Jumaat, 17 Jun 2011

** Senarai Laman Web Yang Telah Digodam Anonymous **





Difahamkan bahawa kumpulan hacker bertaraf dunia ni akan menyerang portal kerajaan malaysia pada hari rabu 7.30 pm atau khamis 3.30 pagi waktu tempatan. Serangan siber tersebut dinamakan sebagai “Operation Malaysia”. Selain daripada propaganda, hacker anynomous ni juga meninggalkan mesej atau pesanan video kepada kerajaan malaysia mengenai misi serangan siber ke atas portal rasmi kerajaan malaysia. Berikut adalah video daripada kumpulan hacker berkenaan.






Rabu, 15 Jun 2011

** Gadis Dirogol Bergilir-gilir **





Seorang pemuda merogol teman wanitanya sebelum menyerahkan mangsa untuk dirogol secara bergilir-gilir oleh adiknya dan seorang rakan mereka dalam kejadian di pinggir bandar ini minggu lalu, ditahan polis di flet sewaan dekat Taman Perling di sini, malam kelmarin.

Dua beradik terbabit masing-masing berusia 24 dan 22 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, yang menyerbu flat yang terletak di tingkat empat perumahan dekat Jalan Camar 14, Taman Perling, kira-kira jam 10.30 malam.
Ketika serbuan, dua beradik terbabit yang dikatakan sedang memasak, cuba menyembunyikan diri tetapi tidak berhasil kerana polis sudah mengenal pasti kedudukan mereka di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak, berkata kedua-dua mereka kini berada dalam tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“Polis juga sudah mengenal pasti identiti dan sedang memburu seorang lagi rakan suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian rogol terbabit,” katanya.

Difahamkan, dalam serbuan itu, polis merampas tilam, bantal, cadar serta pakaian dalam dua beradik terbabit untuk ujian forensik bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Dua beradik terbabit yang berasal dari Kota Tinggi, dikatakan menyewa flet berkenaan berikutan bekerja di sekitar bandar ini sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Khamis lalu, mangsa berusia 18 tahun berasal dari Pasir Gudang itu, menjadi mangsa rogol selepas keluar bersiar-siar dengan membonceng motosikal teman lelakinya, sebelum dipujuk datang ke rumah suspek.

Setibanya di flet sewaan teman lelakinya, gadis itu dipaksa masuk ke dalam bilik suspek sebelum diarah menanggalkan pakaiannya.
Remaja berkenaan pada mulanya enggan mengikut arahan suspek terpaksa akur kerana ketakutan apabila suspek memaksa dan mengugut akan mencederakan serta meninggalkan mangsa sekiranya tidak mahu mengikut kehendaknya.

Suspek kemudian mengambil kesempatan merogol mangsa sebanyak tiga kali sebelum mangsa diserahkan kepada adiknya dan seorang lagi rakan mereka yang menunggu untuk melakukan perbuatan sama secara bergilir-gilir.

Selepas dikurung dalam bilik berkenaan beberapa jam, teman lelaki mangsa kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta pada jam 1 pagi pada Jumaat.

Mangsa mengadu kejadian itu kepada ibunya sebelum dibawa untuk membuat laporan di Balai Polis Pasir Gudang.

Selasa, 14 Jun 2011

** TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH LENGKAP **












Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”- Riwayat Thabrani

8  )Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.


Isnin, 13 Jun 2011

** TIPS PERANCANGAN PERKAHWINAN **

Untuk memudahkan bakal pengantin membuat persiapan,perlu ada perancangan yang teliti dan rapi agar majlis dapat berlansung dengan lancar, Di sini akan memaparkan panduan yang mudah untuk bakal mempelai membuat perancangan majlis perkahwinan mereka.

12 BULAN SEBELUM
* Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu nikah.
* Mengatur bajek yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
* Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel,dewan atau rumah.
* Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau buffet.

11 BULAN SEBELUM
* Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
* Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan.
* Mengintai-intai pakaian perkahwinan.
* Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dan lain-lain.

10 BULAN SEBELUM
* Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara.
* Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis.
* Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajek.

9 BULAN SEBELUM
* Mengumpul nama tetamu.
* Pilih katering atau masak sendiri, Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakan kesulitan di masa akan datang.
* Pilihan jurufoto & juruvideo.

8 BULAN SEBELUM
* Menempah lokasi dan tarikh majlis, (Khusus untuk dewan & hotel)
* Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir.

7 BULAN SEBELUM
* Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori.
* Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin.
* Memilih jurusolek.

6 BULAN SEBELUM
* Mula menempah kad perkahwinan.
* Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam.
* Menjalani ujian darah/HIV.

5 BULAN SEBELUM
* Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit,menyedang pakaian)
* Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan,kek pengantin,bunga pegang, penghias majlis)
* Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri.

4 BULAN SEBELUM
* Pilih cincin kahwin.
* Menyiapkan gubahan hantaran(sama ada membuat sendiri atau menempah)

3 BULAN SEBELUM
* Memastikan kelengkapan P.A sistem lengkap seperti deejay, iringan lagu dan sebagainya.
* Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.

2 BULAN SEBELUM
* Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu.
* Bersama bakal pasangan menyedang pakian supaya nampak anggun di hari bersejarah.
* Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan)

SEBULAN SEBELUM
* Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu,sauna)
* Pastikan cincin dalam ukuran yang betul.
* Pastikan segala tempahan pelamin, juru solek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar.
* Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara dan kasut.
* Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda.Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik.

3 MINGGU SEBELUM MAJLIS BERLANSUNG
* Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.
* Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis.

SEMINGGU SEBELUM.
* Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan.
* Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
* Hindari konflik, tenangkan hati.

DI HARI PERKAHWINAN.
* Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
* Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari.
* Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.

** Luahan Hati Seorang Suami **









INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.


Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.


Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih.


Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri. Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain. Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.


Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya.


Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.


Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu.


Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia.


Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.


Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya.


Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati... sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi.
Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya.


Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati.


Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.”


Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja.


Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya.
Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua.


Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”






Rujukan : Klik SINI

Isnin, 6 Jun 2011

** JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG **

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.........



** Klik Banner Untuk Join **

Ada saper-saper tak nak tukar-tukar Link dengan sy boleh jugak kita eratkan hubungan silaturahim,insyallah.... kalau awk suka nk tukar Link bolehlah tinggalkan link awk kat ruang komen di bawah insyallah saya akan lawat blog awk yang semestinya menarik tu !!! kalau awk berkenan untuk join contest abang ben nie macam saya awk bolehlah lawak link INI



Ahad, 5 Jun 2011

** Bila Gambit Dah Bersuara ,Mak oiii Takutnya !!!! **





     


Komen Gambit Saifullah


          “Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip video berbaur seks.

Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan mengghairahkan.

Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.

“Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.


“Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk menilai sama ada menerimanya atau tidak,” katanya.



Aku Pun Nak Komen Jugak !!!

     Gambit dah bersuara,takutnya aku!!!! huahuahua.... nak komen pasal video tu biarlah yang logik cikit cik abang oiii . otak aku macam tak boleh nak terimalah jawapan kau tu!! kata video tu "mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula. " aku ada banyak soalan nak tanya kau nie... kau dah berumah tangga ker ??? kalau laki bini tengah bergaduh yang bini memang kena pakai baju macam tu ker ??? pastu kena joget2 kat depan laki dia macam tu hah ??? Ooooo... baru aku tahu .apa-apa pun thanks lah cik abang gambit hah!!! cz dah buat video sampah  macam tu lepas nie confrim aku tak nak tengok lagi.

Takperlh gambit kau buat video tu untuk orang Amerika Syarikat hah!!! suka hati engkaulah gambit oii..... aku pelik dan ajaiblah orang Amerika Syarikat tu faham ker bahasa melayu ??? aku rasa dia orang pun tak berkenan nak tengok video kau tu!! nak tahu tak sebab apa ?? cz video kau tak best pun.Sekian Terima Kasih .......


" Kurangkan Kontroversi Dan Tingkatkanlah Prestasi "


AMARAN

"Saya Bebas Untuk Bersuara !!! Jangan Marah Saya "