Ahad, 9 September 2012

Mayat bayi lelaki hampir reput dalam beg pakaian

Gambar Hiasan

Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam beg pakaian di Surau al-Falah, Danau Kota, Setapak di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Mayat bayi berkenaan ditemui seorang pelajar kolej yang datang ke surau terbabit untuk menyertai aktiviti gotong-royong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis yang menerima maklumat mengenai penemuan itu kemudian menjalankan pemeriksaan terhadap beg berkenaan.


“Pemeriksaan mendapati terdapat sekeping nota tertulis dalam bahasa rumi dan jawi yang berbunyi, saya.... meminta tolong pengurus masjid tolong urus anak ini.

“Turut ditemui bersama sepasang baju kurung kuning, lampin dan seluar panjang warna hitam,” katanya. Menurut Zakaria, berdasarkan keadaan mayat bayi berkenaan polis percaya bayi berkenaan berusia tujuh hari dan dipercayai sudah meninggal dunia dua hari lalu.


Difahamkan, ketika ditemui, mayat mangsa sudah reput di bahagian kepala, perut dan kemaluan selain mula berbau.


“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???