“Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),” – Yaasin; 77.
Terciptanya manusia itu di muka bumi Allah adalah sebaik-baik penciptaan di mana telah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Tuhan Yang Esa yang mencipta setiap manusia itu penuh dengan keunikan dan cukup sifatnya.
Tetapi, kita sebagai manusia tidak pernah mengetahui kebesaran dan di sebalik kekuasaan Tuhan yang banyak melihatkan keajaiban dalam tubuh badan kita.
Sebuah video yang memaparkan keajaiban Allah S.W.T di mana seorang gadis Lebanon mampu mengeluarkan seketul kristal tajam dari matanya sendiri.
Video itu memang sudah lama disiarkan, tetapi, eloklah kita lihat kejadian itu sebagai iktibar dan renungan bersama untuk sentiasa bersyukur dan menghayati setiap ciptaan Pemilik muka bumi ini.
Hasnal Mohamed Meselmani, menggemparkan daerah Labenon, gadis biasa tetapi memiliki keajaiban yang tidak ada pada orang lain.
Setiap hari matanya mampu mengeluarkan sebutir hingga ke tujuh butir kristal tajam tanpa mencederakan matanya langsung.
Hingga kini, masih lagi tidak terjawab tentang kehebatan dirinya yang memiliki kebolehan untuk berbuat demikian.
Benarlah kita sebagai manusia, tiada apa yang mampu menidakkan kekuasaan dan kebenaran tentang Allah S.W.T dalam menguruskan setiap butiran hidup manusia dan makhluk-makhluk lain yang menginap sementara di bumi ini.
“Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur,” – AS-Sajdah; 7, 8 & 9
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan pesanan anda ???