Jumaat, 7 Oktober 2011

Jangan stress wahai si ibu



cerita benar ni mengisahkan seorang ibu,






biasalah ibu semua hal keluarga dia yang fikir
semua beban keluarga dia yang tanggung
semua masalah anak2 dia yang kena selesaikan

di hujung usia makin banyak pula masalah menimpa si ibu ini
stress si ibu memikirkan
tak cukup masalah kewangan
si ayah pula berura-ura nak kawin lagi
anak bongsu perempuan kesayangan pula kerap tak pulang umah

walaupun nampak tenang di luar
jauh di sudut hatinya tiada siapa yang tahu.
akibat stress yang tak tertanggung si ibu jatuh sakit
tak mampu lagi bergerak aktif seperti dulu
ubat dan mesin dialisis diusung kesana kemari

si ibu semakin stress dengan keadaan dirinya
apa taknya selera makan tak macam dulu
nak bergerak pun perlu bantuan orang lain

suatu hari..
si ibu tiba2 rebah dari kerusi
bertambah malang buat si ibu rupanya di serang stroke
sebelah badan langsung tak berfungsi lagi
bertambah-tambah stress si ibu

kini..
si ibu hanya mampu menghabiskan sisa hidup di atas tilam
terlantar sambil ditemani sisa2 stress di kepalanya.

p/s:sebab tu lah dalam hidup ni setiap masalah perlu dikongsi untuk mengurangkan beban yang ditanggung.
kalau disimpan,sendiri juga yang merana.
STRESS=STROKE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???