Ahad, 30 Oktober 2011

Bulan Disangka UFO, Lelaki Telefon Polis





Seorang lelaki secara tergesa-gesa membuat panggilan kecemasan ke nombor 999 (di United Kingdom) untuk melaporkan yang dia melihat UFO di atas rumahnya, dan hanya selepas beberapa ketika baru dia menyedari bahawa objek itu sebenarnya bulan.
Pemanggil yang tidak dikenali dari Stevenage, Hertfordshire pada asalnya memberitahu sebuah UFO yang terang dengan lubang terbang mengelilingi rumahnya dan menuju ke arah dirinya.
Pemanggil berkenaan menurut rekod balai polis Hertfordshire, kelihatan seperti amat keliru mengenai hal itu di telefon.
Bagaimanapun, operator yang menjawab panggilan kecemasan itu mengambil serius panggilan berkenaan dan berjanji akan menghantar bantuan.
Selepas menyedari kesilapannya, lelaki tempatan itu menelefon semula selepas beberapa minit untuk memohon maaf kepada operator yang turut keliru dengan panggilan itu.
Sambil ketawa cemas, lelaki itu berkata; “Saya dah buat silap, saya ingat saya melihat sesuatu yang pelik, sebenarnya tidak. Awak takkan percaya, mesti tak percaya, itu bulan sebenarnya,”.
Polis Hertfordshire memuat naik audio itu ke dalam talian (online) semalam.
Penolong Pengurus Bilik Komunikasi balai itu, Jason Baxter berkata;“Mungkin pemanggil itu tidak ada niat buruk, namun panggilan itu tetap merugikan masa dan sumber berharga pihak polis untuk sesuatu yang bukannya kecemasan,”.
“Ini memperlihatkan contoh-contoh panggilan palsu yang sama ada berkaitan dengan sesuatu bentuk penipuan atau benda yang tidak berkaitan yang kami kerap terima,” katanya.
Polis daerah itu memuat naik panggilan berkenaan dalam talian sebagai peringatan sebelum Halloween kepada orang ramai bahawa panggian palsu boleh mengganggu tugas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???