Rabu, 20 Jun 2012

Video Wajib Tonton : Perompak INSAF & PELUK Islam, Bagaimana Hal Itu Berlaku?


Berdasarkan keterangan video, sebuah kedai di Long Island, New York dimasuki lelaki bersenjatakan kayu besbol. Walau bagaimanapun pemilik kedai itu, Mohammad Sohail tidak panik. Dia kemudiannya mencapai dan mengacukan senapang 9 mm ke arah lelaki itu. Tindakan pantas Sohail menyebabkan lelaki itu melutut lalu mengaku bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain kecuali merompak untuk membeli makanan keluarganya yang dikatakan sudah kelaparan sejak seminggu. Lelaki itu juga mengaku bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan dan menceritakan kesusahannya.


Sohail yang bersimpati dengan lelaki itu memberinya roti dan wang sebanyak $40. Beliau juga meminta lelaki itu berjanji agar tidak merompak lagi pada masa akan datang. Yang mengejutkan apabila apabila lelaki yang pada awalnya berniat untuk merompak kedai Sohail meminta beliau mengislamkan dirinya.


Cerita yang cukup mengujakan saya ini tidak berakhir di situ. Selepas beberapa ketika, lelaki tersebut mengirimkan sepucuk surat kepada Sohail. Di dalam surat itu ada duit $50, selain ucapan terima kasih, lelaki itu turut menjelaskan kehidupannya yang semakin baik sejak kejadian itu. 


"Saya dikurniai anak baru, memperoleh pekerjaan yang baik, menjauhi masalah/jenayah, dan menjaga keluarga saya dengan baik. Anda memberi saya empat puluh dolar dan terima kasih kerana membiarkan saya hidup. Disebabkan kejadian itu, anda telah mengubah hidup saya." -DCM





P/s:  Situasi seperti ini mungkin berlaku 1 dalam 1000, namun impaknya sungguh menginsafkan!

Akibat Meruntuhkan Masjid 40 Orang Hindu Buta

 

Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah.
Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.
Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.
Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.
Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilangan penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.
Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu .
Menurut klaim/wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.
Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.
Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya.
Wallahu’alam….

Selasa, 19 Jun 2012

Petua Untuk Menggembirakan Hati Sedih


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin.
Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.
Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau.
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda.
Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati).
Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu.
Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

Kisah Pengajaran dari Sebiji Tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya : “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu ?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya : “Ada pun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah di tentukan oleh Allah SW.

Sumber : Diarihati

Isnin, 18 Jun 2012

Contest "Saya Nak T-Shirt Bride & Groom Tu"

Assalamualaikum ???

Ini adalah berita baik bg mereka yg suka kumpul T-Shirt
kalau korang berminat nak join boleh klik Sini
atau klik banner di bawah
hadiah nie hanya terbuka pd 50 orang pertama shja 
mungkin ada berpeluang saper tahu.
apa2 pun kita hanya berusaha Allah SWT yg tahu rezeki kita .


Selamat mencuba semua..........

Ahad, 17 Jun 2012

PERENCAH SEMANGAT

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

    Kasut-kasut luar biasa


    crazy shoes Most Crazy Shoes Ever
    crazy shoes1 Most Crazy Shoes Ever
    crazy shoes2 Most Crazy Shoes Ever
    crazy shoes3 Most Crazy Shoes Ever
    crazy shoes4 Most Crazy Shoes Ever
    crazy shoes5 Most Crazy Shoes Ever
    crazy shoes6 Most Crazy Shoes Ever
    crazy shoes7 Most Crazy Shoes Ever
    crazy shoes8 Most Crazy Shoes Ever
    crazy shoes9 Most Crazy Shoes Ever
    crazy shoes10 Most Crazy Shoes Ever
    crazy shoes11 Most Crazy Shoes Ever
    crazy shoes12 Most Crazy Shoes Ever