Sabtu, 17 Disember 2011

HP lampu picit berubah jadi BlackBerry Curve ,Biau betul ???











BlackBerry Curve 8530 - Product Specification 


Network : CDMA 800/1900
CDMA2000 1xEV-DO
Dimensions : 109 x 60 x 13.9 mm
Weight : 106 g
Display Type : TFT, 65K colors, 320 x 240 pixels, 2.46 inches
Memory Card Slot : microSD, up to 32GB, Internal 256 MB ROM
GPRS : No
Data Transfer : Bluetooth, USB microUSB, Wi-Fi 802.11 b/g
Camera : Primary 2 MP, 1600x1200 pixels, video
Battery : Standard battery, Li-Ion 1150 mAh
Standby : Up to 252 hrs
Talk Time : Up to 4 hrs 30 mins


TAPI SAYANG DALAM MIMPI.......... !!!!


Jimmy Shanley: Nursuhaila Masih Kaki Judi, Tabiat Buruk Masih Melekat

Orang kata masalah suami isteri kalau boleh selesai cara baik kat belakang.
Jangan bawak ke pihak lain atau mahkamah kerana segala aib kedua pasangan akan diketahui umum.
Tidak terlepas dari menghadapi kenyataan seumpama itu adalah pasangan Jimmy Shanley dan Nursuhaila.
Daripada sumber Kosmo! dan Roti Kaya, berikut adalah kisah yang mula terdedah dalam kehidupan berumah tangga mereka yang bertahan hanya seketika dan kini melalui fasa perceraian.
Semalam Jimmy Shanley mendedahkan yang isteri beliau, Nursuhaila Eliani Suhaimy merupakan seorang kaki judi walau pun pernah berjanji untuk berubah selepas kahwin.
Menurut Jimmy Shanley, ada satu kejadian pada hari ulangtahun kelahiran ayah Nursuhaila sendiri yang mana membuatkan lelaki ini berang dengan sikap Nursuhaila.
Nursuhaila sepatutnya membeli kek hari jadi dan membawa pulang ke rumah sebagai kejutan namun isteri beliau lewat pulang ke rumah — tanpa kek — dan apabila di’tanya mengaku yang beliau sebenarnya pergi berjudi kerana tertekan.
Bukan itu sahaja, Jimmy Shanley turut mendakwa Nursuhaila sebenarnya lebih pentingkan kawan kawan dari melayan kehendak suami sendiri.
Dia didakwa Jimmy Shanley sebagai terlalu banyak menghabiskan masa dengan Facebook dan juga gemar menghisap rokok.

Aku Bukan Tomboy Full Movie




Sinopsis Filem Aku Bukan Tomboy


"Dalam cerita ini, ada sekumpulan pengkid cuba memikat Scha yang memegang watak tomboy. Terus-terang saya katakan anda pasti anda akan terkejut dengan penampilan Zarina AF kerana ia sangat berbeza daripada diri sebenar Zarina,"kata Syamsul.

"Saya sendiri memegang watak Burn, seorang jejaka pemalu dan nerd. Tak ada scene romantik yang melampau dan ia berkisarkan percintaan antara jejaka nerd dan tomboy lakonan Scha Al Yahya.
Shaheizy pula menghidupkan watak Salesman (Harry) yang gila-gila. Dia juga berperanan sebagai pencabar utama Burn dalam merebut cinta Farisa @ Eisha. Untuk OST atau lagu-lagu yang terdapat dalam Aku bukan Tomboy pula menggunakan ciptaan James Baum.

Pelakon yang menjayakan filem Aku Bukan Tomboy ini adalah Harun Salim Bachik,Scha Al-Yahya, Sam Shaheizy, Eira Syazira, sheera Iskandar, Salina Saibi, Zarina and Syamsul sendiri.

Sinopsis ringkas:
Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy  Farisa yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.

Di samping mengharungi lamunan percintaan dengan Harry dan Burn, Farisa turut tidak terlepas dari kecaman dan gangguan golongan ‘pengkid’ seperti Bell dan Sam. Farisa rupa-rupanya menjadi rebutan kepada Bell dan Sam yang mahu menjalinkan hubungan intim dengannya seperti pasangan bercinta. Farisa bosan dan rimas kerana enggan terjebak dengan hubungan songsang.

Persoalannya adakah terlalu sukar buat si gadis Tomboy untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang bencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati? Sememangnya terlalu besar pengorbanan yang dituntut. ‘Aku Bukan TOMBOY’ sebuah filem bergenre komedi romantik bakal menjawab segalanya















Rabu, 14 Disember 2011

Cek Pertama Dari Churp - Churp


Assalamualaikum ??

Salam sejahtera.....

setelah beberapa bulan saya membuat kerja2 menyebarkan iklan dari churp2 akhirnya sampai juga tahap saya boleh cash out duit tu...... syukur.......


Setelah hampir 2 bulan saya tunggu2 cek tu smpai akhirnya tepat pada hari jumaat sampai juga cek tu ke rumah.gembira giler saya time tu !!! tak sia2 saya curi masa kerja sekejab tok menyebarkan iklan churp2 tapi bukan curi tulang hah!!! 


saya ucapkan terima kasihlah pada member2 Uniquechange SDN BHD dan member2 Facebooker SDN BHD yang tak jemu2 menyokong kerja2 saya nie....


Insyallah saya akan teruskan !!! Chayokkk................
Kalau teringin nk join klik SINI

Isnin, 12 Disember 2011

Anai-Anai Makan Al-Quran Tetapi .....


[Image: pic16687qg1.jpg]

Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI -ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun.keseluruhan kulit naskah Al Quran dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan olehANAI -ANAI termasuklah TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDUA. APA YANG MENAKJUBKAN ialah..anai-anai tersebut
LANGSUNG TIDAK MENYENTUH HURUF-HURUF ASAL AL-QURAN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB....SUBHANALLAAAH !!!!!! 

[Image: pic12529sb4.jpg]


[Image: pic22549pd3.jpg]

Sumber : SINI

WIKIPEDIA + GOOGLE + FACEBOOK + INTERNET + ELECTRIC+ BENJAMIN = ALLAH SWT



Simple ENTRY !!!

Tiada saper mahluk kat dunia nie yang blh setanding dengan kuasa Allah swt . tanpa tuhan tiadalh kita di muka bumi nie..... bersyukurlh kita pada yg maha esa .( alhamdulillah.... )



Ahad, 11 Disember 2011

GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011


Tanggal 10 Disember 2011,rakyat Malaysia berpeluang lagi untuk menyaksikan fenomena alam yang begitu indah prosesnya yang julung kalinya berlaku.Kalau tidak silap ingatan saya kali terakhir kita melihat fenomena gerhana bulan pada bulan Jun yang lepas.

Z0RMt GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam


Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

  • Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37
  • Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11
  • Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29
  • Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
  • End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
  • Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
  • Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.


Video Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011


Berikut merupakan gambar sekitar fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011 dari pandangan Planetarium Negara

Gerhana Bulan penuh 1 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
GAMBAR GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011

Gerhana Bulan penuh 2 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011


Gerhana Bulan penuh 3 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011


Gerhana Bulan penuh 4 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011


Gerhana Bulan penuh 5 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011


Gerhana Bulan penuh 6 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
Gambar Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Sumber  : SINI