Jumaat, 8 April 2011
Bayi jantung di luar
JOHOR BAHRU : Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.
Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.
Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.
Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.
Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.
Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.
Berita Dari Kosmo : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp
Rabu, 6 April 2011
Telur ayam pun ada tiruan
GEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.
Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.
“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.
Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.
Selasa, 5 April 2011
How To Play Cube Rubik
Cube Rubik
Formula utk penyelesikan mslh Cube Rubik
- UI LI U L U F UI FI
- U R UI RI UI FI U F
- F RU RI UI FI
- R U RI U R U U RI
- U R UI LI U RI UI L
- RI DI R D
U = U TURN
L = LEFT
R =RIGHT F =FACE
D =DOWN
------------------------------------------------------
UI =U TURN
LI = LEFT
RI =RIGHT
FI =FACE
DI =DOWN
(ARAH LAWAN JAM )
klik link nie http://www.youtube.com/watch?v=IW_BBp3FPMQ&NR=1. utk melihat sendiri secara jelas mcm mna nk main cube dr awal hingga ianya selesai Mungkin permainan nie dpt mengisi masa lapang anda smua.Selamat mencuba.
Kluang Rail Coffee Samak Kedai
Kluang Rail coffee johor sudah dibuka Sejak 1938, mereka sudah berniaga di stesen keretapi daerah Kluang hampir 73 Tahun dan rata rata majoriti pelanggannya adalah umat Islam.
Penyebaran maklumat mengenai wujudnya kandungan babi (gelatin babi) dalam kopi dipremis tersebut telah memberikan kesan yang amat mendalam kepada banyak umat islam yang penah makan dan minum ditempat itu. ia telah mendatangkan kemarahan kepada ramai umat islam yang merasa diri mereka tertipu.
Pemilik Rail coffee telah mengambil langkah menyamak semua peralatan yang digunakan dikedai mereka. Jabatan Agama Johor (JAJ) beranggapan “Proses menyamak yang di buat premis berkenaan bertujuan membersihkan peralatan digunakan akibat terkena najis (gelatin babi) dan ia bukan sebahagian daripada proses memohon sijil halal,” kata Pengarah Jabatan Agama Johor (JAJ), Elias Hasran mengulas mengenai langkah pengusaha Kluang Rail Coffee mendapatkan khidmat JAJ menyamak peralatan digunakan di tiga premisnya serta sebuah lagi di Johor Bahru, Khamis lalu.
Premis itu disahkan menjual kopi mengandungi campuran bahan tulang belakang babi hasil ujian dilakukan Jabatan Kimia Johor, baru-baru ini, dan berikutan itu, Pengarah Kluang Rail Coffee, Lim Jit Tong meminta nasihat JAJ bagi menyamak.
Elias berkata, proses menyamak itu penting dalam hukum agama dan tidak boleh ditangguhkan memandangkan terdapat bahan campuran veterbrata (tulang belakang) haiwan yang memiliki kandungan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam tiga sampel serbuk kopi yang diambil di premis berkenaan pada 19 Januari lalu.
“Hasil laporan Jabatan Kimia, kami dapati ada 0.01 nanogram (NG) dalam tiga sampel serbuk kopi yang diambil iaitu daripada beg plastik kopi yang belum dibuka, sudah terbuka di dalam balang dan dan dalam bentuk uncang.
“Manakala bagi sampel mentega ia negatif bahan campuran babi, tetapi ada 0.04 peratus kandungan alkohol dalam sampel madu yang diambil.
“Bagaimanapun, hasil siasatan dan pemeriksaan kami dapati kandungan alkohol di dalam madu itu berlaku secara semula jadi dan dibenarkan,” katanya.
Menurutnya, campuran alkohol yang dibenarkan dalam minuman oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ialah 0.01 peratus dan jika alkohol sengaja dimasukkan, hukumnya haram untuk diminum.
Diharapkan selepas ini umat islam khususnya rakyat dimalaysia dapat berhati-hati dalam memilih tempat makan dan pastikan tempat makan yang mempunyai logo Halal sahaja yang anda masuki.kita haruslah menjadi pengguna yang bijak,janganlah kita mudah terpedaya dengan kafir-kafir laknatullah yang cuba menyesatkan kita.
Sabtu, 2 April 2011
Rasuah Membawa Padah,Pegawai Kastam Terkantoi Sudah !!
![]() |
| Gejala Rasuah |
PUTRAJAYA: Seramai 62 pegawai kastam pelbagai pangkat berusia antara 24 hingga 56 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak operasi besar- besaran bersepadu dikenali Ops 3b di lima pelabuhan seluruh negara, Isnin lalu.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, daripada jumlah itu 53 adalah lelaki manakala sembilan lagi wanita.
Beliau berkata, sehingga semalam, 17 masih direman manakala yang lain dibebaskan dengan jaminan. Pegawai kastam dari Pelabuhan Klang, Selangor paling ramai ditahan iaitu 48 orang.
“Hasil siasatan mendapati, ada pegawai mengaku menerima suapan antara RM100 hingga RM500 untuk setiap borang K1 iaitu borang pengisytiharan kastam sejak lima bulan lalu, malah ada yang mengaku pihak tertentu memasukkan RM10,000 setiap bulan ke dalam akaun dan kita mengesan tujuh transaksi dijalankan.
“Malah, kami turut menemui wang yang banyak dalam akaun pegawai, pelaburan amanah saham bernilai RM200,000 termasuk jam tangan emas,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Mustafar berkata, kelmarin SPRM turut menahan beberapa lagi pegawai dan menemui tiga beg wang tunai berjumlah RM625,250, selain lima jongkong emas bernilai kira-kira RM50,000 serta dua pistol tiruan dan 241 peluru.
Katanya, di rumah pengarah kastam yang masih ditahan reman, pihaknya menemui wang tunai bernilai RM65,000, mercun dan bunga api serta rokok kretek.
“Kita masih menyiasat harta dimiliki pengarah berkenaan kerana dalam beberapa akaun miliknya mempunyai ribuan malahan jutaan ringgi, ada yang berjumlah sehingga RM2.1 juta manakala satu akaun lagi RM500,000, semua itu masih dalam siasatan,” katanya.
Mustafar berkata, hasil operasi itu juga, SPRM mengesan lebih RM10 bilion diseludup dan dihantar ke luar negara secara haram.
Beliau berkata, fokus utama pelaksanaan operasi itu bagi mendapatkan kembali hasil pendapatan kerajaan serta membersihkan amalan rasuah di kalangan pegawai dan kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
Ia berikutan ada maklumat menyatakan pegawai kastam di pelabuhan seluruh negara meminta dan menerima rasuah daripada ejen penghantaran untuk mengurangkan duti kastam serta mempercepatkan proses Borang K1.
Operasi dilaksanakan di Pelabuhan Klang, Selangor; Pelabuhan Kuantan, Pahang; Pelabuhan Pulau Pinang; Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.
“Usaha kita adalah mendapatkan kembali pendapatan kerajaan yang boleh diberikan semula kepada masyarakat. Kerajaan kehilangan berbilion ringgit disebabkan amalan ‘tangan kotor’ yang dilakukan pihak tertentu,” katanya.
Berita Dari Harian Metro : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SPRMtahan62pegawaikastam/Article/index_html
1 MALAYSIA!!
Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.
Benci lihat muka anak
MUAR: Disebabkan wajah seiras ayah dan hubungan akrab dengan bapa yang sudah bercerai dengan ibu, seorang lelaki mendakwa hidup penuh kesukaran apabila dikhianati ibunya hingga perniagaan diusahakannya gulung tikar.
“Aku benci melihat muka kau, kau bukan anak aku dan aku tak akan ampunkan dosa kau dunia akhirat.” Itu antara ungkapan yang dihamburkan si ibu kepada lelaki berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azli dari Sungai Abong, di sini.
Menurutnya, dia disisihkan ibunya sejak berusia 12 tahun kerana wajahnya seiras ayahnya yang amat dibenci wanita berkenaan sejak mereka berpisah.
“Selain ibu, abang juga bencikan saya dan sering memukul saya. Berikutan itu, saya meninggalkan rumah ketika berusia 13 tahun.
“Saya sangka masalah selesai, namun ibu masih berdendam dan melakukan pelbagai tindakan yang menyusahkan hidup saya hingga sekarang,” katanya.
Azli berkata, dia pernah bekerja dengan sebuah firma guaman di negeri ini kira-kira tiga tahun lalu, namun diberhentikan tiba-tiba dan mendakwa ia disebabkan fitnah ditabur ibunya.
Sejak itu, dia bertekad bekerja sendiri dengan menubuhkan syarikat perniagaan berasaskan rempah dan usahanya itu membuahkan hasil.
Bagaimanapun, kejayaan yang dikecapinya hanya sementara kerana Azli mendakwa, ibunya yang berusia 50-an sekali lagi menabur fitnah kononnya rempah ratus yang dihasilkannya menggunakan bahan terlarang seperti serbuk kayu dan pewarna berlebihan.
Fitnah itu sampai ke pengetahuan pihak berkuasa dan akibatnya, serbuk rempah kurma dan kari keluaran syarikat Azli dilarang dipasarkan sejak setahun lalu.
“Berikutan itu, saya sekali lagi berdepan kesukaran, malah seorang demi seorang pekerja berhenti kerja tanpa sebab munasabah.
“Fitnah dilontar ibu terhadap saya terlalu kejam hingga saya pernah menerima kata-kata kesat daripada pekerja sendiri, malah saya juga dituduh menggunakan bomoh untuk mengahwini isteri serta tidak bertanggungjawab kepada keluarga,” katanya.
Selepas kilang diusahakannya ditutup, Azli kini hidup kesusahan dan berniaga kecil-kecilan dengan menjual makanan di sebuah gerai di bandar ini sejak beberapa bulan lalu.
Menurut Azli, walaupun ibunya berterusan menghinanya, namun dia masih memberikan wang saku setiap bulan selain menjaga makan dan pakai wanita berkenaan.
Pada masa sama, perkahwinan Azli dengan gadis tempatan berusia 24 tahun kira-kira dua tahun lalu turut tidak mendapat restu ibunya.
“Pada Aidilfitri lalu, saya dan isteri pulang ke rumah ibu, namun kami hanya dibenarkan berada di luar rumah,” katanya.
Menurutnya, bagaikan dalam babak filem Ibu Mertuaku lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, ibunya mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat selain mengugut dengan ungkapan “Aku tak akan ampunkan dosa kau dunia akhirat.” Menurut Azli, ibu dan ayahnya bercerai akibat salah faham selepas kelahiran adik bongsu mereka (adik Azli) yang kini berusia 16 tahun dan ayahnya kini sudah berkahwin lain.
Berita dari HARIAN METRO: http://www.hmetro.com.my/articles/Bencilihatmukaanak/Article
Khamis, 31 Mac 2011
Perjalanan Kehidupan 1/4/1988 - 1/4/2011
Hari Jumaat bertarikh 1/4/2011. ari nie hari jd sy yg ker 23 Tahun.pejam celik kejab jer rsenya umo sy nie dh besar mcm xpuas jer nk jd bdk kecik.nk thu x knpa sy ltk gmbr kain putih kt atas tu ? sbnrnya sy nk ajak kita smua berfikir.kita smua lahir kt dunia nie mcm kain puith yg bersih dan suci tanpa kotoran. wah2... ayat mcm ustazahlh plak.he3.... apa yg kita nk corak kt kain tu smua terpulang pd ibubapa kita so skrg emak sy sudah mencorak sy menjadi seperti yg sekarag nie.
Seronoknya jd ros putih dhlh cantik wangi lg tu smua org ske.agaknya adakh hdop kita nie skrg mcm ros putih tu ??? fikir2lh dan selamat beramal.he3....
Nie gmbr time sy sekolah Tabika Kemas kt Kg Palembang Baru Kluang Johor.kami smua skrg dh bawak haluan sendiri.masing2 ada kerjaya sendiri... harap ko org smua berjaya dengan apa yg ko org buat dan diredoai allah swt hendaknya.amin...
kalau pndai cubalh cr hah!! sy yg mna satu,malu plak nk tunjuk .
Inilh org yg yg telah membesarkn sy dr kecik smpai besar.dialh yg menjaga sy time sy sakit.klau sy mintk apa2 tp mk sy tak bg sy suka merajuk gn mk sy nnti mk sy fhm2 jerlh... apa ank dia nie nk.wlau pun kadang2 sy wt mk sy nangis.tp ati sy pun sedih tau!! nnti sy pun nangis jgk tp sy tak tunjuk depan mk sy so sy sorok dlm bilik.mk sy nie baik sgt2 sebab tu sy syg mk sgt2.sy xske kalau org kutuk2 family sy tau! so kalau nk kutuk2 jgn kt sy depan sy ok,klau nk nasihat tu tak per.
Dia nielh kwn yg paling sy rapat dr kecik smpailh besar.dia skrg tgh bljr kt ganu nk jd cikgu.sy plak kje kt UNIQUECHANGE SDN BHD ( INTERNATIONAL REMITTANCE SERVICES ).Minat kami tak sma so sy tak blh jd mcm dia n dia pun tak blh nk jd mcm sy.tp apa2 pun kita org tetap kwn baik smpai akhir hayat kita org.tulh jnji sy... dlu msa kita org kecik2 time raya pnh bju raya kte org sma dh org ingt kita nie adik beradik.he3....
Skrg mcm nielh sy,dr msa kecik yg comot kpd yg comey skrg.he3... (perasaan lebih ).hope apa yg sy harapkn n impikan akan menjd kenyataan.amin... doakn sy ok!!
umo dh bsr fikirn pun kenalh dewasa life must be change so pd siapa yg ada sakit ati kt sy dr kecik smpai dewasa hope dpt mfkn sy cz sy nie pun manusia biasa yg tak lari dr wt silap.
doakanlh yg terbaik tok sy.
Sekian,wasalam...
Langgan:
Catatan (Atom)














