Rabu, 27 Julai 2011

New York Benarkan Kahwin Sejenis



NEW YORK – Kebanyakan rakyat di sini gembira dengan perkahwinan sah sejenis di negara itu, kata wakil peguam, kaunselor perkahwinan dan ejen insurans.
New York menjadi negeri ke enam membenarkan perkahwinan sejenis dijangka menimbulkan perasan bangga terhadap pasangan sejenis yang mencari golongan profesional yang menawarkan servis berkaitan perkahwinan.
Ia adalah satu pembaharuan yang dibawa khusus untuk mereka yang ingin berkahwin dengan pasangan sejenis.
“Sepanjang berkhidmat sejak 1988 … Saya tidak pernah menemui pelanggan yang mahukan perkhidmatan seperti ini,” kata peguam perkahwinan di Bandaraya New York, Lois Liberman.

Selasa, 26 Julai 2011

Duit syiling baharu mulai 1 Januari 2011







          Selepas 20 tahun, Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan siri ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada 1 Januari 2012. 
Siri ketiga duit syiling tersebut adalah bagi denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz berkata, duit syiling tersebut akan menggantikan duit syiling sedia ada dan ia adalah lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang menggunakannya.

''Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan lebih baik bagi mengelakkan pemalsuan.
''Sementara itu, duit syiling sedia ada akan dikeluarkan dari pasaran secara beransur-ansur bagi memudahkan semua pihak termasuk vendor dan mereka yang menguruskan mata wang.

''Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu itu,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengeluaran duit syiling peringatan untuk siri ketiga duit syiling baharu Malaysia di sini hari ini.
Zeti berkata, pada bulan September ini, siri keempat wang kertas turut akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Pengumuman lanjut mengenai wang kertas siri keempat itu akan dibuat pada bulan September dan ia turut memperkenalkan ciri-ciri keselamatan baharu,'' katanya.
Tambah Zeti, ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk syiling baharu ini.
''Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

''Ia didatangkan dalam warna kuning dan perak mempunyai sisi tepi berbeza-beza bagi membolehkan orang ramai dan mereka kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling tersebut.
''Manakala logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling itu adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama,'' jelasnya
.

Reka bentuk duit syiling baharu itu bagi bahagian hadapan motif denominasi syiling lima sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan 14 titik melambangkan 13 belas negeri serta Wilayah Persekutuan dan motif syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar bagi mewakili lima prinsip rukun negara.
Bahagian belakang pula bagi kesemua duit syiling memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, tahun penempaan, nilai muka duit dan perkataan Bank Negara Malaysia.

Sementara itu, motif bagi setiap denominasi adalah seperti berikut, 50 sen menunjukkan sulur kacang, 20 sen bunga melur, 10 sen motif Orang Asli dan 5 sen dengan Destar Siga.
BNM telah mengeluarkan set syiling peringatan sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10 bagi setiap set.
Duit syiling peringatan itu akan mula dijual oleh BNM esok di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.




Isnin, 25 Julai 2011

Perodua MPV Alza










       Tanggal 23 November 2009, Perodua MPV Alza dilancarkan secara rasminya. Model ini adalah adaptasi daripada Daihatsu Boon Luminas / Toyota Passo Sette yang telah menjadi bualan sejak hampir setahun yang lalu.


Perodua Alza 1.5L Standard M/T Perodua Alza 1.5L Premium M/T Perodua Alza 1.5L Standard A/T Perodua Alza 1.5L Premium A/T
Solid – RM55,490 Solid – RM60,490 Solid – RM58,490 Solid – RM63,490
Metallic – RM55,990 Metallic – RM60,990 Metallic – RM58,990 Metallic – RM63,990
S. Metallic – RM56,190 S. Metallic – RM61,190 S. Metallic – RM59,190 S. Metallic – RM64,190
Perbandingan harga diantara varian Perodua MPV Alza

Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut Sila Klik harga Perodua MPV .semua tentang kereta perodua ada di web itu.





Perodua MPV Alza – Pandang Sisi

Perodua MPV Alza – Pandang Belakang

Perodua MPV Alza – Pandang Depan

Perodua MPV Alza – Pandang Sisi

Perodua MPV Alza – Sistem Meter
Perodua MPV Alza – Penanda Aras Minyak
Perodua MPV Alza – Papan Pemuka
Perodua MPV Alza – Konsol Gear Di Depan
Perodua MPV Alza – Pandang Dalam
Perodua MPV Alza – Kotak Sistem Audio
Perodua MPV Alza – Kunci dan Sistem Anti-Kecurian
Perodua MPV Alza – Sistem Audio
Perodua MPV Alza – Konsol Gear
Perodua MPV Alza – Konsol Gear di depan


Ahad, 24 Julai 2011

Undang-undang syariah tidak benar lelaki tukar status jantina






       Tiada peruntukan dalam undang-undang syariah yang membenarkan lelaki menukar status kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya.
Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain berkata, ini kerana undang-undang syariah yang ada adalah kepada berdasarkan hukum syarak iaitu ketetapan dalam Islam yang bukan ditentukan manusia, sebaliknya oleh Allah menerusi al-Quran serta hadis Nabi.

“Disebabkan itu, dalam mana-mana negara Islam sekalipun, undang-undangnya tidak ada pengiktirafan bagi golongan pondan.


“Pengiktirafan dalam Islam hanya sebagaimana termaktub bahawa Allah SWT hanya mencipta dua golongan manusia iaitu lelaki dan perempuan dan tidak wujud istilah pondan,” katanya.

Menyentuh mengenai isu lelaki yang ingin menukar status kepada perempuan atau dipanggil pondan, ia tidak dibolehkan serta tidak diluluskan syariah kerana hukum berkenaan sudah jelas, dan tiada istilah bahawa ada kelompongan atau kekurangan undang-undang.


“Undang-undang syarak adalah lengkap, jadi mana-mana manusia memang tidak boleh mengubah undang-undang Allah ini.



“Jika melanggarnya, bermakna kita cuba mengubah sesuatu yang sempurna dan sudah ditetapkan atau lebih tepat, mengubah hukum Allah,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Zaidi berkata, penukaran status jantina itu hanya dibolehkan kepada golongan ‘khunsa’ iaitu individu yang dilahirkan dengan dua alat kelamin lelaki dan wanita.



Namun, ia masih perlu disahkan oleh pakar perubatan menerusi pemeriksaan secara lanjut mengenai hormon dalam diri individu terbabit bagi mengenal pasti ia lebih kepada lelaki mahupun perempuan.

“Jika pemeriksaan perubatan membuktikan diri seseorang itu sebenarnya lebih cenderung kepada hormon wanita serta dengan fungsi anggota dalam badannya lebih kepada anggota dalaman wanita, tidak ada sebab pula penukaran status itu tidak diluluskan.


“Yang utama adalah, bukti itu bukan berdasarkan kenyataan lisan, sebaliknya dengan bukti bertulis hasil pemeriksaan lanjut pakar perubatan dan hanya dengan itu satu keputusan lain boleh dicapai,” katanya.

Tubuh Dijamah 2 Lelaki





        Pengalaman hitam terpaksa ditempuh seorang janda apabila tubuhnya ‘dijamah’ dua lelaki di kawasan sunyi di Teluk Kumbar, awal pagi kelmarin.
Lebih menyedihkan, kejadian berlaku dalam kereta milik seorang daripada empat lelaki yang mulanya berniat menghantar mangsa pulang selepas keluar berhibur di sekitar Queensbay, dekat sini.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsaberusia lewat 20-an keluar berhibur bersama empat rakan lelaki dan dia mengenali seorang daripada mereka.


Menurut sumber, semua mereka dalam keadaan mabuk dan mangsa dibawa kumpulan lelaki itu di sekitar kawasan sunyi, dipercayai tapak perkuburan Cina.

“Sebaik sampai, mangsa pada mulanya dirogol kenalan lelakinya dalam kereta Myvi milik lelaki terbabit.


“Wanita itu sekali lagi dipaksa mengadakan seks dengan seorang lagi lelaki dan ia juga berlaku dalam kenderaan terbabit,” katanya.



Menurutnya, mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Barat Daya.

Timbalan Ketua Polis Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa.




“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan seorang suspek berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.


Pulangkan Duit Mek Wook Kundor RM34000 !!



        Hanya dua harapan ditagih pasangan Mek Wook Kundor, 108, bersama suaminya, Mohd Noor Musa, 39, iaitu agensi pelancongan yang menganjurkan pakej umrah kepada mereka memberi peluang kedua untuk menunaikan haji tahun ini atau mengembalikan wang berjumlah RM34,000.

Mohd Noor berkata, dia terkilan tindakan agensi terbabit yang bersikap ‘lepas tangan’ hingga mereka berdua terpaksa pulang ke Kampung Chat Rimau, Tanah Merah untuk menenangkan fikiran.


“Saya tidak menolak mungkin kenyataan saya di sebuah akhbar baru-baru ini mengenai hasrat kami untuk tinggal di Makkah selama empat bulan menjadi punca permohonan visa kami tidak dikeluarkan.
“Sedangkan saya menjawab atas dasar niat saja, tetapi tidak tahu pula menjadi kesalahan di pihak sana (agensi pelancongan) hingga hajat kami terhalang sama sekali.


“Akibatnya kami terpaksa pulang dengan hampa meskipun persediaan sudah dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Katanya, lima bulan lalu dia dan isteri mendaftarkan diri untuk menunaikan umrah sebelum bertemu seorang ejen pelancongan dekat Pasir Tumbor, di sini.
“Kami tertarik untuk ke sana (Makkah) dan membayar kira-kira RM34,000. Semua wang itu hasil simpanan isteri (Mek Wook) sejak sekian lama, selain beribadat kepada Tuhan berikutan usianya semakin meningkat.


“Bagaimanapun, harapan untuk ke sana semakin kabur selepas insiden itu berlaku. Memang mereka tidak menipu kami, tetapi tindakan mereka menyebabkan kami dalam dilema,” katanya.

Mohd Noor yang menikahi Mek Wook pada 2006 berkata, besar harapan mereka untuk ke sana, selain luahan isterinya sejak mereka diijab kabul dan akan ke Makkah jika wang dikumpulkan mencukupi.


“Sebagai suami, saya mahu hajat isteri termakbul ketika umurnya masih panjang. Bila ini berlaku, saya rasa bersalah dan tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepadanya yang semakin hari semakin uzur.


“Hanya harapan saya, beri kami peluang untuk ke sana. Disebabkan kegagalan untuk ke Makkah, fikiran saya menjadi tidak tenteram,” katanya.


Katanya, sehingga kini agensi berkenaan belum menghubunginya sejak pulang dari Kuala Lumpur ke Tanah Merah pagi kelmarin, termasuk memberi penjelasan atau memulangkan wang mereka.


“Sekarang ni macam-macam saya terpaksa fikirkan, kesihatan isteri, hasrat berdoa di Makkah untuk dijauhi dmasalah, melaporkan diri di balai polis berikutan masih di bawah pengawasan,” katanya.


Harian Metro melaporkan mengenai perasaan terkilan Mohd Noor dan Mek Wook berikutan tidak dapat menunaikan umrah ke Makkah tanpa sebab musabab, walaupun membayar wang RM34,000.


Lebih memilukan, pasangan suami isteri itu hanya diberitahu tidak boleh mengikut rombongan menunaikan umrah ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam sebelum ahli kumpulan lain berlepas jam 9.30 pagi semalam.


Sementara itu, usaha wartawan Metro Ahad untuk menghubungi individu yang menguruskan pakej umrah kepada pasangan berkenaan gagal berikutan sudah berangkat ke tanah suci bersama rombongannya, Khamis lalu.


Perkara itu disahkan anak kepada wakil agensi itu, selain tidak tahu mengenai kegagalan Mek Wook dan suaminya menunaikan umrah ke Makkah.

Lantaran cinta, songsang




      Hanya kerana mahu memenuhi tuntutan nafsu dan naluri semasanya selain dorongan teman lelaki yang kononnya sanggup berkongsi hidup sepanjang hayat, seorang lelaki nekad membuang alat kelaminnya di Thailand kira-kira 25 tahun lalu demi cinta terhadap kekasih songsangnya.
Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cinta Mohd Qairun Abidin, 47 (bukan nama sebenar) tersekat di tengah jalan dan kini dia mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan berlaku kepadanya, terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput ajal.

“Tiada kesudahannya. Selepas menanggung derita pembedahan demi kekasih, kita dikecewakan dan akhirnya hilang tujuan hidup yang boleh membuatkan kita hilang pedoman hingga cuba bertindak di luar batas agama kerana ingin bunuh diri.


“Tindakan melakukan pembedahan jantina biasanya berlaku akibat desakan naluri atau pihak ketiga kononnya kerana cinta, tetapi saya percaya dorongan pihak ketiga lebih kuat daripada naluri seseorang individu dan akhirnya individu itu akan menanggung derita sendirian,” katanya yang mengubah jantina melalui pembedahan.

Mohd Qairun atau dulunya dikenali sebagai Baby@Katie yang masih mempunyai nama lelaki pada kad pengenalannya mendakwa, pembedahan dilakukannya banyak mengubah cara hidupnya kerana membawa kebahagiaan, namun ia hanya bersifat sementara.


“Mungkin itu yang dikatakan kemewahan dan kesenangan dunia kerana saya akhirnya hanya memperoleh keseronokan sementara... betapa tidak, ketika itu saya menjadi pujaan ramai, malah memiliki teman lelaki yang berjanji sehidup semati.


“Namun bila kita sudah ‘berkedut’, semua janji tinggal janji dan akhirnya derita hidup ditanggung sendiri. Ketika itu segala sesalan tidak lagi berguna, kepada siapa kita hendak mengadu, kepada keluarga? Mereka juga dicerca masyarakat kerana tindakan saya. Akhirnya, kepada rakan ‘sealam’ juga saya kembali,” katanya.

Menceritakan keperitan hidup selepas menjadi ‘isteri’, Katie berkata, dia dan teman lelakinya tinggal sebumbung hampir 15 tahun dan sepanjang hidup bersama, kehidupan bersama seorang pengusaha restoran itu bahagia.



“Saya dibelikan kereta, dibawa berjalan ke luar negara dan diterima oleh sebahagian besar ahli keluarganya, malah dia menanggung pembedahan dan perbelanjaan harian saya.

“Memang ketika itu ada perkhidmatan pembedahan murah berhampiran sempadan Thailand iaitu di Hat Yai, tetapi ia disediakan secara haram.


“Kerana mahu pembedahan secara sah, saya terpaksa melakukannya di Bangkok, Thailand yang lebih murah berbanding di Singapura,” katanya.


Menurutnya, hampir setahun dia menderita akibat pembedahan, terutama ketika membuang air, namun semuanya diatasi dengan belaian dan kasih sayang diberi kaum sejenis hinggalah dia benar-benar pulih daripada kesan pembedahan.


“Ketika itu saya tidak menyesali tindakan membuang alat kelamin, malah bangga kerana mampu memiliki insan yang benar-benar menyayangi saya dan menjamin masa depan, namun kami masih menghadapi masalah untuk berkahwin akibat masalah dokumentasi dan konflik agama.


“Pernah kami cuba kahwin di luar negara tetapi dihalang keluarga, menyebabkan kami nekad untuk terus hidup bersama tanpa ikatan, namun panas yang disangka hingga ke petang tidak menjadi apabila teman lelaki mula beralih arah kepada orang lain yang juga pondan.


“Selepas 10 tahun kami bersama dan melakukan apa saja untuknya, saya ditinggalkan begitu saja, mengakibatkan saya terpaksa kembali bergelumang dalam dunia mak nyah jalanan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, ‘kerjaya’ di lorong gelapnya tidak lama apabila dia mula beralih arah ke bidang lain, iaitu bidang perhotelan yang diteruskan sehingga sekarang.


“Mana tahan ketika itu, hampir setiap hari saya ditahan pihak berkuasa, namun ada ketikanya saya terlepas tindakan apabila mengaku sebagai wanita.


“Malah, ada anggota polis meminta maaf kepada saya kerana berkasar kerana menyangka saya wanita, namun ada kalanya saya tertangkap jika kad pengenalan saya diteliti,” katanya.