Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

Ahad, 9 September 2012

Mayat bayi lelaki hampir reput dalam beg pakaian

Gambar Hiasan

Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam beg pakaian di Surau al-Falah, Danau Kota, Setapak di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Mayat bayi berkenaan ditemui seorang pelajar kolej yang datang ke surau terbabit untuk menyertai aktiviti gotong-royong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis yang menerima maklumat mengenai penemuan itu kemudian menjalankan pemeriksaan terhadap beg berkenaan.


“Pemeriksaan mendapati terdapat sekeping nota tertulis dalam bahasa rumi dan jawi yang berbunyi, saya.... meminta tolong pengurus masjid tolong urus anak ini.

“Turut ditemui bersama sepasang baju kurung kuning, lampin dan seluar panjang warna hitam,” katanya. Menurut Zakaria, berdasarkan keadaan mayat bayi berkenaan polis percaya bayi berkenaan berusia tujuh hari dan dipercayai sudah meninggal dunia dua hari lalu.


Difahamkan, ketika ditemui, mayat mangsa sudah reput di bahagian kepala, perut dan kemaluan selain mula berbau.


“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Ikat Anak Ibu Bapa Pergi Kerja

GAMBAR: Ikat Anak Pergi Kerja

Apa lagi yang berlaku di China kali ini. Bermacam-macam perkara pelik sering berlaku di sana.
Nak kata tak ada akal, mustahil la pulak sebab negara mereka boleh dikatakan maju juga.
Entah lah mungkin benda-benda pelik ni berlaku terutamanya di kawasan ceruk pedalaman agaknya.
Kali ni penulis nak tunjukkan bagaimana ibu bapa di China meninggalkan anak mereka di mana saja yang mereka fikir sesuai demi untuk ke tempat kerja.
Penulis tahu mungkin ada di antara ibu bapa yang miskin sehingga tidak mampu membayar dan membawa anak ke pusat penjagaan. Tapi fikirlah pakai otak.
Ramai lagi orang yang tak mampu di dunia ini, tapi tidak pula melakukan hal sedemikian kepada anak mereka.
Mereka telah mengikat anak-anak kecil itu di tingkap sebelum ke tempat kerja.
Kesian sungguh! Macam mana kalau mereka nak buang air atau berasa lapar. Kena tunggu sampai ibu bapa pulang ke?
Budak-budak mana tahu apa pun. Yang mereka tahu menangis kalau rasa tak selesa.
Tak dapat penulis fikirkan apalah yang akan terjadi jika ada sesuatu perkara berlaku seperti kecemasan, nak menyesal pun dah tak guna.
Jika ada pengawasan orang dewasa tak apa jugak. Tapi musykil, tak kan kot mereka nak ikat anak kalau ada orang tengokkan.
Harap-harap suatu hari nanti terbuka minda ibu bapa ini untuk tidak melakukan perkara sebegitu lagi.
Kesian dekat budak kecil.

Isnin, 16 Julai 2012

Tak Dapat Anak Dara Wanita Hamil Pun Jadi , Subhanallah....



Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan reman bersabit kes dadah pada 6 Julai lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengaku pernah memperkosa seorang ibu hamil lima bulan yang ditemui mati, baru-baru ini.
Mangsa E Vally, 25, ditemui dalam keadaan mukanya berulat jam 3 petang di belakang sebuah stor besi di Jalan Rawang, Batu Arang, Sungai Dua, di sini, 5 Julai lalu.

Keputusan bedah siasat di Hospital Sungai Buloh turut mendapati mangsa dari Bandar Country Homes, di sini, mati akibat dijerut leher selain ada kesan air mani pada kemaluannya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek terbabit didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal air kencing yang dijalankan sebelum dia direman.


“Berikutan penahanan itu, pada Khamis lalu hasil soal siasat ke atas suspek mengaku terbabit dalam satu kes pembunuhan membabitkan seorang wanita hamil. Siasatan lanjut suspek mengaku memperkosa mangsa bersama tiga lagi rakannya.

“Suspek turut mendakwa seorang rakannya dikenali Jahat berusia 34 tahun menjerut leher mangsa menggunakan tali pinggang milik mangsa hingga mati,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mayat seorang wanita mengandung lima bulan ditemui dalam keadaan muka berulat di kawasan semak berhampiran sebuah stor besi di Batu 2, Rawang, dekat sini. Mangsa yang berusia 30-an ditemui jam 3 petang oleh sekumpulan pekerja kilang yang melalui kawasan berkenaan sebelum seorang daripadanya menghubungi polis.


Selasa, 3 Julai 2012

Muka diratah lelaki mabuk

Kunyah Muka Wanita

WENZHOU – Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.
Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.
Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.
Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.
Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.
Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.
Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.
Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu.

Sabtu, 30 Jun 2012

Mayat bayi ditanam belakang warung


ABDUL MAJID menunjukkan gambar rangka bayi yang ditemui ditanam di belakang sebuah warung di Kampung Baru, Kluang, Johor pada sidang akhbar semalam.

KLUANG – Rahsia besar seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang tergamak menanam bayinya sendiri di belakang sebuah warung di Kampung Baru di sini sejak dua bulan lalu terbongkar apabila ‘kubur’ bayi malang itu digali polis Isnin lepas.
Mayat bayi yang belum diketahui jantinanya itu ditemui secara tidak sengaja pada pukul 11 pagi selepas seorang penduduk tercium bau busuk ketika hendak menanam bangkai kucing di kawasan tersebut.
Bayi itu dibungkus menggunakan plastik merah sebelum ditanam. Polis kemudian menahan remaja itu di rumahnya yang terletak kira-kira 20 meter dari lokasi mayat bayi tersebut ditemui.
Soal siasat mendapati bayi itu dilahirkan hasil hubungan sulit suspek dengan teman lelakinya berusia 20-an. Penganggur terbabit kini dicari polis.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, siasatan mendapati bayi itu telah ditanam pada April lalu sebaik dia dilahirkan.

Ahad, 27 Mei 2012

ovum dan sperma untuk dijual

Fenomena jual beli ovum dan sperma untuk mendapatkan anak dipercayai turut dilakukan rakyat negara ini.
Bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ada klinik kesuburan dan hospital swasta di negara ini yang menjalankan perniagaan itu untuk meraih keuntungan.
"Harga sebotol kecil air mani lelaki di pasaran antarabangsa boleh mencecah antara RM650 hingga RM900 sebotol, bergantung kepada etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma. Ovum wanita pula pernah dijual sehingga RM100,000," katanya.
Beliau diminta mengulas isu urus niaga sperma dan ovum di dunia yang dilaporkan mencecah nilai berbilion ringgit setahun. Denmark, misalnya, merupakan pembekal sperma terbesar dunia dengan mengeksportnya ke beberapa negara seperti Kanada, Kenya, Paraguay dan Hong Kong.
Sperma dan ovum mendapat permintaan tinggi daripada pasangan gay dan lesbian, wanita yang enggan berkahwin, serta wanita yang sudah menopaus tetapi mahukan anak.

Khamis, 24 Mei 2012

Janin Bayi Perempuan Jadi Habuan Anjing


MUMBAI – Sekumpulan doktor memberi anjing peliharaan mereka makan janin bagi melindungi kegiatan pengguguran haram di bandar Beed, Maharashtra.
Media semalam melaporkan, kegiatan itu berlaku akibat kecenderungan pasangan tempatan yang mahukan anak lelaki berbanding perempuan.
Digelar sebagai penghapusan jantina, amalan itu dikaitkan dengan keputusan bancian yang menunjukkan hanya 801 bayi perempuan dilahirkan bagi setiap 1,000 bayi lelaki.
Maharashtra adalah negeri kedua paling padat penduduk di India.
Menurut media, dengan memelihara anjing, doktor terbabit boleh menghapuskan janin berkenaan tanpa perlu membuangnya melalui saluran rasmi.
“Maksudnya, amalan pengguguran haram yang didorong kecenderungan pasangan memilih jantina anak mereka di India kini disembunyikan,” lapor media.
Pendedahan itu dibuat pegawai pertubuhan kebajikan yang menentang amalan itu, Lek Ladki Abhiyan, Varsha Deshpande.
Menurut Varsha, pertubuhan berkenaan menjalankan siasatan sulit selepas seorang doktor, Dr Sudam Munde, mengaku secara terbuka pada 2010, dia terbabit menggugurkan janin perempuan dan memberinya kepada lima anjing peliharaannya.
Sejurus selepas pengakuan itu dibuat, Dr Sudam ditahan polis, tetapi dibebaskan tidak lama kemudian dan dia meneruskan aktiviti haram itu.
Kata Varsha, ada saksi mengaku melihat satu janin dijadikan makanan anjing.
“Amalan ini memang diketahui ramai di Beed, tetapi polis tidak bertindak kerana pengaruh Dr Sudam,” katanya.
Menteri Kesihatan Awam Maharashtra, Suresh Shetty, berkata dia mendengar dakwaan janin dijadikan makanan anjing di Beed.
“Namun, tiada sebarang bukti menunjukkan ia berlaku,” katanya.
Kata Suresh, disebabkan polis tempatan berada di bawah “tekanan” yang banyak, dia meminta cawangan jenayah untuk menyiasat kes terbaru.
Mengenai dakwaan Varsha, Suresh berkata, kakitangan kesihatan setempat memang berdepan dengan kesukaran ketika cuba menyiasat aktiviti Dr Sudam.
“Seorang kakitangan kami yang mengunjungi hospital Dr Sudam dikunci dalam sebuah bilik sebelum didera dan dihalau,” katanya.
Pakar bedah itu juga berdepan dengan ancaman selama lebih setahun gara-gara tindakannya cuba menyiasat aktiviti berkenaan.
“Kami meminta pihak berkuasa memberikan perlindungan kepada kakitangan kami,” katanya.

Selasa, 24 April 2012

Geng Jamban Diberkas

Gambar Hiasan

GEORGETOWN: Gelaran Geng Jamban sesuai untuk dua lelaki yang menjadikan pengguna tandas sebagai mangsa dengan mencuri pelbagai barang berharga dalam poket seluar yang digantung.
Bagaimanapun, perbuatan mereka itu terbongkar apabila mereka ditahan jam 10 malam kelmarin selepas polis melakukan pemeriksaan dan menemui pelbagai dokumen dan juga barang milik mangsa mereka.

Dua lelaki terbabit masing-masing berusia 34 dan 21 tahun, ditahan anggota polis ketika berada dalam kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kerana kelihatan mencurigakan.


Difahamkan, seorang daripada mereka adalah bekas pelajar kolej di Seberang Prai, tetapi diberhentikan kerana masalah disiplin.

Menurut sumber, dua lelaki berkenaan menjadi buruan sejak hampir setahun lalu kerana aktif menjalankan kerja samun dengan menyasar pengguna tandas awam di masjid, lapangan terbang dan hentian rehat dan rawat (R&R).


“Kebanyakan mangsa mereka adalah pengguna tandas yang menggantung seluar ketika berada dalam tandas dan lelaki berusia 21 tahun terbabit dianggap pakar menyeluk poket seluar tanpa disedari pemiliknya.



“Rakannya yang berusia 34 tahun menunggu dalam kereta dan selepas memperoleh barang berharga, mereka terus melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, ketika ditahan, polis menemui beberapa dokumen penting dan kad kredit milik mangsa.


“Polis juga menemui dokumen lain iaitu kad pengenalan milik dua mangsa dengan satu daripadanya dilaporkan hilang oleh pemiliknya di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Satu lagi milik seorang lelaki yang membuat laporan selepas kad kreditnya yang hilang, digunakan di sebuah pasar raya di Tanjung Tokong,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan dua lelaki berkenaan.


“Setakat ini kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung pembabitan kedua-dua suspek terbabit dalam kes samun dan curi ini. Mereka kini direman untuk siasatan lanjut.


“Hasil siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan mereka aktif melakukan kegiatan curi dengan menyasarkan pengguna tandas awam,” katanya.

Sabtu, 14 April 2012

Dibakar Hidup-Hidup Kerana Gagal Lahirkan Anak Lelaki


Dibakar Hidup-Hidup, Gagal Lahirkan Anak Lelaki
Lahore – Seorang ibu mati selepas dibakar hidup-hidup oleh keluarga mertuanya , ketika wanita berkenaan sedang menonton televisyen hanya semata-mata dituduh gagal melahirkan anak lelaki.
Dalam kejadian itu, Sobia Bibi, 25, ibu kepada seorang anak perempuan, telah dicurah petrol sebelum dibakar di rumah yang diduduki bersama keluarga suaminya itu.
Menurut pegawai penyiasat polis, Inspektor Muhammad Hussain, empat orang telah ditahan termasuk ibu mertuanya yang berusia 90 tahun.
Sobia dilaporkan mempunyai hubungan yang baik dengan suaminya, namun ketika kejadian, suaminya bekerja di Karachi.
Namun dia dilaporkan sering bergaduh dengan anggota keluarga mertuanya itu.
Sementara itu, kakak iparnya, Zahida Bibi dilaporkan telah mengaku melakukan jenayah berkenaan.
Jelasnya, cubaan kali pertama untuk membakar Sobia gagal selepas wanita itu melarikan diri dengan masuk ke dalam bilik, namun mereka berjaya membakarnya dalam cubaan kali kedua.
Dalam pada itu, bapa saudara mangsa, Muhammad Afzal berkata, Sobia sering didera oleh keluarga mertuanya itu dan dia dibakar sebagai hukuman kerana gagal melahirkan anak lelaki.
Menurut Afzal, ketika dia dan beberapa saudara mara yang lain memasuki rumah berkenaan, mereka terkejut selepas melihat tubuh Sobia yang rentung di atas sofa.
Ketika itu, keluarga mertua Sobia mendakwa wanita itu mati akibat terkena renjatan elektrik.