta anaknya turut menjamin teman wanitanya.

** Penemuan Mayat bayi berulat **



       Seorang lelaki yang ingin meracun rumput di belakang rumahnya tergamam apabila menjumpai bungkusan plastik mengandungi mayat bayi berulat dalam kejadian di Kampung Sungai Ramal Baru, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.52 pagi itu, lelaki berkenaan melalui kawasan belakang rumahnya dan pelik apabila terhidu bau busuk yang datang dari bungkusan plastik yang terletak berhampiran pintu belakang rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, sejurus menemui bungkusan mengandungi mayat bayi itu, lelaki terbabit terus menghubungi polis.
“Beberapa minit kemudian sepasukan anggota polis tiba di tempat kejadian dan mengesahkan bungkusan berkenaan mengandungi mayat bayi.

“Mayat bayi lengkap bertali pusat itu dipercayai ditinggalkan di belakang rumah berkenaan kira-kira lima hari lalu sebelum dijumpai,” katanya.

Rashid berkata, mayat bayi malang terbabit kini dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi dan jika sabit kesalahan, hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.