Jumaat, 23 Disember 2011

Budak Nakal Sekolah raih 8A PMR



Gambar Hiasan

Dia pernah digantung sekolah kerana mengganggu pelajar perempuan dan bergaduh, namun dia kembali bersemangat dan tekad untuk belajar selepas dicabar gurunya yang berjanji mahu memadamkan rekod disiplinnya jika mencapai keputusan cemerlang.
Hariz Syafiq Sallehuddin, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Permaisuri Bainun, di sini berjaya membuktikan dia sebaris dengan 68 pelajar cemerlang lain di sekolahnya yang memperolehi keputusan 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

“Saya mempunyai lima rekod disiplin di sekolah, malah pernah dihukum termasuk digantung sekolah selain dicop oleh guru sekolah sebagai pelajar nakal. “Bagaimanapun, saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menyahut cabaran itu kerana tidak mahu sijil berhenti sekolah saya ‘cacat’ disebabkan rekod disiplin itu,” katanya yang juga anak yatim selepas kematian ibunya, Siti Hasni Mohd Yassin, 31, akibat barah beberapa tahun lalu.


Sementara itu, rakan sekolahnya, Muhammad Amir Izzat Razali, 15, yang turut memperolehi keputusan 8A menyifatkan kejayaan diperolehinya itu berbaloi.

“Saya bertekad belajar bersungguh-sungguh kerana menyedari kesusahan kedua ibu bapa mencari rezeki,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???