Jumaat, 1 Julai 2011

** Lelaki Gila Seks Perkosa Budak Belasan Tahun **




 

           Seorang remaja perempuan berusia belasan tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan saja dipukul, malah cuba diperkosa seorang lelaki ‘gila seks’ di sebuah tandas pusat beli-belah di Desa Petaling, kelmarin.

Bagaimanapun, selepas bergelut dengan lelaki berusia lingkungan 20-an dalam keadaan bogel itu lebih 30 minit, dia berjaya melarikan diri sebelum mendapatkan bantuan daripada orang ramai walaupun mengalami kecederaan.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, tindakan pantas pengurus dan pekerja pusat beli-belah berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila lelaki terbabit berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis.

Sumber polis berkata, mangsa yang bersendirian dikatakan pergi ke pusat beli-belah itu untuk menonton wayang.

“Mangsa bagaimanapun masuk ke tandas berhampiran panggung wayang berkenaan sementara menunggu waktu tayangan filem itu bermula,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???