Selasa, 28 Februari 2012

Keajaiban Tuhan, Gadis Keluarkan Kristal Dari Mata


Kristal keluar dari mata gadis Lebanon - Air Mata Kristal

“Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),” – Yaasin; 77.
Terciptanya manusia itu di muka bumi Allah adalah sebaik-baik penciptaan di mana telah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Tuhan Yang Esa yang mencipta setiap manusia itu penuh dengan keunikan dan cukup sifatnya.
Tetapi, kita sebagai manusia tidak pernah mengetahui kebesaran dan di sebalik kekuasaan Tuhan yang banyak melihatkan keajaiban dalam tubuh badan kita.
Sebuah video yang memaparkan keajaiban Allah S.W.T di mana seorang gadis Lebanon mampu mengeluarkan seketul kristal tajam dari matanya sendiri.
Video itu memang sudah lama disiarkan, tetapi, eloklah kita lihat kejadian itu sebagai iktibar dan renungan bersama untuk sentiasa bersyukur dan menghayati setiap ciptaan Pemilik muka bumi ini.
Hasnal Mohamed Meselmani, menggemparkan daerah Labenon, gadis biasa tetapi memiliki keajaiban yang tidak ada pada orang lain.
Setiap hari matanya mampu mengeluarkan sebutir hingga ke tujuh butir kristal tajam tanpa mencederakan matanya langsung.
Hingga kini, masih lagi tidak terjawab tentang kehebatan dirinya yang memiliki kebolehan untuk berbuat demikian.
Benarlah kita sebagai manusia, tiada apa yang mampu menidakkan kekuasaan dan kebenaran tentang Allah S.W.T dalam menguruskan setiap butiran hidup manusia dan makhluk-makhluk lain yang menginap sementara di bumi ini.
“Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur,” – AS-Sajdah; 7, 8 & 9

Isnin, 27 Februari 2012

Ubat Mujarab Stres


alt
Hidup ini sama seperti melalui jalanan menuju ke destinasi yang ditetapkan. Sesekali kita tersesat dalam mencari destinasi sebenar. Kadang jalan yang dilalui penuh liku dan simpangnya. Sesekali kita akan bertemu dengan lubang yang besar. Paling tidak jambatan yang kita mahu kita seberangi roboh sedangkan destinasinya sudah semakin hampir.  Tekanan yang dihadapi menjadikan kita runsing.
Islam yang indah dengan isinya memberikan ubat yang mujarab bagi menghadapi tekanan yang datang dalam kehidupan.  Lantas ubat ini menjadikan kita lebih tenang menghadapi  segala ujian dalam hidup.  Hati akan lebih tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa juga yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata bagi mendapatkan keredaan Allah.




Tip menghadapi Stres
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan: 
01.
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Tugas yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.
02.
Al-Quran jadikan amalan
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
03.
Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
04.
Selalu berdoa kepada Allah
Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
05.
Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
06.
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
07.
Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
08.
Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
09.
Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Sabtu, 25 Februari 2012

Gambar Majlis PernikahanLisa Surihani dan Yusry KRU











Hantaran pengantin lelaki
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Mas Kahwin ( seutas rantai platinum)
4) Wang Hantaran (jumlahnya dirahsiakan)
5) Kelengkapan Solat
6) Manisan Kristal
7) Kek berperisa vanilla

Hantaran pengantin perempuan
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Kelengkapan Solat
4) Koleksi Cakera Padat Kumpulan The Beatles
5) Alat muzik Keyboard (dipersembahan dalam bentuk bingkai gambar)
6) Kelengkapan pakaian lelaki
7) Coklat
8 ) Kek
9)  Bunga rampai

Khamis, 23 Februari 2012

GAMBAR: Ratusan Banduan Mati Terperangkap


Kisah Sedih Kebakaran Penjara Honduras...Ratusan Banduan Mati Terperangkap
Mereka menangis dan meraung-raung minta dibukakan pintu penjara namun tak banyak yang dapat dilakukan.
Api yang marak membuatkan para wadar terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri, meninggalkan beratus-ratus tahanan menjerit kesakitan di dalam sel masing-masing.
Akhirnya 375 banduan disahkan mati terbakar!
Itulah situasi yang terjadi di sebuah penjara yang padat dan sesak dengan banduan di penjara Comayagua, kira-kira 75 kilometer ke utara ibu negara Tegucigalpa, Honduras minggu lalu.
Berdasarkan laporan Reuters, Ketua perkhidmatan forensik di Comayagua, Lucy Marder berkata, mengikut laporan polis, seorang daripada mangsa yang terbunuh adalah wanita dan yang lainnya banduan, tetapi turut menyatakan beberapa yang disangka mati mungkin telah melarikan diri.
Media tempatan melaporkan, ketua jabatan bomba Comayagua turut terbunuh dalam kebakaran itu.
Insiden kebakaran di penjara ini adalah yang terburuk di Amerika Latin dan radio tempatan melaporkan, kebanyakan banduan mati terbakar di dalam penjara.
Tentera, polis dan ahli keluarga yang bimbang berhimpun di luar penjara Comayagua hari ini dan gambar televisyen menunjukkan ada di antara mereka yang menangis dan mahu merempuh sekatan polis.
Penjara itu menempatkan lebih 800 banduan, melebihi kapasitinya.

Semoga insiden ini menjadi iktibar kepada kita semua khususnya pihak yang diberi tanggung jawab menguruskan penjara.
Betul mereka pernah disabitkan dengan kesalahan, namun itu tidak bermakna hak asasi mereka seperti hak untuk mendapatkan kemudahan sebagai seorang banduan diabaikan.
Dalam erti kata lain…walaupun mereka banduan, mereka juga adalah manusia, bukannya haiwan!

FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA … AL-FATIHAH


faris

Takziah kepada keluarga...

“Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital’
Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.
Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.
Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.
Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.
**Faris Nur Daniel, 6 tahun dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center) sejak 1 Februari. Ketika itu anak kecil berkenaan terkena sawan otak dan kesan pada otak.
Namun, hari ke-4 doktor mengambil air tulang belakang, arwah dikesan mempunyai penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah.
Sebelum ini, selepas 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit menanggung bil berjumlah RM96,957.68.
Kisah Faris asalnya diketengahkan bagi membantu keluarganay menjelaskan bil hospital apabila jumlah insuran kedua ibu-bapanya tidak mencukupi.
*Penulis mungkin tak layak nak cakap banyak, tapi sebagai seorang wartawan, penulis ucap terima kasih pada Mazidul yang dengan tulus hati tidak putus-putus menulis kisah arwah di blognya sebelum ini. Contoh kewartawanan yang prihatin.