Isnin, 15 Ogos 2011

Pentas Runtuh Yang Mengorbankan 5 Nyawa


Ketika sedang menunggu kumpulan Sugarland muncul di atas pentas sempena Karnival Indiana, angin kencang yang melanda telah menyebabkan pentas pertunjukan tersebuh runtuh sama sekali.
5 orang terbunuh manakala 40 lagi cedera.
Ini gambar pentas sebelum pertunjukan bermula:
Ini pula gambar ketika dan selepas runtuh:






Video amatur dari pengunjung karnival:

Yusry KRU, Lisa Surihani Akan Berkahwin Pada 2012



         Heboh di blog-blog hiburan mengenai pengakuan Pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, yang merancang untuk berkahwin dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, jika tiada aral melintang, pada tahun depan.

“Kisah percintaan Yusry dan Lisa Surihani memang sudah tidak perlu dikatakan lagi. Hampir semua Lisa Surihani hampir tidak percaya, tidak juga yang merestui hubungannya dengan duda, Yusry,
“Dalam petikan portal Berita Harian baru-baru ini, mereka sudah ‘set’ kan tahun untuk segera diijab kabulkan. Memandangkan Lisa Surihani yang cantik ini takut nanti dikebas dek orang. Hehe. Kalau sudah jodoh tak kemana juga kan,
“Haraplah mereka akan disatukan dengan selamat nanti. Kalau putus cinta ditengah jalan, itu dugaan semata-mata. Tapi kita harapkan agar mereka berjaya membina masjid,” kata izyan.com.
Sementara itu, zonartis.com berkata, akhirnya, Yusry Abdul Halim atau lebih kita kenali dengan nama Yusry KRU mengakui yang dia sedang bercinta dengan Lisa Surihani.
“Pengakuan Yusry ini sekali gus mengesahkan segala gosip yang kita dengar sebelum ini. Dan jangan terkejut, Yusry sendiri memaklumkan yang mereka sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Good news!,” kata blog itu.
Yusry adalah seorang duda setelah bercerai dengan pelakon popular, Erra Fazira pada tahun 2006 manakala Lisa pula adalah pelakon sedang meningkat naik dengan status bujang dan berkelulusan ijazah dalam bidang perundangan.

Kuih 10 Biji RM1, Murtabak RM1




ALOR SETAR – Kebiasaanya kuih muih dijual pada harga RM1 untuk 3 biji manakala murtabak pula dijual RM2 untuk satu keping di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini.
Berbeza dengan bazar Ramadan di perkarangan Stadium Darulaman, orang ramai sekitar bandar raya ini berpeluang menikmati pelbagai jenis kuih muih seperti karipap, masalodeh, keria, buah melaka, cucur jagung dan cucur badak yang dijual pada harga RM1 untuk 10 biji.
Nurhayati Ahmad, 49, yang berniaga di bazar Ramadan itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia menjual kuih muih bersaiz mini pada harga RM1 untuk 10 biji sepertimana arwah ayahnya lakukan dahulu.
“Arwah ayah selalu berpesan, kalau nak berniaga perlu bagi orang puas hati, buat kuih mesti kena sedap dan jangan terlalu memikirkan keuntungan sahaja,” katanya kepada Bernama.
Nurhayati berkata walaupun sekarang harga bahan mentah sudah naik, tetapi dia tetap mengekalkan harga itu walaupun keuntungan yang dia dapat tidak semewah dahulu.
“Saya rasa puas jika semua kuih yang saya jual itu habis dan mereka (pembeli) yang beli kuih saya akan datang lagi pada hari lain dan itu menunjukkan mereka puas hati dengan kuih yang saya jual,” kata Nurhayati yang dibantu oleh anak serta menantu, menurut Bernama.
Katanya dia hanya berniaga di bazar Ramadan sahaja dan sesiapa yang mahu merasai kelazatan kuih yang dijualnya perlu menunggu setahun sekali dan dia hanya berniaga di bazar Ramadan Stadium Darulaman.
Sementara itu, peniaga murtabak, Abdullah Salleh, 49, atau lebih dikenali sebagai ‘Bang Lah Murtabak’ yang berniaga murtabak ayam dan daging pada harga RM1 sekeping berkata dia berbuat demikian kerana berniat untuk bersedekah sambil berniaga.
“Sejak sembilan tahun lalu, harga murtabak saya tidak pernah berubah dan saya akan cuba kekalkan harga ini selagi saya mampu.
“Saya mempunyai pekerjaan tetap, jadi keuntungan bukanlah sesuatu yang dicari tetapi kepuasan dalam menderma kepada orang ramai lebih penting,” katanya yang juga hanya berniaga pada bulan Ramadan sahaja.
Katanya, sebab itulah setiap kali tiba bulan puasa, dia akan cuba mencari masa untuk berniaga murtabak dengan harga RM1 sekeping.