Rabu, 11 Mei 2011

Ringgit Malaysia

Assalamualaikum .......????

Hari nie aq nk cerita cikit pd sesiapa yg xthu , yg wat xthu dan yg langsung xthu tentang sejarah mata wang malaysia . kita nie selalu kalau dpt duit benda pertama yg kita akan tengok pd duit tu mesti angka dia.kan...kan...kan.... muka saper dekat duit tu bukan kita nak ambek tahu. bak kata kwn aq
" Latak ko lah ada aq kisah " tu kwn aq yg ckp bkn aq tau!!

Oklah!! ari nie cikgu nk ajar korag pasal sejarah saper2 yg rajin blh ambek note.cehh wahh!!! cikgu ker ?? hehehehe..... (ketawa jahat) .aq rase mesti ramai yg masih xtahu wajah siapa yang ada disebalik wang ringgit malaysia.
Lihatlh kat bawah nie hasil dr kajian aq di google...


 

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad



  
  • Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia.
  • Telah berkahwin dengan  Raja Permaisuri Agong Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
  • Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.
  • Diputerakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan,
  • Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907.
  • Baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga 1914.
  • Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
  • Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda.
  • Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.
  • Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain.
  • Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Hulu Selangor.
  • Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.
  • Titik perubahan dalam kerjaya Baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur.
  • Kemudian, baginda mengiringi ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan melawat United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi King George V.





** Dah sudah bc tlglh klik Banner kat atas tu hah!! plz...plz...plz.... **
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???