Khamis, 24 Mei 2012

Janin Bayi Perempuan Jadi Habuan Anjing


MUMBAI – Sekumpulan doktor memberi anjing peliharaan mereka makan janin bagi melindungi kegiatan pengguguran haram di bandar Beed, Maharashtra.
Media semalam melaporkan, kegiatan itu berlaku akibat kecenderungan pasangan tempatan yang mahukan anak lelaki berbanding perempuan.
Digelar sebagai penghapusan jantina, amalan itu dikaitkan dengan keputusan bancian yang menunjukkan hanya 801 bayi perempuan dilahirkan bagi setiap 1,000 bayi lelaki.
Maharashtra adalah negeri kedua paling padat penduduk di India.
Menurut media, dengan memelihara anjing, doktor terbabit boleh menghapuskan janin berkenaan tanpa perlu membuangnya melalui saluran rasmi.
“Maksudnya, amalan pengguguran haram yang didorong kecenderungan pasangan memilih jantina anak mereka di India kini disembunyikan,” lapor media.
Pendedahan itu dibuat pegawai pertubuhan kebajikan yang menentang amalan itu, Lek Ladki Abhiyan, Varsha Deshpande.
Menurut Varsha, pertubuhan berkenaan menjalankan siasatan sulit selepas seorang doktor, Dr Sudam Munde, mengaku secara terbuka pada 2010, dia terbabit menggugurkan janin perempuan dan memberinya kepada lima anjing peliharaannya.
Sejurus selepas pengakuan itu dibuat, Dr Sudam ditahan polis, tetapi dibebaskan tidak lama kemudian dan dia meneruskan aktiviti haram itu.
Kata Varsha, ada saksi mengaku melihat satu janin dijadikan makanan anjing.
“Amalan ini memang diketahui ramai di Beed, tetapi polis tidak bertindak kerana pengaruh Dr Sudam,” katanya.
Menteri Kesihatan Awam Maharashtra, Suresh Shetty, berkata dia mendengar dakwaan janin dijadikan makanan anjing di Beed.
“Namun, tiada sebarang bukti menunjukkan ia berlaku,” katanya.
Kata Suresh, disebabkan polis tempatan berada di bawah “tekanan” yang banyak, dia meminta cawangan jenayah untuk menyiasat kes terbaru.
Mengenai dakwaan Varsha, Suresh berkata, kakitangan kesihatan setempat memang berdepan dengan kesukaran ketika cuba menyiasat aktiviti Dr Sudam.
“Seorang kakitangan kami yang mengunjungi hospital Dr Sudam dikunci dalam sebuah bilik sebelum didera dan dihalau,” katanya.
Pakar bedah itu juga berdepan dengan ancaman selama lebih setahun gara-gara tindakannya cuba menyiasat aktiviti berkenaan.
“Kami meminta pihak berkuasa memberikan perlindungan kepada kakitangan kami,” katanya.

SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012



Jom ramai2 join SEGMEN NASZ kalau nak join bolek ke klik Sini .Segmen ini terbuka sehingga 26hb Mei 2012 jam 11.00 malam so jangan lepaskn peluang selagi stok masih ada .hehehehe......


" MAJULAH BERBLOG WALKING UNTUK NEGARA "

Aku Dah Jadi Bini Orang

Assalamualaikum ??

Walau pun entry nie sy rasa terlalu lembat sy post orang kata pengantin dah basi ,apa yang boleh sy kata
 " LANTAK AKULAH " hahaha...
ini adalah sekitar majlis pernikahan dan majlis perkahwinan sy.

sy dinikahkan pada tanggal 2/3/2012 hari jumaat tepat jam 11 lbh am sy pun ingt2 lupa .
dup dap.. dup dap... sy time nie
berwalikan wali hakim kami bersama 2 lagi pasangan selamat di ijab kabulkan dengan jayanya .cehhh...... hehehehehe......

Majlis walimah pihak perempuan telah berlangsung pd tanggal 11/3/2012 hari ahad 
dup dap..dup dap..... lg sy

TOL 1: Kepala tol msa time majlis walimah rumah saya tu dia pkcik yg segak tengah duduk ala-ala orang tengah mintak hutang gitu ! hehehehe.....




TOL 2: kepalanya akk yang tudung oren tu... senyum jer.. nk dpt duit hah ! hehehehehee......


TOL 3: kepalanya tak tahulah saper ,layankan jerlh.nasib sy yg jadi pengantin kalau tak dh join bdk2 nie pau duit .hehehehe..... cover line.... thanks BFF sy cikgu nad AKA pengapit sy
orang yang banyk membantu menjayakan mjlis sy.

kendarat masa majlis saya ,tanpa mereka alamat kucar-kacirlah majlis saya nanti .

nielah mak and abah mertua sy ,serta ipar2 sy.....

yang ramai nie family saya



rombongan dr pihak pengantin lelaki




dan majlis sambut menantu telah berlangsung pada tanggal 17/3/2012 bersamaan harijadi my husband .
alhamdulillah semua sudah selesai .

sekarang saya tengah membuat persedian untuk menjadi ibu pulak walau pun kandungan saya masih baru .
insyallah bayi yang akan saya lahirkan nanti akan berada dalam keadaan sihat dan menjadi anak yang soleh atau solehah .amin.......

Doa selepas wuduk berapa yang amalkan cuba angkat tangan ?



Ketika ini pasti ramai tidak dinafikan terlupa untuk membaca doa selepas wuduk dan akhirnya membawa kepada kelalaian sehingga lupa bacaan doa selepas wuduk sama-samalah kita mengingatkan diri masing-masing supaya wuduk yang kita ambil sempurna dan solat yang akan di kerjakan khusyuk .


copy from other blog

Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Tirmizi)