Isnin, 16 Julai 2012

Tak Dapat Anak Dara Wanita Hamil Pun Jadi , Subhanallah....



Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan reman bersabit kes dadah pada 6 Julai lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengaku pernah memperkosa seorang ibu hamil lima bulan yang ditemui mati, baru-baru ini.
Mangsa E Vally, 25, ditemui dalam keadaan mukanya berulat jam 3 petang di belakang sebuah stor besi di Jalan Rawang, Batu Arang, Sungai Dua, di sini, 5 Julai lalu.

Keputusan bedah siasat di Hospital Sungai Buloh turut mendapati mangsa dari Bandar Country Homes, di sini, mati akibat dijerut leher selain ada kesan air mani pada kemaluannya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek terbabit didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal air kencing yang dijalankan sebelum dia direman.


“Berikutan penahanan itu, pada Khamis lalu hasil soal siasat ke atas suspek mengaku terbabit dalam satu kes pembunuhan membabitkan seorang wanita hamil. Siasatan lanjut suspek mengaku memperkosa mangsa bersama tiga lagi rakannya.

“Suspek turut mendakwa seorang rakannya dikenali Jahat berusia 34 tahun menjerut leher mangsa menggunakan tali pinggang milik mangsa hingga mati,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mayat seorang wanita mengandung lima bulan ditemui dalam keadaan muka berulat di kawasan semak berhampiran sebuah stor besi di Batu 2, Rawang, dekat sini. Mangsa yang berusia 30-an ditemui jam 3 petang oleh sekumpulan pekerja kilang yang melalui kawasan berkenaan sebelum seorang daripadanya menghubungi polis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???