Jumaat, 5 Ogos 2011
Baby Kepala putus ketika lahir
Panik apabila bayi luar nikah yang dilahirkannya berada dalam kedudukan songsang, seorang wanita nekad menarik kaki bayi itu sehingga menyebabkan bahagian kepalanya terputus.
Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang berusia 24 tahun bertambah panik lalu membuang mayat bayi baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di tingkat bawah rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Sri Lanang, dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 6 petang Selasa lalu ketika wanita terbabit yang hamil enam bulan melahirkan bayinya bersendirian.
Menurutnya, selepas mengalami pendarahan akibat melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan seorang diri, wanita terbabit kemudian menghubungi ibunya.
“Ibunya kemudian membawa wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 9 malam hari sama. Ketika menerima rawatan, doktor mendapati dia baru bersalin dan mengesyaki ada yang tidak kena lalu terus membuat laporan polis,” katanya.
" JANGAN SENTUH SAYA "
“Kita akan begini selamanya...tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!” Demikian tegas seorang isteri yang membuat ‘kejutan malam pertama’ kepada pengantin baru, Mazlan Mustaffa sejurus melangsungkan pernikahan, awal Jun lalu.
Berikutan itu, Mazlan, 26, berkata perkahwinannya hanya bertahan dua minggu apabila isteri pulang ke rumah mentuanya dan tidak pulang ke pangkuannya sehingga hari ini.
“Saya anggap ia dugaan Tuhan di bulan Ramadan dan akan menempuhinya dengan sabar. Bagaimanapun, saya akan failkan tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap isteri sebanyak RM30,000 kerana berasa dianiayai,” katanya.
Mengimbas kisah perkahwinannya, Mazlan yang berniaga pasar awam Padang Matsirat, Pulau Langkawi, Kedah, berkata perkenalan dengan isterinya diatur seorang kenalan ibunya Disember tahun lalu dan ia berterusan ke jenjang pelamin selepas direstui keluarga kedua-dua pihak.
Gembira untuk menamatkan zaman bujangnya, Mazlan membelanjakan lebih RM12,000 wang simpanannya untuk menjayakan dan menanggung sepenuhnya majlis kenduri sebelah pengantin perempuan, selain belanja kenduri di sebelah pihaknya.
Rabu, 3 Ogos 2011
Khairul Fahmi Che Mat Pulang cincin
Kontroversi putus tunang penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, hampir menemui noktah apabila hero Harimau Malaya itu mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunangnya dalam masa terdekat.
Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala urusan dilakukan mengikut adat Melayu termasuk menyerahkan semula cincin pertunangan yang bakal disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, kata Khairul Fahmi, dia tidak turut serta ketika urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia beberapa minggu bagi menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.
“Saya sudah meminta keluarga angkat di Kuala Lumpur menyerahkan cincin pertunangan yang saya terima mengikut adat Melayu sebagai tanda tiada lagi ikatan pertunangan. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi masalah lain kerana saya mahu ia diselesaikan secara baik.
“Penyerahan cincin akan dilakukan dalam masa terdekat namun malangnya saya tidak berada di sini kerana terpaksa menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik di Slovakia,” katanya ketika di temui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, malam kelmarin.
14 motor 3 kereta dibakar kerana khianat
Tiga kereta dan 14 motosikal terbakar dipercayai perbuatan khianat dalam kejadian di Pangsapuri Sri Kota, Bandar Tun Razak, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, penduduk berusaha memadamkan kebakaran hampir 10 minit sementara menunggu pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian.
Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Halijah, 57, berkata, dia dengar jeritan daripada anaknya memberitahu ada beberapa motosikal terbakar.
“Ketika itu, saya baru bangun bagi menyediakan juadah bersahur. Saya kemudian hubungi bomba sebelum memberitahu jiran tetangga,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, bomba menerima panggilan kecemasan jam 4.15 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.
“Satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak ke tempat kejadian dan sebaik tiba, kami mendapati penduduk berjaya mengawal api dan kami mengambil masa selama 10 minit memadamkan kebakaran sepenuhnya,” katanya.
Menurutnya, daripada tiga kereta yang terbakar, hanya satu yang musnah manakala 13 daripada 14 motosikal berkenaan hangus sama sekali.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, kes berkenaan dipercayai perbuatan khianat dengan api dan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK).
Abby takut nangis
“Saya masih tidak tahu sama ada saya perlu datang atau tidak ke majlis perkahwinan Norman dan Memey. Saya masih berbelah bagi untuk hadir kerana saya takut saya akan menangis dan merosakkan majlis mereka,” kata pelakon, Abby Abadi, 33, yang juga bekas isteri kepada pelakon, Norman Hakim, 35, (gambar).
Abby berkata, sehingga kini dia masih belum mahu memberikan sebarang kata putus sama ada mahu menghadiri majlis yang digelar ‘wedding of the year’ itu selepas memberitahu emosinya akan terganggu dan pasti menitiskan air mata sekiranya melihat persandingan bekas suaminya bersama Memey Suhaiza, 23.
“Saya sudah maafkan mereka, saya tidak mendendami mereka lagi dan tidak cemburu melihat kebahagiaan mereka. Tetapi sekiranya saya hadir ke majlis itu nanti, saya yakin saya akan titiskan air mata seterusnya merosakkan detik bahagia mereka,” katanya.
Norman dan Memey dijadualkan bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh, Mersing, Johor iaitu rumah pengantin perempuan manakala majlis persandingan pada 28 September di sebuah hotel dengan tajaan sebanyak RM12 juta.
Menurut Abby, dia turut menyangkal satu laporan media kononnya dia menerima kad undangan daripada Norman dan Memey untuk hadir ke majlis resepsi pasangan itu.
“Saya tidak tahu menahu mengenai jemputan itu dan tidak menerima sebarang kad jemputan untuk hadir ke majlis perkahwinan terbabit,” katanya.
Selasa, 2 Ogos 2011
Norman Hakim-Memey Suhaiza Bebas Tuduhan Khalwat
Selepas 3 tahun menanti, akhirnya pasangan pelakon Norman Hakim dan tunangnya, Memey Suhaiza dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat yang dihadapi mereka sebelum ini.
Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim, Jumaat lalu, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah tidak berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.
Sebaik saja pengumuman itu dibuat, pasangan ini telah menangis dan bersyukur kerana akhirnya kebenaran memihak kepada mereka. Apa pandangan anda pula? Adakah anda yakin mereka tidak bersalah?
Ketua Editor murai.com.my, Ellyna Ali (Elly):
Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim, Jumaat lalu, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah tidak berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.
Sebaik saja pengumuman itu dibuat, pasangan ini telah menangis dan bersyukur kerana akhirnya kebenaran memihak kepada mereka. Apa pandangan anda pula? Adakah anda yakin mereka tidak bersalah?
Ketua Editor murai.com.my, Ellyna Ali (Elly):
Isk isk isk. Payahnya nak jawab soalan ni. Macam nilah,korang dengar dan hayati jelah lagu Pak pandir yang tajuknya Yang Remeh Temeh tu: Ada Mata tengok, Ada telinga dengar/Ada mulut diam/Ada tangan garu/Ada kaki goyang/Ada otak pandai/Ada akal pakai/Ada bijak gadai/Ada mata pejam/Ada mulut kunyah
Editor murai.com.my, Syafiqah Jalal (Ika): Saya tak tahu situation yang sebenar, tapi kalau ikut daripada kronologi cerita, mereka memang didapati berdua dalam sebuah premis. Setahu saya, kalau hanya mereka berdua saja di situ, maknanya mereka boleh dikatakan berkhalwatlah. Kalau betullah, mereka berdua saja yanga da kat dalam premis tu.
Miss A, Libra Association: Dah diaorang kena tangkap berduakan? Apa maknanya tu... ? Korang faham-faham sendirilah. Rasanya budak darjah 2 pun dah boleh fikir apa yang salah dan apa yang betul. Bak kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh...
Alex BalaMurugan, Penjual Telefon: Betul atau salah, hanya Tuhan saja yang tahu segalanya. Lagipun pasangan ini akan berkahwinkan? Sekurang-kurangnya, mereka bertanggungjawab dengan apa yang berlaku...
Rashid Hassan, Pelajar Undang-Undang: Mahkamah sudah pun memutuskan bahawa mereka tidak bersalah. So, kalau diikutkan dari segi undang-undang, mereka telah dibebaskan dari tuduhan berkhalwat!
Editor murai.com.my, Syafiqah Jalal (Ika): Saya tak tahu situation yang sebenar, tapi kalau ikut daripada kronologi cerita, mereka memang didapati berdua dalam sebuah premis. Setahu saya, kalau hanya mereka berdua saja di situ, maknanya mereka boleh dikatakan berkhalwatlah. Kalau betullah, mereka berdua saja yanga da kat dalam premis tu.
Miss A, Libra Association: Dah diaorang kena tangkap berduakan? Apa maknanya tu... ? Korang faham-faham sendirilah. Rasanya budak darjah 2 pun dah boleh fikir apa yang salah dan apa yang betul. Bak kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh...
Alex BalaMurugan, Penjual Telefon: Betul atau salah, hanya Tuhan saja yang tahu segalanya. Lagipun pasangan ini akan berkahwinkan? Sekurang-kurangnya, mereka bertanggungjawab dengan apa yang berlaku...
Rashid Hassan, Pelajar Undang-Undang: Mahkamah sudah pun memutuskan bahawa mereka tidak bersalah. So, kalau diikutkan dari segi undang-undang, mereka telah dibebaskan dari tuduhan berkhalwat!
" kurangkan kontroversi ,banyakkan amal ibadah "
12 hikmah puasa
Terdapat hikmah di sebalik syariat Allah, khususnya puasa. Ada rahsia, hikmah dan tujuan puasa itu yang diketahui akal manusia. Namun ada juga yang tidak dapat dijangkau akal manusia. Berkenaan hikmah puasa, terdapat tidak kurang 12 jenis hikmah iaitu:
1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Aliran yang sama digunakan syaitan. Maka bisikan syaitan menjadi lemah.
2. Puasa melemahkan nafsu, hasrat jahat dan keinginan berbuat maksiat. Ini membuatkan roh menjadi tidak ternoda dan kembali suci.
3. Puasa mengingatkan pelakunya perihal kewujudan saudara-saudaranya yang kelaparan, memerlukan bantuan dan yang fakir serta miskin. Kesedaran ini menyebabkan orang yang berpuasa mahu mengasihi, menyayangi dan menolong mereka.
4. Puasa juga adalah pendidikan jiwa, penyucian hati, pengendalian pandangan dan menjaga anggota tubuh daripada dosa.
5. Puasa juga adalah rahsia antara hamba dengan Tuhannya. Hal ini ditegaskan dalam hadis Qudsi. Allah berkata, "Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya."
6. Puasa adalah alat penyatuan kaum muslimin. Mereka berpuasa pada waktu yang sama dan berbuka puasa pada waktu yang sama. Mereka merasa lapar bersama dengan penuh persaudaraan. Penyatuan membuatkan mereka diliputi rasa cinta dan setiakawan.
7. Puasa adalah penghapus kesalahan dan kejahatan. Muslim merekodkan Rasulullah berkata "Dari Jumaat ke Jumaat yang lain, daripada umrah kepada umrah yang lain dan dari Ramadan ke Ramadan yang lain adalah penghapus dosa. Ini selagi dosa itu tidak termasuk dosa besar."
8. Puasa menyihatkan badan kerana ia mengosongkan perut daripada semua bahan yang merosakkan. Ia juga merehatkan pencernaan, membersihkan darah, menormalkan fungsi ginjal, hati dan jantung.
9. Apabila orang itu berpuasa, dirinya terasa kerdil di hadapan Allah, hatinya mudah tersentuh dan rasa tamak menipis. Nafsunya terkawal sehingga dengan demikian doanya dikabulkan kerana dekat dengan Allah.
10. Dalam puasa terdapat rahsia agung iaitu ketaatan menyembah Allah. Muslim patuh atas segala perintahNya, tunduk kepada agamaNya, meninggalkan hasrat makan, minum dan bersetubuh hanya demi mencari keredhaan Allah.
10. Dalam puasa terdapat rahsia agung iaitu ketaatan menyembah Allah. Muslim patuh atas segala perintahNya, tunduk kepada agamaNya, meninggalkan hasrat makan, minum dan bersetubuh hanya demi mencari keredhaan Allah.
11. Puasa adalah kemenangan muslim mengalahkan hawa nafsunya. Ia kemenangan muslim ke atas dirinya dan ia bukti kesabaran. Orang yang tidak berpuasa tanpa sebab yang dibenarkan, ia tidak mampu mengendalikan dirinya dan tidak dapat mengalahkan hawa nafsunya.
12. Puasa adalah latihan luar biasa jiwa supaya ia berada dalam keadaan bersedia 100 peratus. Jiwa yang tersedia ini mampu menanggung beban hidup sehingga Ramadan juga digelar sekolah istimewa. Selain itu dengan puasa, kita bersedia dan agung seperti jihad, mendermakan harta di jalan Allah dan berkorban.
Langgan:
Catatan (Atom)





